Ned menarik nafas lega masalah yang dihadapinya sejak beberapa hari lepas akhirnya dapat diselesaikan juga. Hari ini dia perlu ke head office. Untuk bertemu dengan pekerja. Matanya dialihkan pada satu sudut bilik kerja yang dipenuhi dengan gambar-gambar kenangan dia bersama keluarga.
Matanya tertancap pada gambar dia dengan Safira yang tersenyum gembira. Dia turut tersenyum mengingati kenangan mereka.
"Safira jom selfie?"
"Hah? selfie dekat sini?" Mata Safira memandang sekeliling mereka yang agak sibuk dengan orang.
"Aha.."
"Perlu ke?" Safira ini memang perlu paksa ke untuk buat sesuatu. Apa ye ayat nak bagi.
"Perlu...sangat perlu, ini kan First Date kita jadi kita akan ingat selalu gambar ni."
Balasan yang aku dapat adalah senyuman dia yang paling sweet. Gambar candid yang hanya menampakkan separuh muka aku yang tersenyum lebar kepadanya.
Tapi bila balik dia yang sibuk nak print dan letakkan gambar ni dekat sini. Katanya gambar ni comel sangat.
Senyuman Ned mati apabila teringat yang beberapa hari lepas dia juga telah memarahi Safira tanpa sebab. Tiba-tiba sahaja rasa rindu teramat pada isterinya. Dia mesti tengah marah dekat aku sekarang ini. Kalendar yang berada di atas meja ditatap.
Alamak, masuk hari ini telah dua hari sepatutnya penerbangan mereka terlepas untuk balik ke negara Safira. Dia akan mati dikerjakan isterinya. Hari graduasi isterinya juga dia sudah terlupa. Hatinya diterjah dengan rasa bersalah. Ya Allah apa dah aku buat ni. Dia perlu cari Safira sekarang.
...
"Mummy."
"Hemm..." Mrs.Wilcott layan endah tak endah sahaja anaknya yang satu itu.
"Mum, mana Safira?"
"Entah." Jawapan yang buat Nathan rasa gundah tidak tentu arah. Sudah satu rumah dia pusing mencari isteri dia yang satu itu. Tidak jumpa juga. Mungkin keluar.
"Tahu dia pergi mana?"
"Mummy bukan suami dia mana lah mummy tahu." Jawapan Mummy buat dia rasa pelik.
"Hah, Ned tak faham. Mana Safira?"
"Kamu fikir sendiri apa yang kamu cakap dengan dia hari tu. Pandai-pandai kamu selesaikan sendirik. Kamu yang carik masalah." Mrs.Wilcott terus angkat kaki tinggalkan Ned terpinga-pinga dengan rasa geram terhadap anaknya yang tak reti menjaga hati orang lain.
Ned tertanya-tanya apa yang dia buat hari tu.
"Graduation...Graduation...Graduation! Benda tu tak sepenting kerja saya ni awak tahu tak! Rimaslah saya dengar. Tolong jangan cakap apa-apa lagi. Menganggu orang sahaja tahu. Awak tahu tak saya tengah pening sekarang ni! Keluar sekarang! Keluar dari sini!"
Ya Allah, aku tak bermaksud macam tu pun. Aku cuma nak ruang selesaikan masalah kerja. Tapi disebabkan marahnya yang satu itu Safira juga terkena tempiasnya. Sekarang ini dia mesti sudah tersalah anggap yang aku menghalau dia dari sini. Ned mengeluh lemah.
Ned merebahkan diri pada kerusi kesukaan Safira. Kerusi zaman Victoria yang sering menjadi tempat lepak Safira. Cukuplah hanya dapat duduk di tempat kesukaannya untuk melepaskan sedikit rindu padanya.
"Baby..maafkan Ned." Ned menarik nafas sedalam-dalamnya kesal.

ANDA SEDANG MEMBACA
SIAPA DIA
RomanceKehidupan kami bermula kerana satu permintaan. Permintaan yang sangat besar that come with a big reponsibility. Siapa dia? tu aku pon nak tahu sebab aku kena kawin dengan stranger ni. Nak tahu cerita kami dari A-Z bacalah... Written: 2015