Sudah banyak kali Chanyeol cuba memujuk Eunbyeol, namun tidak membuahkan hasil. Tapi dia tidak akan berputus asa untuk memujuknya. Huwaaaa. Sampai bila Eunbyeol nak merajuk. Sampai mati? Tak nak!
Chanyeol mengetuk kepalanya. Otaknya ligat berfikir untuk memujuk Eunbyeol yang kuat merajuk. Tapi yang ni kes serius. Kes memujuk sebelum dia pergi Shanghai, senang dipujuk. Dan sekarang, sudah lima hari dia tidak bertegur sapa dengan Eunbyeol. Kalau dia muncul di hadapan Eunbyeol sekali pun, Eunbyeol menganggapnya orang asing. Langsung tidak peduli kewujudannya (?) Yang penting Eunbyeol kembali sihat seperti biasa.
Masalahnya sekarang adalah Eunbyeol.
" Appa, appa dah pujuk omma? " Soal Jaegyum sambil melabuhkan punggungnya di atas kerusi yang bersebelahan Chanyeol.
" Belum lagi. Dah pujuk tapi omma tak layan appa. " Chanyeol mengeluh panjang.
" Appa pujuk lah omma. Jae dan Rin nak pergi naik atas. Nak tengok ' Spongebob Squarepants '. Good luck appa! " Chanyeol mengangguk. Kakinya digoyangkan depan belakang. Pipinya dikembungkan.
Tanpa disedarinya, perbuatannya telah dilihat oleh seseorang dalam keadaan senyap. Siapa tidak tahu. Of course lah Eunbyeol. Siapa lagi manusia dalam rumah tersebut.
Chanyeol merasakan ada orang melihat dia dari belakang. Dia menoleh kepalanya ke belakang tapi tiada orang. Eunbyeol yang perasan Chanyeol akan menoleh ke belakang pantas bersandar ke dinding. Eunbyeol mengusap dadanya. Nasib baik Chanyeol tidak perasan.
Author: Chanyeol kat dapur, Eunbyeol kat ruang tamu.
" Kenapa aku rasa ada orang tengok aku? Omo! Jangan hantu sudahlah! Wahai hantu! Janganlah awak mendekati saya. Saya nak hidup panjang lagi. Saya nak kahwin. Saya nak ada anak. Tolonglah hantu. Bagi saya peluang untuk hidup bersama Eunbyeol dan anak-anak saya. " Chanyeol memejam matanya sambil berkata. Eunbyeol yang mendengarnya dari luar rasa nak tergelak. Haha.
Author: I kennot. HAHAHA
Gedebub!
Eunbyeol tersadung pada kereta mainan Jaegyum. Chanyeol bingkas bangun dan menuju ke ruang tanu. Matanya terbulat saat melihat Eunbyeol jatuh sambil mengurut buku lalinya. J
" Eun! " Chanyeol mencangkung dan menekap pipi Eunbyeol yang kemerahan itu. Chanyeol mengelap air mata Eunbyeol yang jatuh dengan ibu jari.
" Gwenchana? " Soal Chanyeol dengan nada risau. Buku lali Eunbyeol dibelek dengan berhati-hati.
" Saya hantar awak ke klinik. " Chanyeol mencempung badan Eunbyeol ke udara dan segera mengambil kunci kereta.
-----------------------------------------------
Eunbyeol memandang kakinya yang dibalut oleh kain putih (?) Nampaknya, dia tidak bekerja selama 5 minggu kerana buku lalinya terseliuh kerana mainan Jaegyum. Bukan salah Jaegyum tapi salah diri sendiri. Siapa suruh tak tengok bawah. Dan siapa suruh tengok Chanyeol dalam keadaan sembunyi. Eunbyeol mengeluh panjang.
" Eunbyeol, awak nak apa-apa? " Soal Chanyeol yang masuk ke dalam bilik Eunbyeol. Eunbyeol tersentak. Dia mengurut dadanya kerana terkejut. Syok-syok tengah mengelamun tiba-tiba ada orang ganggu.
" Hah? Apa awak cakap tadi? " Soal Eunbyeol lagi. Chanyeol menggeleng. Dia mendekati Eunbyeol yang bersandar pada dinding katil.
" Awak ni. Saya tanya awak nak apa-apa tak? Kalau awak nak, saya boleh ambil. "
" Ahh. Nothing. " Eunbyeol tersenyum.
" Eunbyeol. " Panggil Chanyeol. Eunbyeol memandang Chanyeol dan menaikkan keningnya.
" Maafkan saya. Pasal hmmm gambar yang saya peluk tu. " Ujar Chanyeol sambil menggaru belakang lehernya tanpa memandang Eunbyeol. Eunbyeol mendiamkan diri. Membiarkan Chanyeol menyambung percakapannya.
" Perempuan tu hmmm cousin saya, Hara. Kami baru berjumpa setelah 10 tahun tak jumpa. Jadi, hmmm saya peluklah dia. Sorry okay? " Sambung Chanyeol lagi sambil meenggengam tangan kanan Eunbyeol.
Eunbyeol serba salah. Salah dia juga sebab tak dengar penjelasan Chanyeol. Eunbyeol mengangguk. Dia membalas dengan mengetatkan lagi genggaman.
" It's okay. Salah saya juga sebab saya tak dengar penjelasan awak. "
" So awak maafkan saya? "
" Yup. Saya tak dapat merajuk dengan awak lama-lama. " Eunbyeol menekup mukanya. Malu meluahkan perasaannya yang sebenar. Chanyeol tersenyum. Dia mengusap rambut Eunbyeol lembut.
" Gomawo Eun. " Eunbyeol mengangguk. Chanyeol mengucup dahi Eunbyeol dengan kasih sayang. Tiba-tiba poketnya terasa bergegar. Dia mengambil telefonnya dan mempunyai panggilan dari Suho.Eunbyeol memberi isyarat supaya Chanyeol mengangkat panggilan tersebut. Chanyeol pun menekan punat (?) hijau.
" Yeoboseyo. "
" Chanyeol! Datang ke hospital sekarang! Kyungsoo accident! "
- bersambung -
Patut tak saya cepatkan ending ff ni? Huwaaaa nak nangissss.......
YOU ARE READING
[COMPLETE]Misi Memikat Bekas Isteri [ CHANYEOL ]
RomanceSudah dua tahun berlalu. Park Jaegyum dan Park Jaerin telah berusia 4 tahun. Eunbyeol kini bekerja sebagai seorang photographer. Kyungsoo pula sebagai seorang idol terkenal di Korea. Kyungsoo lah menjaga Eunbyeol dan anak-anaknya. Chanyeol ialah se...