Sudah beberapa bulan berlalu. Aku dengan dia bukan lagi strangers. Saat ini mungkin boleh dikatakan kami sangat mencintai satu sama lain. Walaupun tak pernah diucapkan tahu-tahu sendirik sudahlah. Aku bahagia sekarang. Dia seorang yang sangat sweet habis sudah agaknya semua sugarcane dalam negara ni dimakannya sampaikan semua perbuatannya tersangat sweet dekat aku. Buat aku melting sebelum takat didih 100 tu.
Tak pernah ada lagi lelaki selain ayah aku yang siapkan bekal makanan untuk aku. Lepas itu sanggup berulang-alik hantar dan ambil aku di Uni tak pernah miss buat masa inilah..hemm...
Bila aku tanya kenapa jawapan dia simple je. Dia suka aje nak ambik and hantar aku. Dia kata lagi bila dia hantar aku dia dapat masa untuk tenung aku lebih lagi and bila dia datang ambil aku akan buat dia hilang penat bila tengok aku. Aduhai, Pak mat salleh ni kenapalah mulutnya manis macam gula-gula kapas ni. Setiap kali teringat nak saja aku terkinja-kinja seorang-seorang.
Sometime...sebenarnya banyak kali sometime tu. Pantang aku dengan dia free waktu lunch rajin saja mengangkut aku makan sana sini. Setiap kali dia akan text benda yang sama.
'Baby, lunch free?'
Bila aku jawab balik 'free' cepat sahaja dia sampai depan lobby faculty.
On weekend rajin pula bawa aku pusing-pusing kalau aku tak sibuk. Dia kata kita kena keluar date selalu kalau kita nak kenal and sayang each other. Tapi kalau aku sibuk dia rajin saja jadi penaip aku yang setia. Terima kasih sayang.
The best thing is, dia rajin saja jadi Imam dalam solatku hampir setiap waktu kecuali Zohor dan Asar jarang dapat solat bersama sebab kami sibuk dengan urusan masing-masing waktu itu.
Masuk hari ini tinggal seminggu dua sahaja lagi untuk aku grad dan aku dah dambakan yang indah-indah untuk majlis itu.
Lepas graduation mestilah nak tinggal sini. Tak boleh lagi berjauhan dari dia. Sesak nafas kalau jauh-jauh sangat. Ingatkan nak sambung kerja di sini sahaja. Lagi pun base office Ned pun di sini kalau kami ada anak nanti biarlah dia di sini lagipun aku tak mahu pisahkan Ned dengan ibunya. Kan tak adil tu. Lagipun dia kan lelaki satu-satunya pulak tu. Memang sudah diwajibkan dia menjaga Mum.
Masalah kami yang satu itu masih belum selesai. Ibu dengan ayah tak tahu lagi tentang kami. Ingatkan nak beritahu mereka selepas graduation ni. Ned dah janji akan balik sekali dengan aku jumpa ayah dengan ibu untuk jelaskan keadaan kami. Aku rasa serba salah sangat setiapkali ibu atau ayah telefon. Banyak kali sudah aku menangis dan setiap kali Ned akan memujuk dan berjanji akan pulang sama untuk jelaskan kepada mereka. Hemm.
Saat ini perasaan aku pada dia bak awan berkepul-kepul yang simpan air hujan tanpa merembesnya. Kalau sesuatu terjadi mungkin akan banjir dunia ni sebab awan yang satu tu.
....
"Baby, good news!" Teriak Ned dari dalam bilik kerjanya.
"Hem.." Sejak dari pagi dia duduk bersimpuh dengan buka novel terbarunya di kerusi ala zaman Victoria di hadapan bilik mereka.
"Baby?" Suara Ned bergema lagi. Kini dekat sedikit berbanding tadi.
"Sini.. Sini." Safira melaungkan suaranya dengan mata masih tertancap pada buku di tangan.
Buku di tangan Safira ditarik tutup dan diletakkan ke tepi. Tangan Safira diraih ke dalam genggamannya. "Baby." Ned tersenyum besar. Besarnya senyum dia. Senyuman yang buat seluruh muka dia berseri-seri. Senyuman yang buat aku turut tersenyum. Senyuman yang sering buat aku bahagia sejak beberapa bulan ini.
"Iya, gembiranya sayang saya ni, ada apa?"
"Tender baru masuk, Ned gembira sangat baby." Tangan Safira di dalam genggamannya dicium berkali-kali kegembiraan.
"Bagusnya sayang, Jom kita buat sujud syukur." Ned tersenyum lagi dalam hatinya berbunga kerana ada Safira yang sentiasa mengingatkanya kepada sang pencipta alam dan dirinya. Safira bangun dari duduknya tangan Ned ditarik masuk ke bilik untuk berterima kasih kepada Yang Maha Esa.
...

ANDA SEDANG MEMBACA
SIAPA DIA
RomansaKehidupan kami bermula kerana satu permintaan. Permintaan yang sangat besar that come with a big reponsibility. Siapa dia? tu aku pon nak tahu sebab aku kena kawin dengan stranger ni. Nak tahu cerita kami dari A-Z bacalah... Written: 2015