Chanyeol melepaskan bibirnya dari bibir Eunbyeol selepas beberapa saat. Eunbyeol hanya kaku dan tidak menyedari aiskrimnya mula mencair. Dia cuma risau. Risau jika nama Chanyeol tercemar akibatnya. Mujur mereka berempat jauh dari tempat yang bising. Sekarang mereka berada di sebuah kawasan yang sunyi sepi. Kawasan itu telah ditempah oleh Chanyeol bagi membaik pulihkan hubungan mereka.
" Omma! Aiskrim omma cair! " Ujar Jaegyum separuh jerit sambil menunjukkan tangan kanan Eunbyeol. Eunbyeol terkejut mendengar suara Jaegyum. Dia tidak tersengaja menjatuhkan aiskrimnya ke baju Chanyeol. Chanyeol tersentak. Chanyeol hanya mendiamkan diri sambil matanya memandang baju mahalnya.
Author: *muntah pelangi*
Mata Eunbyeol terbeliak. Lantas tangannya membuka zip handbag dan mengambil plastik (?) tisu dan mengelap baju Chanyeol. Jaerin dan Jaegyum hanya membuat muka selamba dan bermain di sekeliling tanpa menganggu Eunbyeol dan Chanyeol.
" Mianhae, Chanyeol. Saya tak senga - " Eunbyeol tidak dapat menyambungkan percakapannya kerana Chanyeol terlebih dahulu meletakkan jari telunjuk di bibir Eunbyeol untuk mendiamkan Eunbyeol.
" It's okay, honey. Awak tak sengaja pun. Hmmm. Saya yang patut minta maaf sebab kiss awak mengejut tadi. " Kata Chanyeol sambil menggaru belakang lehernya.
" Errrr. Berapa harga baju ni? Biar saya gantikan. Mesti mahal kan? " Soal Eunbyeol tanpa memandang wajah kacak Chanyeol kerana sibuk mengelap baju Chanyeol. Dah buat salah berani tanggung.
" 500000 won. " Jawab Chanyeol. Eunbyeol berhenti mengelap. Mahal gila harga baju ni.
Author: Main hentam duit korea tu. Saiaaa tak tahuu.
" Bi...Biar betul awak? " Soal Eunbyeol tergagap-gagap. Mana nak cari duit sebanyak tu? Huwaaaa.
" Ya sayang. " Jawab Chanyeol sambil tersenyum nakal. Eunbyeol mengeluh. Eunbyeol membuang tisu-tisu itu ke dalam tong sampah. Kemudian, dia berdiri membelakangkan Chanyeol.
" Jae! Rin! Jom kita balik! " Panggil Eunbyeol. Jaegyum dan Jaerin berlari dan menghampiri ibu mereka.
" Dah nak balik? Baru 1 jam kat sini. Takkan nak balik? " Dahi Chanyeol berkerut. Eunbyeol mengangguk.
" Nanti saya ganti balik. Jae, Rin ucap selamat tinggal kat ahjussi. " Ujar Eunbyeol kepada anak kembarnya. Chanyeol agak terasa apabila Eunbyeol menggelarkannya 'ahjussi' bukan appa.
" Annyeong ahjussi! Jumpa lagi! " Jaerin melambai Chanyeol. Namun tidak bagi Jaegyum. Dia tidak menyukai Chanyeol sejak Eunbyeol bercerita tentang bapa mereka.
" Nae. Annyeong. " Balas Chanyeol. Pandangan anak-beranak mula kabur. Mereka bertiga sudah pun keluar dari kawasan itu. Chanyeol mengurut dahinya. Macam mana nak pikat Eunbyeol kembali? Sungguh dia menyesal apabila teringatkan dia menceraikan Eunbyeol 4 tahun yang lalu.
" Aku akan dapatkan kau. " Chanyeol tersenyum sinis. Ya. Dia akan cuba memikat si Eunbyeol.
---------------------------
Call me baby, call me baby
" Annyeong!!! " Tegur Jaegyum dan Jaerin. Suho menutup lagu tersebut. Mereka sekumpulan bergerak ke arah kembar itu.
" Huwaaaa. Jaegyum! Jaerin! Bogoshipeo! " Ujar Sehun sambil mendepakan tangannya sambil melutut. Jaegyum dan Jaerin berlari dan memeluk badan Sehun.
" Jae! Rin! " Suara garau memanggil anak kecil itu. Lantas badan sasa itu dipeluk oleh si kembar. Mulut Sehun mencebik. Baru ja 10 saat peluk tiba-tiba ada pengacau. Kai hanya tersenyum sambil menepuk bahu Sehun. Sehun mengangguk.
YOU ARE READING
[COMPLETE]Misi Memikat Bekas Isteri [ CHANYEOL ]
RomanceSudah dua tahun berlalu. Park Jaegyum dan Park Jaerin telah berusia 4 tahun. Eunbyeol kini bekerja sebagai seorang photographer. Kyungsoo pula sebagai seorang idol terkenal di Korea. Kyungsoo lah menjaga Eunbyeol dan anak-anaknya. Chanyeol ialah se...