Eunbyeol terbangun apabila ada sesuatu yang melompat di atas katilnya.
" Omma. " Jaerin menggoyangkan badan ibunya yang masih belum bangun.
" Omma, bangun! " Jaegyum mencium dahi Eunbyeol berkali-kali.
Eh kejap. Siapa dorang berdua ni? Haaa. Jaegyum dan Jaerin ialah adik beradik kembar. Jaegyum orang pertama dilahirkan manakala Jaerin lewat 2 minit dari abangnya. Mereka berdua sudah pandai bercakap sedikit kerana Kyungsoo lah mengajar mereka bercakap sejak mereka berdua berumur 2 tahun.
Eunbyeol mengesat matanya. Lehernya dipeluk oleh kedua-dua anaknya. Sungguh dia gembira apabila mendapat tahu dia akan melahirkan anak kembar.
" Good morning sayang. " Ujar Eunbyeol sambil mengucup dahi Jaegyum dan Jaerin.
" Omma, hari ini kita pergi jalan-jalan boleh? Jae bosan kat rumah. " Cadang Jaegyum sambil memuncung mulutnya. Jaerin mengangguk kepalanya tanda sokong. Jaegyum dan Jaerin membuat aegyo di hadapan Eunbyeol.
" Nak pergi jalan? Hmmmm. " Eunbyeol mengetuk-ngetuk kepalanya dengan jari telunjuk.
" Omma, bolehlah bolehlah. " Rayu Jaerin sambil mencium pipi ibunya berkali-kali. Jaegyum mengedip matanya supaya Eunbyeol membawa mereka berjalan-jalan.
" Hmm. Yelah-yelah. " Eunbyeol tersenyum. Jaegyum dan Jaerin melompat-lompat di atas katil.
" Yah! JaeJae! RinRin! " Eunbyeol memeluk kaki anaknya supaya berhenti melompat. Bergegar katilnya akibat mereka berdua.
" Cakap apa? "
" Gomawo omma. " Jawab mereka serentak sambil memeluk Eunbyeol.
" Cheonma. " Eunbyeol mengucup dahi Jaegyum dan Jaerin.
" Ewwww. Don't kiss me. Omma busuk. " Jaegyum menutup hidungnya. Eunbyeol tertawa kecil sambil tangannya memicit hidung Jaegyum.
" Siapa nak mandi dengan omma? " Soal Eunbyeol. Jaerin terlebih dahulu mengangkat tangannya. Jaegyum tidak mengangkat tangannya. Eunbyeol berasa hairan.
" Jae? Kenapa ni? " Jaegyum menggeleng.
" Tak nak Jae mandi dengan omma. Omma dan Rin kan perempuan, Jae pula lelaki. " Jawab Jaegyum.
" Kamu ni. Mandi dengan omma. Kalau tak nak omma tak jadi bawa jalan. " Gurau Eunbyeol. Lantas Jaegyum mengangkat tangan kanan sambil mengangguk.
" Jom! " Eunbyeol mendukung anak kembarnya lalu menuju ke bilik mandi.
-----------------------------------" Omma, beli ini untuk JaeJae! " Jaegyum menunjukkan sebuah kereta mainan kepada Eunbyeol. Baru saja Eunbyeol ingin bertanya kepada Jaegyum, tiba-tiba tangan kanannya ditarik oleh Jaerin.
" Omma, Rin nak tu. " Jaerin menarik-narik tangan kanan Eunbyeol. Tangan kirinya pula ditarik Jaegyum. Jadi kedua-dua tangannya ditarik oleh Jaegyum dan Jaerin. Eunbyeol mengeluh lalu melutut. Dia menarik pinggang anak kembarnya supaya dekat dengannya.
" JaeJae, RinRin jangan macam ni. Tak elok tau. Omma tak suka. Rin, kita beli barang oppa kamu dulu ya? Omma janji lepas oppa kamu kita beli kamu punya. " Pujuk Eunbyeol. Akhirnya Jaegyum dan Jaerin mengangguk sambil tersenyum. Eunbyeol menggosok kedua-dua kepala anaknya.
" Kaja. " Eunbyeol mendukung Jaerin dan memimpin Jaegyum.
---------------------------------
Music Video Love Me Right sedang dimainkan di dalam sebuah cafe. Jaegyum dan Jaerin sangatlah teruja kerana mereka dapat melihat Daddy Kyungsoo mereka.
" Omma. Daddy! " Kata Jaerin teruja. Kakinya digoyangkan kerana dia sangatlah gembira.
" Ya sayang. Itu daddy. " Ujar Eunbyeol sambil tersenyum. Matanya tertancap pada seorang lelaki yang dikenali. Sudah 4 tahun mereka tidak bersua muka mahupun berhubung. Namun, Eunbyeol masih berhubung dengan bekas mentuanya.
" Omma, kenapa muka pakcik tu macam JaeJae? " Soal anak sulung Eunbyeol. Eunbyeol tersentak. Dia menelan air liur.
" Omma, jawablah pertanyaan JaeJae. " Jaegyum menggoyang lengan Eunbyeol.
" Sayang, sebenarnya kan. "
" Pakcik tu appa kamu. Nama dia Park Chanyeol. "
- bersambung -
Yeaaa. Sambungan. Ini prolog so dia pendek. ^^
YOU ARE READING
[COMPLETE]Misi Memikat Bekas Isteri [ CHANYEOL ]
RomanceSudah dua tahun berlalu. Park Jaegyum dan Park Jaerin telah berusia 4 tahun. Eunbyeol kini bekerja sebagai seorang photographer. Kyungsoo pula sebagai seorang idol terkenal di Korea. Kyungsoo lah menjaga Eunbyeol dan anak-anaknya. Chanyeol ialah se...