BAB 1
Bunyi dentuman pintu kereta yang bertalu-talu membuatkan Qaisara terjaga dari tidurnya. Siapa yang datang? Ah! Malas dia nak ambil peduli. Lagipun rumahnya ada dua ruang tamu. Dia terbaring di atas sofa di ruang tamu yang jarang sangat digunakan untuk tetamu. Kebiasaannya ruang tamu ini digunakan pada waktu malam, apabila dia dan ahli keluarga berkumpul dan menonton televisyen. Mata kembali dipejamkan. Dia penat, dia letih. Walaupun dia sendiri tidak tahu apa puncanya. Nak kata dia bekerja, rasanya sudah dua bulan dia menganggur.
"Sara...bangun. Mak Ngah datang tu," suara ayahnya kedengaran.
"Malasla yah...Sara mengantuk. Bagi Sara sepuluh minit lagi boleh tak? Lagipun bukannya Sara tak pernah jumpa Mak Ngah," dengan mata yang masih terpejam Qaisara menjawab. Betul! Dia benar-benar malas untuk bangun dan berjumpa dengan ibu saudaranya itu. Entah-entah Mak Ngah dah bosan tengok muka dia.
"Isk budak ni. Degil sungguh la. Jangan sampai ma kamu mengamuk. Cepat bangun!"
"Sepuluh minit lagi ayah...sungguh sepuluh minit lagi!" Bantal kecil yang ada di dalam dakapannya terus ditekupkan ke muka. Masih belum ada hati untuk bangun selagi tidak mendengar suara 'merdu' daripada ibunya.
Belum sempat dia terlena, dia seakan-akan terdengar seperti ada kaki yang melangkah menghampirinya. Namun tiada sebarang suara yang kedengaran membuatkan dia mengabaikan bunyi itu. Pada fikirannya mungkin ayah ataupun adik-adiknya.
"Kacau la! Jangan ganggu akak nak tidur boleh tak?" Rungutnya perlahan apabila terdengar bunyi televisyen terpasang.
Namun rungutannya seakan-akan tidak diendahkan. Suara televisyen semakin jelas kedengaran. Ada juga budak yang nak kena pelangkung ni! Tapi entah mengapa, matanya masih terasa begitu berat untuk dibuka. Entah berapa puluh juta 'setan' yang duduk melangut dekat kelopak matanya itu, dia sendiripun tidak pasti.
Tidak lama selepas itu, tiba-tiba kakinya yang sedang berlunjur di atas sofa seperti diangkat buat seketika lalu diletakkan semula ke atas sesuatu. Sesuatu yang cukup lembut. Selesapun ada! Errmmm..
"Sudah-sudahlah tu tidur. Tak elok tidur lepas Asar ni. Tak baik untuk otak. Tambah-tambah awak tu anak dara!"
Eh! Sekejap. Qaisara seakan-akan baru menyedari sesuatu. Dia memang ada adik. Tetapi kedua-dua adiknya perempuan. Dia memang ada seorang abang dan suara abangnya tidaklah 'semacho' itu. Suara siapa yang sedap sangat ni? Bantal kecil dialihkan. Mata dibuka. Mengelip-ngelipkan kelopak matanya berkali-kali. Lambat pula otak dia nak berfungsi untuk mencernakan apa yang ada di hujung kakinya itu. Akhirnya...
"Aahhhh!" Sepantas kilat Qaisara bangun. Turun dari sofa dan berdiri tegak menghadap batang tubuh yang sedang elok duduk di atas sofa sambil tersenyum, walaupun wajah itu sedang dihalakan ke arah televisyen yang terpasang.
"Kau buat apa kat sini?" Soal Qaisara kalut. Memandang batang tubuh sendiri sebelum menghembus nafas lega. Nasib baik pakaiannya sopan untuk hari ini. Kalau tidak memang pertunjukan percuma petang-petang begini.
"Assalamualaikum," lelaki itu memandangnya. Tunjuk baik la pulak! Senyuman yang terukir di bibir semakin lebar. Tetapi tetap tidak mampu mencairkan hati Qaisara walaupun ramai yang memuji betapa manisnya senyuman lelaki itu. Manis ke, masam ke? Ada aku kisah?
"Waalaikumussalam. Aku tanya...kau buat apa kat sini? Macam mana kau boleh sesat kat sini?"
"Hai...saya datang rumah mak saudara saya sendiri. Tak salah kan?" Kening lelaki itu terangkat. Entah mengapa Qaisara merasakan jawapan yang diberikan itu begitu sinis bunyinya. Saya? Sejak bila pula mamat ni membahasakan diri dia saya apabila bercakap dengan aku ni? Eh..sekejap. Tadi maksudnya kaki aku diangkat lalu diletakkan di atas riba dia? What! Qaisara berperang dengan diri sendiri. Tanpa sedar kepalanya digeleng-gelengkan beberapa kali. Tidak mahu menerima hakikat apa yang terjadi sebentar tadi. Ish! Suka-suka dia je pegang kaki aku tadi. Tahulah sepupu akupun! Tapi tetap bukan mahram!
"Awak sihat?" Lelaki itu terus-menerus memandangnya. Dan senyuman yang kononnya manis itu membuatkan hati Qaisara terasa sebal pula. Hipokrit gila!
"Kau accident ye dekat New Zealand?"
"Huh?"
"Ye la. Manalah tahu kau accident lepas tu kepala kau terhantuk, cedera. Kesan dia buat kau hilang ingatan...ataupun...tak berapa betul sangat," sedikitpun Qaisara tidak menjaga tutur katanya. Tidak mungkin dia akan mempercayai bulat-bulat apa yang terjadi sekarang? Sepupu yang selama ini selalu sangat menyakitkan hatinya, sentiasa mencari kesilapannya dan kesimpulannya mereka tidak pernah sebulu, tiba-tiba berubah menjadi individu yang berbeza. Tak ke pelik? Tahulah semakin handsome pun! Tapi kau ingat aku ni bodoh sangat ke senang-senang kau nak perbodohkan aku?
"Awak makin comel la Sara...eh, bukan comel...cantik. Cuma kalau jaga sikit tutur kata, tingkah-laku, mungkin akan menyerlahkan lagi kecantikan yang ada pada awak tu. Terutama pada pandangan mata saya,"
"Sah! Memang otak kau pernah terima gegaran yang hebat! Baik kau pergi jumpa doktor lagi sekali. Bahaya tau!" Kakinya sudah mahu melangkah meninggalkan sepupunya itu. Malas nak melayan lelaki yang dah banyak menyakitkan hatinya sejak kecil. Buang tebiat nak mati gamaknya tetiba ber'awak' 'saya'. Bercakap bukan main budiman. Gentleman la konon!
"Awak tak nak tahu ke kenapa saya datang ke sini?"
Langkah Qaisara terhenti. Dia menoleh.
"Tadi kau cakap kau datang rumah mak saudara kau kan? Betul la tu...memang tak salah kau datang sini," jawab Qaisara acuh tak acuh.
"Saya datang sini ada hajat. Mama dengan papa kat bawah tengah berbincang dengan Pak Long dan Mak Long," suara itu kedengaran cukup tenang. Namun langsung tidak menenangkan hati Qaisara. Dup! Jantungnya tiba-tiba berdegup kencang.
"Hajat? Hajat apa?"
"Hajat untuk menyunting bunga di taman larangan,"
Ok! Kali ini kenyataan sepupunya itu membuatkan Qaisara ternganga. Aku silap dengar, ataupun dia silap cakap? Ataupun aku tak faham maksud tersirat di sebalik kata-kata itu.
"Untuk siapa?"
"Untuk saya,"
"Dengan siapa?"
"Dengan awak,"
Baiklah! Kalau dia pengsan waktu macam ni boleh tak? Agak-agak ada sesiapa yang nak sambut tak? Kalau tak ada orang yang sambut, agak-agak sakit tak kepala terhempas atas lantai batu ni. Sungguh! Dia terkesima. Jantung macam nak melompat keluar. Mintalah sesiapa yang baik hati tolong kejutkan dia dari tidur! Katakan semua ni mimpi! Mimpi! Mimpi semata-mata.
Zap! Dia terjaga dari lena. Lena dalam keadaan berdiri dan tanpa memejamkan mata. Semuanya gara-gara mendengar hilaian tawa yang kuat itu secara tiba-tiba. Lelaki yang sedang ketawa terbahak-bahak sambil memegang perutnya itu direnung tajam. Muka sudah membahang!
"Sara...sara...kau ni kan! Sejak dulu mudah sangat kena tipu! Kenapa? Kau betul-betul percaya dengan apa yang aku cakap tadi ek?" Lelaki itu bersuara dengan hilaian tawa yang masih belum reda!
"Muhammad Naqib Zafri!!" Qaisara menjerit sekuat hati. Ada yang nak mati sebelum sempat bertaubat ni!
p/s: Ahaks~ sesiapa yang masih belum baca...bolehla baca dulu...ambil mood sebelum versi cetak yang Insya-Allah akan keluar November 2015 di bawah kaki Novel Sdn Bhd
~

ANDA SEDANG MEMBACA
SIGNAL HATI [ COMPLETED ]
General Fiction"Alamak! Signal hati dah nak kena servis gamaknya!" Pantang berjumpa pasti Qaisara dan Naqib akan mencetuskan perang mulut yang tiada kesudahan. "Kau ingat nikah kahwin ni macam gula-gula ke? Boleh rasa-rasa. Eh, kejap! Yang kau tiba-tiba tanya aku...