Sudah seminggu Chanyeol tidak menelefon Eunbyeol. Pada hari terakhir Chanyeol menelefonnya pada malam Chanyeol pergi. Kerja apa sampai tak telefon? Eunbyeol mengeluh. Ditatap gambar Chanyeol memeluk pelakon wanita itu. Siap mesra lagi. Gambar tersebut telah tersebar di seluruh dunia. Kata media tersebut, pelakon wanita tersebut ialah teman istimewa Chanyeol.
Eunbyeol memejam matanya. Dikawal perasaan marah, sedih. Senang cerita semua perasaan ada. Samsung Note 5 dihempas ke katil dengan perasaan marah. Dia rasakan dia telah dicurang oleh Chanyeol. Atau yang lebih tepat Chanyeol hanya bermain dengan perasaannya selama ini. Ahh bencinya terhadap Chanyeol mula ada. Tapi perasaan sayang masih kekal di dalam hatinya.
Author: Eceh ayat xD
Eunbyeol mengurut kepalanya. Pening memikirkan hubungannya dan Chanyeol. Tambah lagi kerja. Stress otaknya. Makin menjadi otaknya pening.
" Omma, gwenchana? Muka omma pucat lah. " Jaerin ke arah ibunya yang sedang duduk di atas katil. Dia segera naik ke atas katil dan duduk di sisi katil. Disentuhnya dahi Eunbyeol.
" Omma! Dahi omma panas lah! " Jerit Jaerin dengan cemas. Jaegyum yang mendengar suara adiknya menjerit dari sebelah bilik terus merempuh masuk bilik ibunya.
" Omma demam? Omo! Omo! " Jaegyum berasa risau. Diambilnya telefon milik ommanya di atas katil. Dia menekan contact dan mencari nama-nama siapakah yang harus ditelefon.
" Jae, Rin. Omma okay lah. Uhuk uhuk uhuk. " Eunbyeol mula batuk. Dia memegang dadanya. Ahhh. Tekaknya terasa sakit pulak. Hingus pula meleleh. Jaerin mencapai tisu di sebelah katil dan mengelap hidung ibunya.
Author: Semoga anak kita macam tu ya xDD
" Yeoboseyo. "
----------------------------------------------
" Meh saya hantar awak pergi klinik. Demam awak ni dah teruk sangat ni. " Ujar Jackson sambil mendudukkan badan Eunbyeol supaya bersandar di dinding katil. Eunbyeol menggeleng kepalanya tanda tidak mahu.
Eh kejap. Jackson lah yang dihubungi oleh Jaegyum. Kalau telefon Chanyeol, puih. Tak angkat langsung. Jaegyum sudah pun mengenali Jackson sejak ibunya bekerja bersama dia. Lagipun Jackson kerap menghantar Eunbyeol balik ke rumah.
" Tak usah lah. Tak lama lagi okay lah saya. Achooo! " Eunbyeol menutup mukanya. Dari tadi dia bersin. Tak juga hilang. Agaknya ni demam rindu. Bukan demam panas. Mungkin.
" Dengarlah cakap saya. Awak boleh tak dengar saya cakap? Saya selalu dengar cakap awak. Please. " Rayu Jackson sambil mengerlip matanya berkali-kali. Eunbyeol menarik nafas panjang. Nampaknya Jackson berusaha untuk membawanya ke klinik. Nak tak nak dia akur saja permintaan Jackson.
" Nae. " Jawapan Eunbyeol membuatkan Jackson tersenyum. Dia mengambil tisu dan diberikan kepada Eunbyeol yang kelihatan hendak bersin itu.
" Jaegyum! Jaerin! Siap cepat! Kita akan ke klinik! " Panggil Jackson kepada kanak-kanak yang sedang bermain patung barbie.
" Nae ahjussi! " Sahut Jaegyum dan Jaerin serentak. Akhirnya badan patung barbie berbogel kerana Jaegyum merampasnya dengan kuat. Jaegyum menjelirkan lidah pada Jaerin. Jaerin pula menyepak kaki Jaegyum. Alahai. Budak-budak ni. Patung barbie je pun.
-----------------------------------------------
Jackson meletakkan tuala basah di atas dahi Eunbyeol. Mereka baru saja balik dari klinik. Nampaknya, Eunbyeol demam panas. Tepaksa lah dia mencutikan Eunbyeol selama 3 hari. Kesian pekerjanya ini.
" Awak tidur okay. Kalau ada apa-apa panggil saya atau Jae dan Rin. " Pesan Jackson sambil membetulkan selimut Eunbyeol. Eunbyeol mengangguk.
" Saya keluar dulu. Sleep well. " Jackson tersenyum. Dia mula melangkah kaki ke pintu. Sempat juga dia memandang Eunbyeol sebelum menutup pintu dan meninggalkan sedikit ruang.
Author: Faham tak? Maaf. Otak author blank hari ni.
Jackson menghampiri Jaegyum dan Jaerin yang sedang menonton cerita ' The Bare Bears '. Kartoon itu kelihatan menarik bagi Jackson. Dia pun menyertai mereka berdua menonton kartoon tersebut.
Pintu runah dibuka. Mereka bertiga serentak memandang ke arah pintu.
" Jaegyum! Jaerin! I'm - "
Kata Chanyeol terhenti bila dia ternampak seorang lelaki duduk rapat bersama anak kembarnya.
" Appa! " Jaegyum dan Jaerin berlari ke arah Chanyeol. Chanyeol melutut sambil mendepakan tangan dan memeluk Jaegyum dan Jaerin.
Jackson di hadapan hanya mendiamkan diri. Tak tahu pula Eunbyeol sudah menjumpai bapa kandung Jaegyum dan Jaerin. Sampai hati Eunbyeol tidak memberitahunya.
Crash~~
Hatinya ditusuh oleh pisau. Hancur harapannya ingin melamar Eunbyeol. Tapi nampaknya dia dan Eunbyeol tidak ada jodoh. Dia harus menerima dengan hati terbuka.
" Saya nak naik atas dulu. " Pamit Jackson lalu naik ke atas untuk memeriksa keadaan Eunbyeol.
" Jae, Rin siapa dia tu? Muka dia macam orang cina. " Soal Chanyeol dengan pelik.
" Tu Uncle Jackson. Boss omma. " Jawab Jaerin sambil duduk di atas paha Chanyeol.
" Apa dia buat kat sini? " Soalnya lagi.
" Omma demam. Uncle to- "
" Mwo? Omma demam? Mana dia? Mana dia? " Soal Chanyeol dengan cemas. Jaegyum dan Jaerin tersenyum.
" Jae, Rin. Kenapa senyum tu? Ke troll appa? "
" Tengok sendiri. Bye. Kami nak mandi. " Jaegyum dan Jaerin mencium pipi Chanyeol dan berlari naik ke atas. Chanyeol menggaru kepala. Blank otaknya.
Dia meletakkan bagasi dan beg di tepi pintu. Dia terus naik ke atas. Pintu bilik Eunbyeol dikuak.
" Eunbyeol? Kau? "
Debush!
" Apa kau buat kat isteri aku ha?!!! Dia isteri aku lah!! Bukan isteri kau!!! " Muka Chanyeol bertukar menjadi bengis. Dia menumbuk Jackson kerana memberi Eunbyeol makan bubur. Kenapa mesti Jackson? Aku ni siapa?
" Chanyeol! Berhenti pukul dia! " Arah Eunbyeol. Chanyeol melepaskan kolar Jackson. Jackson mengelap sisi bibirnya yang berdarah.
" Kau tu apahal nak tumbuk aku?! Yang kau tak pedulikan isteri kau tu masa kat China kenapa?!! Yang kau peluk perempuan kat sana sampai mesra. Kau tak pedulikan perasaan Eunbyeol langsung! " Chanyeol sentap.
" Eunbyeol, saya balik dulu. " Jackson menjeling tajam Chanyeol sebelum keluar dari bilik tersebut.
Chanyeol memandang Eunbyeol di atas katil. Dia merapati isterinya.
" Awak demam? Kenapa tak bagi tahu saya? " Soal Chanyeol dengan nada lembut. Dia mengusap rambut Eunbyeol namun Eunbyeol menepis tangannya.
" Tak payah nak pedulikan saya. Pergilah dekat perempuan yang awak peluk tu. " Dingin suara Eunbyeol menjawab. Dia mengalih posisi dari arah kiri dan mengelak dari Chanyeol.
" Eunbyeol, saya - "
" Apa lagi awak nak? Tak puas lagi nak sakitkan hati saya? Awak rasa memang bagus sangat mainkan perasaan perempuan? Dah banyak kali awak buat macam ni kat saya! Awak tak terfikir perasaan saya macam mana! Awak hanya pentingkan diri sendiri! " Bergetar suara Eunbyeol. Dia mengelap air mata.
" Saya nak awak keluar. "
" Saya - "
" Keluar! Saya nak tenangkan diri! "
Chanyeol mengeluh. Dia bingkas bangun dan mengucup dahi Eunbyeol sebelum keluar.
" Mianhae, Eun. "
- bersambung -
MUAHAHAHAHA. Saya jahat. AHAHHAHA
YOU ARE READING
[COMPLETE]Misi Memikat Bekas Isteri [ CHANYEOL ]
RomanceSudah dua tahun berlalu. Park Jaegyum dan Park Jaerin telah berusia 4 tahun. Eunbyeol kini bekerja sebagai seorang photographer. Kyungsoo pula sebagai seorang idol terkenal di Korea. Kyungsoo lah menjaga Eunbyeol dan anak-anaknya. Chanyeol ialah se...