Life is hard for me tapi sekarang ini lagi payah sebabnya...
15 minit sebelum.
"Uncle suka kamu, Safira." What?! Safira terkebil-kebil memandang Mr.Wilcott.
"Uncle suka macam anak." Mr.Wilcott terbatuk-batuk. Tubuh tua itu kelihatan semakin lemah. Nafas yang ditarik juga nampak payah. Ira cuma mampu senyum memandang Mr.Wilcott yang terlentang sakit di atas katilnya.
"Sejak ada Safira uncle nampak anak uncle ada perubahan." Mr.Wilcott sukar untuk mengeluarkan kata-kata. Isterinya di hujung katil hanya memandang dengan mata sayu.
"Uncle ada permintaan terakhir sebelum uncle pergi." Mr.Wilcott hanya senyum lemah sambil memandang Safira.
"Apa dia uncle?" Ira memandang satu-satunya anak lelaki Mr. Wilcott yang duduk di hujung bilik wad. Safira nampak matanya tertutup rapat.
"Uncle nak Safira jadi menantu uncle."
"Tapi uncle tak kenal saya." Mata Safira membulat terkejut tak terkata.
"Uncle tahu kamu baik untuk dia." Safira hanya mendiamkan diri. Dia di hujung terus berdiri tegak dengan mata bulat melihat ayahnya. Permintaan ayahnya memberi kejutan kepada semua.
"Uncle nak kamu nikah hari ini juga. Uncle rasa masa uncle tinggal sikit sahaja lagi." Ira hanya senyum sahaja walaupun payah.
Sekarang.
Aku termangu melihat dia yang duduk di hadapan Imam sedang melafazkan akad untuk menyatukan kami. Terbayang wajah ibu dan ayah nun jauh disana. Anak sendirik nak dinikahkan di negara orang tidak diketahui. Rasa bersalah berbakul di dalam diri tidak terkata. Semua berlaku dengan terlalu cepat. Aku jadi tak terkata apa-apa. Apabila akad nikah selesai dan kami disahkan sebagai suami isteri yang sah. Keadaan Mr.Wilcott menjadi semakin teruk. Keadaan menjadi kelam-kabut dan kucar-kacir serta-merta. Malam itu kami semua bermalam di hospital. Dua hari kemudian Mr.Wilcott meninggal dunia. Itulah pertama kalinya aku melihat dia menangis sendirian di satu sudut yang agak terpencil. Aku hanya mampu melihat tanpa sepatah kata bicara. Keadaan kembali seperti sedia kala dua hari selepas pengkebumian Mr.Wilcott. Dari situlah cerita aku dan dia bermula.
...
YOU ARE READING
SIAPA DIA
RomanceKehidupan kami bermula kerana satu permintaan. Permintaan yang sangat besar that come with a big reponsibility. Siapa dia? tu aku pon nak tahu sebab aku kena kawin dengan stranger ni. Nak tahu cerita kami dari A-Z bacalah... Written: 2015