"Abang, balik." Dengan suara ibu yang agak tinggi. Ned yang sedang duduk di dalam bilik. Tertinjau-tinjau di luar pintu. Sejak dari pagi dia tidak ada buat apa-apa kerja. Selepas subuh ayah ajak berbual sedikit. Ayah tanya tentang keluarga dan kerja dirinya.
Ibu pula sudah sibuk memasak di dapur. Semalam ibu tanya apa yang di makannya pada waktu pagi dan makanan apa disini yang Nathan tahu makan. Jawapan untuk ibu yang diberikan ialah 'Safira sempat ajar makan nasi lemak sahaja.'
Selepas itu, ibu bercakap macam machine gun tapi satu pun tidak difahaminya. Tapi dari nadanya macam marah. Dia cuma faham "Safira...Safira...Safira..." entah dekat mana dia sekarang. Saya rindu awak, baby.
"Adik kamulah ni dia pergi kahwin dekat sana, Kamu balik sini cepat, Abang." Suara ibu didengari lagi. Walaupun tidak faham Ned masih sibuk nak dengar. Peeping Tom.
"Abang, ibu suruh balik jangan banyak alasan hujung minggu ni. Balik! " Suruh Ibu.
Nathan masih tidak faham tapi dia dapat tangkap ayat yang satu itu. 'Abang' dia pernah dengar. Abang Safira hanya ada seorang. Dia pun pernah bercakap dengan Abang walaupun hanya seketika. Tak salahkan kalau kita nak merapatkan Ukhwah. Lagi pun abang ipar dia bukan orang lain.Ned lihat ibu sudah meletakkan telefon. Ibu terperasankan dia di pintu. Ibu mulanya membesarkan mata buat dia takut dan terdorong sedikit ke belakang. Tapi lepas tu ibu tersenyum kearahnya dan terus berjalan ke belakang rumah. Apa yang difikirkan ibu dia sendiri tidak faham.
Ned ada misi sebenarnya. Telefon cordless itu di ambil, butang history ditekan. Nombor pertama yang tentera di situ diambil. Cuma dengan cara ini dia dapat tahu tempat sebenar Safira di mana. Abang mesti tahu. Sebab cuma dia yang tahu pasal ini. Dulu masa nak nikah Abang juga yang beri green light.
Dengan nafas Bismillah, butang Call ditekan.
...Masuk hari ini sudah nak seminggu dia di sini. Nak tahu rumah siapa ni? Ini lah rumah girlfriend abang. Kantoi akhirnya. Rupanya officemate dialah pujaan hati dia. Hem makan besarlah tak lama lagi nampaknya. Bakal kakak dia ni pula bukanlah seorang tapi berdua. Jeng-jeng bukan abang nak kahwin dua. Tapi dia ada anak seorang dalam dua tahun. Kesian anak belum lahir suami dia meninggal. Anak Kak Zee ni comel sangat Kimi nama dia.
Pagi selalunya Kimi kak Zee akan hantar dekat taska jalan sebelah. Tapi sejak aku ada ni tengah hari aku dah ambik dia. Bosan pula duduk tak buat apa. Memandangkan sudah ada si kecik dalam perut ni. Boleh lah buat trial jadi 'Mamma'. Safira gelak sendirik.
Minggu ni abang dah war-warkan yang di disuruh balik ke kampung sebab 'Singa of the west' dah panggil balik. Katanya sebab aku. Safira mengeluh. Apalah nasib aku ni nanti. Ibu suruh pergi, suami tak datang cari, aku semakin berisi. Eh tu sebab baby dalam perut ni. Hemm.. tak apalah baby tinggal dengan mamma je. Dah orang lain tak nak kita nak buat macam mana.
...
Di rumah ibu dan ayah.
Abang buat macam tak tahu dan terkejut mendengar cerita Ibu. Ayah pula hanya tenang memandang ibu yang bagaikan terlalu khusyuk menceritakan apa yang di sampaikan Ned kepada Ayah. Abang dah tahu Ned pun sudah dibasuh hari tu dalam telefon. Nasib baik dia call juga kalau tidak sampai hari ni dia tak tahu apa-apa. Malang buat dia sebab awal-awal lagi abang dah bagi penumbuk pada tulang rusuk dia. Sakit tapi dia buat biasa sahaja.
Ayah pula bagai boleh agak yang Abang sudah tahu. Sebab dia kata ' Nengkali buat keputusan jangan belakangkan orang tua. Bila sembunyi susahkan diri.' Tapi ibu still in blank.
Ned pulak sudah macam cacing kerawet tak petah lagi duduk di rumah Ibu bila sudah tahu Safira dimana. Malam itu Ned duduk di luar ditemani Abang sejak balik dari surau selepas Isyak. Macam-macam mereka cerita. Tapi tiada topic Safira. Akhirnya Ned beranikan diri bertanya.
"Shafira sihat?"
"Ingatkan tak nak tanya tadi." Kata Abang. Dia sebenarnya tunggu juga Nathan bertanya tapi tiada.
"Ira sihat?"
"Okey...okey dia lah."
"Hah tak faham." Wajah Ned berkerut."Dia kan mengandung..okey-okey orang mengandunglah."
"Mengandung?"
"Hemm.."
Wajah Ned berubah terkejut. Kenapa dah seminggu dia dekat sini tiada siapa yang khabarkan hal ini pada dia.
"Lah...tak tahu lagi rupanya. Ibu lupa nak beritahulah tu." Abang tersenyum.
" Tahniah, tidur dulu esok kita nak gerak pagi." Abang tepuk bahu Ned yang wajah dah bercahaya macam waktu dah siang....
YOU ARE READING
SIAPA DIA
RomanceKehidupan kami bermula kerana satu permintaan. Permintaan yang sangat besar that come with a big reponsibility. Siapa dia? tu aku pon nak tahu sebab aku kena kawin dengan stranger ni. Nak tahu cerita kami dari A-Z bacalah... Written: 2015