" Oppa, betul ke oppa ni? " Soal Jaerin ragu-ragu. Dia dan Jaegyum akan ke SM Entertaiment dengan tujuan untuk berjumpa dengan Park Chanyeol.
" Betul lah Rin. " Balas Jaegyum sambil menghayunkan tangannya dan adiknya.
" Kalau omma tahu? " Soal adiknya lagi.
" Rin janganlah bagitahu omma. Jebal ~ " Rayu Jaegyum. Jaerin mengangguk kepalanya.
" Janji? " Jaegyum mengeluarkan jari kelingkingnya.
" Janji. " Jaerin membalas janji abangnya. Di usia yang muda ini, Jaegyum dan Jaerin sanggup mencari Chanyeol di SM Entertaiment tanpa pengetahuan Eunbyeol. Walaupun mereka berdua baru 4 tahun, mereka sudah pandai berdikari. Jauh sekali dari kanak-kanak yang lain. Jaegyum dan Jaerin tidak mahu menyusahkan ibu mereka dan daddy Kyungsoo.
" Oppa, Jaerin takut. " Jaerin bersembunyi di belakang Jaegyum. Jaegyum tinggi 4 cm saja dari Jaerin. Kalau kanak-kanak lain melihat mereka berdua, sudah tentu ia akan menjadi salah faham. Jaegyum dan Jaerin seperti pasangan yang sedang bercinta meskipun masih kecil. Sebenarnya bukan, mereka berdua hanyalah adik-beradik.
" Rin, gwenchana. Oppa sentiasa di sisi Rin. Jangan takut ya. " Jaegyum menggosok rambut adiknya kemudian mengucup dahi si adik. Jaerin tersipu-sipu menahan malu. Adakah patut abangnya mengucup dahinya di hadapan orang ramai?
" Oppa, Rin malu. " Jaerin menundukkan kepalanya ke bawah.
" Ish Rin ni. Kitakan adik-beradik. Apa salahnya? " Usik Jaegyum sambil menaikkan keningnya. Jaerin mencubit lengan Jaegyum. Perangai Jaerin tidak ubah seperti Eunbyeol yang suka mencubit lengan orang sesuka hati.
" Appo. " Rungut Jaegyum sambil tangannya mengusap lengannya.
" Balasan. Blekkk. " Ujar Jaerin sambil menjelir lidahnya kepada Jaegyum.
" Jahat betul Rin ni. Dah jom kita pergi. Kalau omma balik awal, habis kita nanti. " Jaerin mengangguk. Dia memeluk lengan Jaegyum dan berjalan ke SM Entertaiment.
-----------------------------
Jaegyum dan Jaerin tiba di sebuah bangunan yang amat besar dari mereka.
" Oppa, besarkan banguna ni? " Soal Jaerin sambil mengedip matanya berkali-kali. Sungguh dia tidak percaya appanya bekerja di sini. Mulut Jaegyum terlopong. Betul ke apa depan mata sekarang?
" Nae. Tengok papan tanda tu! Dia tulis SM Entertaiment! " Kata Jaegyum sambil menujuk arah papan tanda besar itu.
" Rin takutlah jumpa appa. Nanti dia makan Jaerin macam mana? " Jaegyum tertawa kecil. Comel sangat Jaerin hari ini.
" Jaerin, appa manusia. Kita pun manusia. Manusia makan nasi. Kalau haiwan baru makan manusia. " Jelas Jaegyum. Mata Jaerin membulat. Haiwan? Ya, dia takut cicak, lipas atau haiwan yang terbang. Kecuali burung. Badut tidak dilupai. Memang dia ni macam Eunbyeol. Semua sama.
" Kita masuk. " Jaegyum memimpin tangan Jaerin lalu menuju ke pintu besar company itu. Dia dan Jaerin sedaya upaya untuk menolak pintu itu kerana ianya besar dan berat. Akhirnya Jaegyum dan Jaerin berjaya menolak pintu tersebut.
" Wah! Cantiknya. " Puji Jaerin sambil matanya ligat memandang sekeliling. Jaegyum menoleh kepala ke kiri dan kanan. Mana agaknya appanya?
" Hai. " Tegur seorang lelaki yang 7 kali lebih besar dari mereka. Jaerin yang mendengar suara tidak dikenali lantas menyorokkan badannya dibelakang Jaegyum. Sempat juga dia mencuri pandang lelaki yang menegur mereka.
" Adik buat apa sini? " Soal lelaki itu lalu melutut. Nama lelaki itu ialah Sehun. Sehun merupakan seorang ahli kumpulan yang agak terkenal di Korea ataupun di seluruh dunia.
YOU ARE READING
[COMPLETE]Misi Memikat Bekas Isteri [ CHANYEOL ]
RomanceSudah dua tahun berlalu. Park Jaegyum dan Park Jaerin telah berusia 4 tahun. Eunbyeol kini bekerja sebagai seorang photographer. Kyungsoo pula sebagai seorang idol terkenal di Korea. Kyungsoo lah menjaga Eunbyeol dan anak-anaknya. Chanyeol ialah se...