Rasa gementar Diana mulai hilang. Ada sebuah giant inflatable bed dihamparkan sebagai langkah keselamatan.
Krew keselamatan membantu Diana memakai harness sebelum memulakan catwalk. Diana naik ke pinggir bangunan. Krew keselamatan melepaskan tali perlahan-lahan sehingga kedudukan Diana 90 darjah kepada bangunan.
"Are you ready, Diana?!!" Kelihatan Yu Tsai menjerit dari bawah.
Diana memberikan signal ibu jari sebagai tanda bersedia.
"Okay, go go go!" Muzik pun berbunyi.
Ribut mulai bertiup kencang. Langit mendung. Diana terus berjalan perlahan tapi penuh keyakinan. Yu Tsai pula menjerit-jerit memberi arahan agar berjalan seperti di atas runway biasa.
Tiba-tiba hujan turun. Lebat. Angin bertiup kencang. Ada enam tingkat lagi ke bawah. Orang ramai yang berkerumun menonton catwalk itu mulai merakam dengan smartphone. Catwalk diteruskan.
Ballet flats yang Diana pakai tertanggal dan jatuh ke bawah. Dia tergelincir dan tergantung di udara. Catwalk masih diteruskan.
Diana cuba menjejakkan kakinya ke dinding bangunan.
Tiba-tiba...
DDDOOOOOOOOOOOOOOOMMMMMMMMMMMMM!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Satu cahaya terang menyambar kren yang menggantungnya. Muzik terhenti. Tali keselamatan itu putus.
Diana terpelanting. Impiannya mahu menjadi supermodel antarabangsa hancur berkecai seperti grey matter dan white matter otaknya yang bersepai di jalanan Santee Alley.
TAMAT.
