Telefon Safira berdering pagi Isnin itu. Siapa pula call ni? Tak kan kak Zee kut. Kimi tak sihat ke nak ambil awal. Pagi itu Safira sarapan biskut kering sahaja dengan air teh. Tak lalu nak makan benda lain. Tapi dia teringin nak makan buah kedondong. Hem... tapi kat mana nak cari. Ah! dekat jalan rumah abang dulu dia pernah nampak pokok itu depan salah satu rumah di situ. Yum...yum kalau dapat makan cecah dengan garam. Um! Terbaik.
Nanti nak suruh abang petikkanlah. Telefon masih berdering. Lupa pulak, nak kan kedondong telefon pon lupa nak angkat. Di screen 'Abang'. Eh nak apa pula telefon pagi-pagi ni.
"Hello?"
"Assalamualaikum, Adik." Suara abang menjengah di talian.
"Waalaikumsalam, Kenapa call pagi-pagi ni?"
"Saja." Eh tu pulak jawapan dia. Safira berkerut kening.
"Dah makan? Hari ni okey?"
"Dah tadi. Okey macam biasalah morning sickness kata Doc masuk second trimester baru cool down. Inshallah." Kenapa abang pelik je hari ni..?
"Breakfast ape?" Eh, selalu tak tanya pun aku breakfast apa? Telefon pon selalunya bila dah tengah hari. Sebab dia kata dah dapat update dari Kak Zee. Ceh, nak tanya pasal adik pun nak tanya Kak Zee. Kronik sungguh.
"Cream crackers dengan tea. Tu je yang mampu telan." Nak apa sebenarnya Abang ni tak kerja dah ke? Call orang pagi-pagi ni. Mata mengeling pada Jam dapur Kak Zee. Sembilan dua puluh. Bukan waktu macam ni sepatutnya sibuk ke?" Abang nak apa sebenarnya? Tak kerja ke? "
"Lah tanya pon salah ke tu namanya orang take care pasal dia, caring pasal dia. Jawapan untuk soalan tak kerja tu. Ye saya cuti hari ini."
"Eh nape pulak?"
"Saja, penatlah dik drive dari kampung. Ni salah adiklah sape suruh menikah jauh-jauh tak pasal abang pun terbabit masuk pulak. Nak kena tolong jawab dekat ibu. Kasihanilah Abang mu ini."Ish, Abang ni drama pulak dia. Asal balik kampung mula lah tersangkut dengan ibu. Tersampok drama melayu. Hah, memandangkan abang dah call ni. Hemm...
Safira tersenyum sendirik."Adik kesian sangat dekat abang jadinya adik nak bagi abang hadiah."
"Hadiah?" Teruja saja suara abang bila dengar hadiah.
"Hemm hadiahnya ialah, petikkan buah kedondong depan rumah jiran abang tu." Hemm Safira dah terbayang-bayang buah kedondong cecah garam umm.. Marvellous sungguh.
"Ceh, tu bukan hadiah tapi arahan."
" Ala.. Abang ni. Adik nak bagi hadiah anak sedara ni. Jadi beri buah kendondong tu adik nak makan sangat ni. Cecah dengan garam sedapnyaa." Shaira terpejam-pejam membayangkan kelazatannya. Dapnya yum..yum.."Yelah-yelah nanti abang bawakan. Nak apa-apa lagi tuan puteri."
"Buat masa ni tu aje. Abang cuti kan hari ni jadi hantarkan hari ni ye kalau boleh secepat yang mungkin dah teringin sangat ni."
"Okey-okey..terok bebenor mengidamya nak hari ni juga pulak tu."
"Okey thank you, abang. Muah..muah. Bye." Talian di matikan. Huu dapat juga aku makan hari ni. Ceria sahaja Safira lepas tu.>,<
..." Dah dengarkan?" Ned di sebelah dipandang Abang. Sejak lepas makan sarapan tadi Ned dah tolong abang. Dia mahu dengar suara Safira, tu sahaja. Soalan semua dari Ned, abang cuma tukang sampai. Teruja sungguh Ned bila dengar suara Safira.
"Sekarang ni kita ada kerja. Jom."
"Pergi mana?"
"Mana lagi petik buah kedondong jiran selang 3 pintu dari rumah ni. Ada permintaan mak buyong tahu."
"Hah"
"Pregnant adik. Nak makan. Buah kedondong." Kata abang satu-satu. Susah juga dapat adik Ipar mat-cak-leh ni. Semua nak terangkan.
"Ke-don-dong? Apa tu?"
"Ni nak pergi tujuklah ni jom." Arah abang. Nathan hanya perturutkan aja.Nathan dan abang pergi kerumah jiran abang yang digelar pak cik Salleh itu. Bila sampai depan rumah pak cik Salleh naik pelik. Apa pasal pulak jiran dia ni datang dengan budak orang putih ni?
Lagi pelik jadinya bila Abang mintak nak buah kedondong sikit. Bila dicerita siapa Ned dan adiknya yang mengidamkan buah itu baru hilang kerut dekat dahi orang tua itu. Ned pulak hanya tersenyum bila namanya disebut-sebut. Apa yang dia faham cuma nama dia dengan nama buah itu sahaja.
Malang betul bila ada language barrier ni. Rasa macam dia tak pandai sahaja. Dia yang dikatakan hebat oleh ramai orang di negaranya kini rasa kerdil sahaja bila dia tak mampu untuk faham dan bertutur bahasa ibunda isterinya itu. Betullah Allah itu maha berkuasa jadi kita jangan bongkak dengan apa yang kita ada.
Dapat sahaja buah yang diinginkan Safira itu. Ned sibuk pula tenung dalam plastik. Tak ada apa pun yang istimewa pon pada rupa buah ni. Sedap sangat ke? Sampai di rumah, Abang minta ibu potongkan buah tu. Mesti Ned nak rasa katanya pada ibu. Siap dibuang kulit ibu sedap saja masukkan kedondong yang dipotong dalam mulut. Sedap kata ibu. Nathan cuba ambil sikit dia ikut aja apa yang ibu buat. Tapi cepat sahaja dia ke singki.
Masam! Ahh masam. Terkebil-kebil mata Ned. Cepat air paip dikumur. Tak suka rasa buah ni. Pelik kenapa Safira mengidamkan buah ni. Tak sedap bagi dia. Sudahlah masam kelat pula tu. Nampaknya dia kena belajar banyak benda dengan Safira pasal makanan di sini.
...
Hari hampir tengah hari bayang abang tak nampak lagi. Lama sangat ke nak ambik buah tu? Lagi pun rumah Abang bukannya jauh dari sini. Mane ni.. Hem...
Tak lama lepas tu Safira nampak kereta abang berhenti depan rumah. Laju sahaja pintu dibuka sambil tangan membetulkan tudung express yang dipakainya. Hemm buah kedondong bestnya. Seronok sungguh Safira dibuatnya.
Abang turun lenggang kangkung ke arahnya. Mana pula buah yang dipesan? Tangan abang kosong je. Mukanya sudah berubah berkerut. Tak ada ke? Jiran abang tu tak bagi ambil ke. Alah... muka Safira berubah hampa.
"Assalamualaikum."
"Waalaikumsalam, mana kedondong adik? Jiran abang tak bagi ambik ke?" Abang tergeleng-geleng, Hish budak ini tidak menyabar. Semua orang mengandung macam ni ke?"Adalah. Risau sangat kenapa? Tak ke mana buah tu. Adik, abang nak cakap cikit ni."
"Apa?" Safira sudah terjengah-jengah dibelakang abang. Macam boleh nampak buah yang diinginkan. Eh macam ada orang je dalam kereta tu."Duduk diam-diamlah, nak cakap pun tak senang." Marah Abang.
Safira terdiam, dia pandang muka abang khusyuk. Harapnya dia dapatlah plastik yang penoh dengan kedondong lepas ni.
"Abang ada surprise ni untuk adik."
"Surprise? Surprise apa?" Tanya Safira pelik. Surprise kebendanya tengah-tengah hari ni?"Surprise lah. Jom ikut abang." Tangan Safira sudah ditarik.
"Lepas surprise ni dapat buah tak?" Tanya Safira polos.
" Dapat, dapat lebih lagi." Safira berkerut mendengar kata-kata abang itu.
"Jom." Tangannya ditarik lagi.Safira ikut sahaja abang ke keretanya. Surprise apa entah abang ni jangan-jangan ibu kot. Safira sudah membesarkan mata. Oh no! mesti ibu akan bebelkan dia nanti. Safira asik mengelamun tentang ibu sampai dia tak perasan ada orang sudah berdiri di depan dia.
Safira terperasan plastik merah di depannya. Kedondong..hemm. Terus dia rasa seronok. Suka, suka, suka. Ada juga kedondong ni.
"Abang..." Ayat Safira terhenti. Wajahnya terus berubah riak. Apa ni? Safira mengigit bibir. Matanya sudah panas. Bibirnya diketap sekuat mungkin menahan tangis. Rasa sedih di dalam hati buatkan dia rasa sesak dada. Terus kakinya dihayun berpusing masuk ke rumah semula.
Nathan terkedu. Dia tak sangka itu reaksi yang dia dapat. Hatinya rasa sakit sangat. Matanya mula bergenang. "Baby." Panggil Nathan perlahan.
Tiba-tiba sahaja Safira berhenti di tengah-tengah porch. Abang pandang Safira pelik. Bukan tadi nak merajuk sangat ke? Safira pusing. Laju sahaja dia jalan ke arah Ned. Ned juga turut pelik dengan tingkah Safira itu.
Plastik merah berisi buah kedondong itu di tarik kasar dari tangan Ned. Ned terkejut. Besar matanya. Safira kemudian buat muka menyampah sambil berpaling muka ke kanan. Huh... eksyen sungguh gayanya sebelum jalan semula masuk ke dalam rumah. Sebelum masuk dia berhenti di sebelah abang.
" Terima kasih daun keladi, jangan bawak dia lagi!" Kata Shaira sebelum masuk ke dalam rumah.
" Allah, adik aku ni. " Abang menepuk dahi kemudian memandang Ned yang terpinga-pinga. Bila mata mereka bergabung kedua-duanya bantai gelak di hadapan rumah itu. Safira...Safira...
----
Itu sahaja buat masa ni. Sudi-sudilah comment ye. Nak juga tahu pendapat awak semua. Tq for reading. -Eddenqh >,<
YOU ARE READING
SIAPA DIA
RomanceKehidupan kami bermula kerana satu permintaan. Permintaan yang sangat besar that come with a big reponsibility. Siapa dia? tu aku pon nak tahu sebab aku kena kawin dengan stranger ni. Nak tahu cerita kami dari A-Z bacalah... Written: 2015