Part 21

7.7K 257 0
                                    

Sarapan sudah siap tersedia atas meja tinggal tunggu isi rumah sahaja turun makan. Safira terdengar derapan kaki di tangga.

"Eh? Bila kamu balik?" Safira hanya balas dengan sengihan. Ibu pandang pelik pada Safira anak aku ni macam biskut kejap ada kejap hilang. Lepas tu dia rasa nak muncul dia muncul, betol-betol biskut budak seorang ni.

"Ibunya masak apa? Sedap bau." Ayah turun sampai ke anak tangga terakhir sebelum terhenti. "A-dik...Bilanya kamu sampai?" Safira balas dengan sengihan juga.

"Adalah." Senyum lagi dah macam kerang hanyir dah rupanye.

"Tapi hari ni ibu tak masak adik yang masak." Bangganya hari ni dapat masak untuk semua orang. Makin lebar sengihan Safira dibuatnya.

Tak lama lepas tu muncul pula Ned yang tersenyum-senyum turun ke bawah. Terus dia dapatkan Safira yang masih berdiri.

"Dah segar?" Tanya Safira.
"Dah. Thank you jaga Ned semalam." Tangan Safira dipegang.
"Tak jadi masalah lah, Sayang." Pipi Ned pula dicubit sikit Safira.

Ayah sudah ambil tempat di kerusi. Ibu pula sejak dari tadi melihat perlakuan dua pasangan itu. Maklumlah dia bukan paham apa yang dia orang tu bercakap. Tapi nampak gayanya siap cubit-cubit pipi semua dah baiklah tu.

Ibu baru nak ambil tempat. Datang pula satu suara mencelah.

"Lah... semua dah bangun ke?"

Semua tersenyum ke arah abang. Ibu pula menepuk kerusi di sebelahnya.

" Kira okeylah tu kan? Sudah dikerah tenaga malam-malam buta lepas tu kena tengok drama pulak tu. Nasib...nasib." Keluh abang.

Safira memandang abang tajam. Nak kena ni pak cik sorang ni. Nasib baik duduk sebelah ibu kalau tidak. Siaplah aku kerjakan.

Ned usap bahu Safira cuba tenangkan hati Safira. Abang pula sudah tersenyum-senyum memandang. Dah pasang niat nak menggiat si dua orang merpati sejoli itu.

"Ibu, bahagianya orang depan kita ni kan? " Ibu terkebil-kebil dengan soalan abang. Matanya beralih pada dua orang manusia dihadapannya. Ayah pula lebih senang memerhati.

"Ish, menyebok ajelah. Biarlah kita senang sikit kan sayang?" Ned tak faham apa-apa pun tapi dia angguk aja. Bantailah, dah dia panggil tu bagi sahaja reaksi karang kena ketuk pulak.

"Sayang sangat..bila bergaduh muka pun tak mahu pandang..heh!" Ejek abang.

"Abang jangan nak banyak cakap. Beritahu Kak Zee cancel kahwin."

Abang terbeliak. Biar benor budak ni.

"Kak Zee siapa tu adik?" Ibu sudah bertanya. Tak ada berita apa-apa pon nak kahwin pulak dah ke anak aku ni.

"Kakak yang adik tumpang haritulah ibu. Girlfriend abang."

"Hah?" Terkejut ibu dibuatnya. "Abang, betul ni?"
Abang sudah terkulat-kulat. Adoi budak ni pecah rahsia. Kita nak kenakan dia, kita kena balik. Haru punya adik.

"Betul ibu. Abang kata kalau tak sebab Safira dengan Ned dia dah lama suruh ibu masuk meminang Kak Zee." Safira jadi tukang jawab.

"Adik..." Abang pandang Safira minta simpati tapi Safira bolayan aje.

" Hah, abang kalau dah suka tunggu apa lagi? Bila nak hantar rombongannya?" Ayah sudah bertanya. Kali ni tak boleh lepaslah. President keluarga dah keluar suara.

"Esok boleh?" Abang sudah tersengih lebar.

"Allah budak ni gelojoh." Pap! Sekali kena dengan ibu.

Jadi hingar-bingar suasana ruang tamu itu dengan suara mereka. Tapi abang tak nak juga mengalah nak juga buat lawak international cita pasal aku yang call dia tengah-tengah malam sebab risaukan Ned.

Ned pula asik tersenyum aje. Lepas tu dia pun join sekali cita pasal dia ingat aku ni hantu. Habis semua orang bantai gelakkan kami ramai-ramai. Lepas tu siaplah Ned kena ketam.



SIAPA DIAWhere stories live. Discover now