Safira tidak selesa untuk tidur seperti biasa. Risaukan Ned teramat sangat. Boleh ke ibu jaga dia? Ned tu kalau sakit cerewet sikit. Risaunya. Dia teringatkan dulu masa dia sakit. Masa tu Safira masih dalam kuliah lagi.
Pagi tu masa nak ke kuliah. Ned masih berselubung. Eh pak cik ni tak nak bangun ke?
"Sayang... bangun. Ira dah nak kena pergi kuliah ni."
"Hem." Pelik ni hemm je. Sedor ke tak ni?
Selimut Ned ditarik sedikit. Terkejut Safira melihat Ned yang pucat lesi. Dah kenapa ni. Tak kan sebab hujan semalam tu.
"Ned, Sayang..." Panggil Safira lembut. Tangannya melekap pada bahu Ned. Panasnya. Macam mana ni hari ni ada class pagi. Ned pula sakit aku yang tak demam ni boleh jadi demam buatnya.Safira turun ke dapur carik jus oren dengan air masak.
"Safira tak pergi kelas?" Langkah Safira terhenti bila mummy Ned menegurnya.
"Tak lagi mummy. Ned demam."Safira memulakan langkah semula ke dapur sambil diekori Mrs. Wilcott.
"Demam?"
"Em, kena hujan semalam agaknya." Mrs. Wilcott mengangguk sambil memerhati Safira.
Safira membawa dulang berisi jus oren, granola bar dan flusk air masak. Tak lupa sepapan Tylenol untuk Ned.Sampai dalam bilik Ned masih berbungkus. Safira letak dulang ke tepi dahulu. Safira betulkan suhu bilik supaya tak terlalu panas atau sejuk.
"Sayang, bangun sekejap."
"Penat." Tu aja yang Ned mampu kata.
"Tau.. tapi kena minum air sikit lepas tu makan ni." Safira tunjuk granola bar di tangan " Lepas tu ambik ubat tido." Safira tersenyum. Semudah abc aje apa yang Ned perlu buat.
"Siapa nak hantar baby hari ni?"
"Nanti Ira pergi sendirik ye. Ira nak mintak izin bawak kereta sayang hari ni. Tengah hari nanti Ira balik..janji." Tangan Ned dipegang kejap."Okey." Suara Ned lemah sahaja. Risau betul Safira dibuatnya.
"Balik nanti Ira masakkan chowder boleh?"
Ned geleng kepala. " Ned tak boleh terima benda bersusu kalau demam rasa loya."
"Ye ke! Nasib baik beritahu kalau tak dah siap nanti siapa nak makan. Tak apa nanti Ira masak sup ayam dengan sayur je ye."
Ned mengangguk setuju sebelum tersenyum.
"Ira pergi dulu tau, bye." Safira cium pipi Ned sebelum beredar.Petang tu Ira masakkan Ned sup ayam dengan sayur. Lepas tu dia duduk melepak sahaja dalam bilik mereka sambil bacakan buku untuk Ned.
Safira tersenyum teringat kenangan tu. Makin tidak betah dia duduk di dalam rumah ini lama-lama. Almari didekati, baju dan barangan peribadi diletak dalam beg. Lantaklah nak tunggang-langgang sekali pun dia sudah tak peduli. Telefon dicapai.
"Hello, abang ambik adik sekarang. Adik nak balik."

ANDA SEDANG MEMBACA
SIAPA DIA
RomansaKehidupan kami bermula kerana satu permintaan. Permintaan yang sangat besar that come with a big reponsibility. Siapa dia? tu aku pon nak tahu sebab aku kena kawin dengan stranger ni. Nak tahu cerita kami dari A-Z bacalah... Written: 2015