part 8

8.3K 285 0
                                    

"Ira!"

Suara abang mengalih pandangannya pada abang yang sedang berdiri di salah satu tiang di situ. Eh awat abang aku ni diri kat sini puas aku cari dekat balai ketibaan tadi. Orang tunggu dekat pintu dia tunggu dekat sini pulak. Buatnya aku tak lalu sini, nangis!

"Kenapa tunggu dekat sini?"
"Saje." huh abang aku sorang ni.
Abang tertinjau-tinjau di belakangku.
"Cari ape?" eleh macam tak tahu saja sape dicarinya
"Sapa lagi, cik abang awaklah."
"Entah."
"Entah?" nak kena ni budak sorang ni boleh dia jawab 'entah'.
"Dia balik tidak."
"Tak."

"Dia sibuk ?"

"Hemm..." Sibuk sangat sampai isteri sendiri disuruh keluar katanya. Menyemak aja Ira ni. Boleh tak cakap dekat abang macam tu mau hangus Ned dikerjakan. Ada bagus juga dia kena macam tu biar dia rasakan. Eh apa pikir macam ni. Mulutnya ditampar beberapa kali perlahan. Cepat-cepat Safira beristighfar untuk menenangkan hati.

Biarlah hanya dia dengan Ned sahaja tahu lagi pun masalah rumah tangga mana boleh dihebahkan, tak baik.

"Habis bilanya masalah korang ni nak selesai. Sampai bila nak sembunyikan dari ayah dengan ibu."

"Tak tahu." Itu sahaja jawapan yang dia ada.

....

Bila sampai di rumah, ayah dengan ibu menyempit dengan aku. Aku ke kiri diorang ke kiri bila aku ke kanan mereka pun sama. Semua makanan kesukaan dimasak ibu. Kenyang sangat sudah.

Esoknya pula ibu dengan ayah buat kenduri kesyukuran. Riuh rumah dengan sedara yang datang. Tak termasuk dengan jiran-jiran sekampung. Nasib baik rumah ayah ni rumah batu kalau plywood dah roboh agaknya. Hehe.

Tapi aku perasan sesuatu sejak hari itu lagi. Aku mula mabuk hampir setiap pagi. Tekak mula rasa loya dan yang paling penting aku mula nak makan benda pelik-pelik. Macam hampas kelapa yang dah siap diperah santannya. Aku tahu aku mesti sudah mengandung tapi belum buat test-kit lagi. Buat masa ni belum kantoi lagi dengan ibu tapi sampai bila. Ned pula dah tak hingin kan aku. Agaknya kalau aku beri tahu pekara yang sebenar nak ke ayah dengan ibu percayakan aku.

Masuk hari kedua di sini orang sudah soksek-soksek nak jodohkan aku dengan orang ini, orang itu. Rasa serba salah pula, kalau ikut hati mahu je kata. Mak cik saya ni dah berlaki. Tapi karang ibu pula yang pengsan mendengar. Tapi ibu pon apa kurang samanya sibuk bercakap pasal anak orang itulah, anak kawan dia lah sampaikan anak- anak kawan ayah turut tersangkut sekali. Dilema aku sekarang ini. Nathan sudah tak mahukan aku orang lain pulak sibuk nak menjodohkan aku.

Abang hanya tersengih saja bila topik itu berbangkit. Dia buat tak tahu lepas tu angkat-angkat kening macamlah aku tak paham. Hemm.

...

Ned akhirnya dapat juga berpijak ke tanah selepas penerbangan berjam-jam lamanya. Rasa sangat asing bila berpijak di negara orang ini. Tapi disebabkan mahu memujuk si buah hati yang merajuk dia sanggup sahaja meredah.

Buku nota kecil dengan alamat kampung Safira dipandang sekali lagi. Harap dapatlah jumpa dia cuma ada alamat ni sahaja sebagai panduan. Selepas berhari mencari cik buah hati sekeliling bandar.

Mummy datang bawa berita gembira.

"Dia dah balik." Kata mummy.

Ned pandang mummy terkebil-kebil. Huh patutlah tak ada. Penat dia cari kesana kemari tapi hampa. Rupanya orang yang dicari dah lama tinggalkan tempat ini.

"Ini alamat rumah keluarga dia. Mummy bagi kamu peluang ni Nathan. Kamu tak guna betul-betul siap kamu. Kerja- kerja juga orang lain pun sama penting juga. Lepas ni kalau jadi apa-apa lagi Mummy tak akan tolong lagi."

Ned tersenyum gembira tak terkata. Tuhan sahaja tahu bertapa riang ria hari raya hatinya kini.

Teksi ditempah dengan penuh harapan agar dia dapat sampai ke rumah yang dicari. Kalau tidak ke mana dia nak pegi bukan dia tahu tempat ni. Serba-serbi asing semuanya. Safira awak boleh buat saya ni sakit meroyan tahu tak.

...

SIAPA DIAWhere stories live. Discover now