Eunbyeol POV
- Test test. Pendek. Macam prolog.Try dulu. Mana tahu kalau tiada orang nak baca. So buat pendek. ^^ -
Aku teringin nak makan strawberry. Tapi malangnya aku alah dengan strawberry. Aduh. Macam mana ni?
" Oppa! Oppa! " Aku memanggil nama Chanyeol dari bawah. Sejak menjak ni perangai dia pelik. Aku dapat rasa dia ada sembunyikan sesuatu dari aku.
Ish. Mana dia ni? Aku dah cakap. Mesti dia leka dengan telefon. Tak habis-habis sibuk dengan telefon sampai anak bini pun diabaikan. Oh ya, baru 6 bulan kami kahwin. Entah aku rasa ada something yang akan berlaku. Aku mengusap dadaku. Tak baik sangka buruk pada suami.
Hari tu, aku ada nampak kesan gincu kat kolar. Entah kenapa aku lain macam bila tengok gincu. Aku tanya dia tapi dia jawab " Emmm. Hoobae oppa terlanggar oppa. Dan hmmm dia tercium kolar oppa. " Tu baru sekali dia buat perangai. Yang paling teruk, ada perempuan call dia masa dia tengah mandi. Panggil Chanyeol oppa sayang. Ya Tuhan. Sakit gila hati aku.
Chanyeol keluar dari bilik mandi dan ternampak aku pegang telefonnya. Dia pun marah aku. Tak pernah dia marah aku sejak kahwin ni. Tapi ahhh. Aku kenapa? Kenapa aku sensetif sangat sejak menjak ni?
Selera aku berubah. Aku mengidam makanan yang aku tak suka. Tapi takda pula aku muntah-muntah, pening kepala. Cuma mengidam ja. Aku rasa aku mengandung. Aku perasan period aku lambat datang. Dah 3 bulan aku tak datang. So, aku anggap aku pregnant. Maybe?
Jaegyum dan Jaerin pula dah ke tadika 2 bulan yang lalu. Pejam celik dah besar diorang. Tak lalu masa dorang masih baby, menyusu dorang. Rasa masa berpantas terlalu cepat.
Aku makin geram. Dah banyak kali panggil Chanyeol, tapi tak turun-turun lagi. Aku bingkas bangun dari sofa dan melangkah naik ke tangga. Aku menuju ke bilik aku dan dia. Aku nampak dia tengah bersandar di katil sambil bermain telefonnya. Siap senyum lagi. Aku dah agak dah. Aku kahwin dengan dia takda guna. Baik aku kahwin dengan Kyungsoo.
" Chanyeol! Berapa kali saya panggil awak? Awak ni pekak ke apa? Main telefon sampai abaikan bini dengan anak? Awak ni suami jenis apa ya? " Marahku sambil mengenggam jariku. Mukaku merah menahan merah.
" Yang awak sibuk kenapa? Suka hati oranglah nak buat apa. Tu anak awak bukan saya. " Jawabnya selamba. Ahh. Makin sakit hati pula. Air mata aku bergenang di tubir mata. Sampai hati dia buat aku macam ni.
" Kalau macam nilah perangai awak, baik awak ceraikan saya. "
Papp!
Pipiku ditampar oleh Chanyeol. Makin deras air mataku mengalir. Aku memegang pipi kananku.
" Kurang ajar! Awak ingat saya ni jahat sangat sampai abaikan awak dan anak-anak saya? Saya buat demi awak dan anak-anak. Saya takkan ceraikan awak. " Jawabnya sambil nafasnya naik turun. Aku terdiam.
Chanyeol meraup mukanya. Dia membawa aku ke dakapannya.
" Mianhae, Eun. Mianhae. Saya tak sengaja tampar awak. " Katanya sambil mengusap belakangku. Aku masih mendiamkan diri.
" Eun, say something. Forgive me, please? " Aku masih berdiam. Aku menolak dadanya.
" Give me time. Awak ambil lah Jae dan Rin. " Kataku sebelum keluar dari bilik dan ke bilik tetamu. Hari ini aku tidur kat bilik tetamu. Malas nak tengok muka Chanyeol. Dia ingat aku ni siapa? Hamba dia? Aku membaringkan diri di atas katil. Malas aku nak fikir masalah. Aku pun terlelap.
---------------------------------
Aku mengambil keputusan untuk ke klinik hari ini. Aku menunggu namaku dipanggil.
" Park Eunbyeol. " Panggil seorang jururawat. Aku bangun dan menuju ke bilik doktor Lee Kahee.
" Eh, Eunbyeol! " Tegur Kahee sebaik saja aku menutup pintu. Kahee kawan baik aku dulu. Kahee jugalah doktor aku semasa mengandungkan Jae dan Rin.
" Hai, Kahee. " Aku memeluknya dan dia membalas. Biasa bah. Lama tak jumpa.
" So, kenapa datang sini? Ke dah berisi? " Tekanya sambil mengenyit matanya.
" Belum tahu. Tak check lagi. " Jawabku. Kahee tersenyum. Dia mengambil pregnancy test di bawah laci dan memberiku.
" Check lah. " Aku mengangguk dan menuju ke tandas.
*****
" Congratulations! Eunbyeol! " Katanya sambil memelukku. Ya. Aku mengandung. 2 bulan. Patutlah aku rasa tak sedap badan. Ada manusia dalam badan aku. Hihi.
" Awak mesti jaga makanan okay? Jangan buat kerja berat. Bla bla bla. " Pesannya. Aku mengangguk. Tak sabar nak beritahu Chanyeol.
" 2 minggu sekali datang sini okay? "
" Okay. Baiklah. Aku balik dulu. " Aku memeluknya.
" Okay. Bye. "
" Bye. " Sempat juga aku membaginya flying kiss. Haha.
-----------------------------
Aku dalam perjalanan ke bilik latihan EXO. Tak sabar untuk menyampaikan berita dekat Chanyeol. Mesti dia happy. Yalah. Dia teringin nak ada anak.
Tiba-tiba mataku terpandang satu sudut. Lelaki dan perempuan sedang berciuman. Aku menggeleng. Tak patut buat perkara tak senonoh kat sini. Aku terpaku.
Lelaki.
Itu.
Ialah.
Chanyeol.
Dialah.
Yang.
Sedang.
Berciuman.
Dengan.
Seorang.
Perempuan.
Aku menutup mulut. Rupanya dia mempunyai perempuan lain. Aku mengusap perutku.
" Mianhae. Nampaknya kamu takkan ada appa. " Kataku sambil mengusap perutku. Aku meninggalkan bangunan SM dan mencari teksi untuk balik ke rumah. Sampai hati Chanyeol! Aku sangat percaya kat dia. Tapi dia buat aku macam ni.
- bersambung -
Haii. Nampaknya sangkaan korang meleset. Tak bahagia pun ;p Ehehe. Rasa nak buat Sequel ketiga pulak. Maybe tajuknya ' Our Love. ' Acah acah je. Tak fikir lagi. Siapa sokong? Saya buat sebab takut korang confius.
YOU ARE READING
[COMPLETE]Misi Memikat Bekas Isteri [ CHANYEOL ]
RomanceSudah dua tahun berlalu. Park Jaegyum dan Park Jaerin telah berusia 4 tahun. Eunbyeol kini bekerja sebagai seorang photographer. Kyungsoo pula sebagai seorang idol terkenal di Korea. Kyungsoo lah menjaga Eunbyeol dan anak-anaknya. Chanyeol ialah se...