Part 13

7.7K 262 1
                                    

Selepas makan tengah hari barulah mereka semua bergerak ke rumah abang. Ibu dengan ayah ikut sekali. Katanya backup plan untuk Ned. Ned sendiri pun terkejut. Tidak sangka ibu dengan ayah sokong dia.
Dalam perjalanan handphone Ned tidak henti-henti berdering buat Ned rimas.
Setiausahanya mahu adakan online conference untuk confirm kan semua kerja dan progress. Ned mengerling jam tangannya.

"Lama lagi ke kita nak sampai?" Tanya Ned pada Abang yang sedang memandu.
"Dalam sejam lebih lagi ni." Nathan mengangguk. Conference perlu ditangguh esok hari kalau tidak sampai tengah malam lah pekerja dia perlu menunggu.

"Dekat mana ada stable wifi connection?" Ned tanya lagi.
"Dekat rumah ada wifi tak payah risau."
Ned lega. Fikirannya terus terfikirkan Safira. Bila boleh jumpa isteri dia yang manja tu.

Hari tu kami cuma berdating dalam kawasan taman rumahnya sahaja. Taman jagaan Mrs. Wilcott yang dipenuhi rose, gardenia dan hydrangea pelbagai color. Safira baring di peha Ned yang menyandar pada pokok peach. Dikelilingi warna-warna lembut buat suasana jadi romantic. Walau hanya dibelakang rumah. Anak sungai yang lalu di kawasan itu buat suasana jadi lebih tenang.

"Fikir pasal apa?" Dari tadi Ned memerhati Safira yang tersenyum-senyum di sebalik bukunya.
"Tak ada apa." Kata Safira sambil tangannya memaut pinggang Ned dan mukanya disembamkan ke perut Ned.
Ned senang dengan Safira yang manja. Kalau awal-awal dulu dia yang tebalkan muka untuk bermesra dengan Safira yang malu dengannya. Sekarang ini dah terbalik pula. Safira sanggup pusing keliling rumah mencari dia cuma untuk peluk dia sahaja. Rasa terharu sangat. Ned tersenyum sendiri memikirkan hal itu.
"Tak baik senyum sorang-sorang. Kongsilah."
"Tak ada apa."
"Tak baik tau."
"Tak ada apa nak kongsi."
"Merajuk!"Safira berura-ura mahu bangun tapi ditegah Ned. Kepalanya digelengkan sebelum tersenyum nakal mahu menyakat Safira.

Ned tersenyum sendiri. Dia rindukan masa itu. Masa Safira tidak lari dari dia, masa dia boleh lihat lagi sayang dan cinta Safira untuk dia dalam mata itu. Perbuatannya yang dipenuhi kasih sayang untuk dia. Ned rindukan saat itu sangat-sangat. Rindu pada Safira yang manja denganya. Tapi sekarang semuanya dah tiada kerana dirinya yang pentingkan diri. Ned mengeluh kesal. Semuanya salah Ned. Ned minta maaf baby. Tolong jangan buang dirinya. Ned sangat mencintai Ira. Tolong jangan tinggalkan Ned, baby. Tolonglah.

"Fikirkan Safira ke?" tegur Abang. Nathan tersenyum segan. Malu tertangkap mengelamun.
"Nanti jumpa juga. Jangan risau." Kata abang sambil tersenyum.

...


SIAPA DIAWhere stories live. Discover now