Part 22

8.7K 248 2
                                    

Dah top up part ni.up there can be Kak Zee kot. Anyway x nak kacau yr imagination it can be anyone just like the style look simple.
Not Edited- Eddenqh

....

Hujung minggu tu rombongan dihantar ke rumah Kak Zee. Kami sibuk menguruskan macam-macam barang untuk abang. Paling seronok si Ned lah siapa lagi. Pelik dan teruja teramat dengan semua persiapan yang kami buat.

Yelah budaya lainkan, lain lah caranya. Semua dia nak tolong. Menyebok sunguh-sunguh, penat nak menjawab soalan berbagai dia tu. Pening kepala melayan cik saleh sorang ni.

Jadinya dah confirm abang akan nikah tahun depan. Lepas aku habis pantanglah. Safira orang terpenting okey untuk majlis ni. Ned pula lagilah teruja. Baru cita sikit-sikit macam mana majlis dekat sini dia dah tak sabar nak tengok.

Tiket balik Ned dah siap ditempah. Dalam dua hari lagi baliklah kami ni. Ned punya kerja kan dekat sana, itu pun dah dekat sebulan dia dekat sini.

Ibu dengan ayah pun dah sibuk nak balik kampung. Baru setahun jagung duduk kampung dah pandai tak betah duduk lama-lama dekat bandar. Berpuluh tahun duduk bandar. Tapi bila pindah balik kampung terus tak nak udara penuh asid kat bandar ni.

"Fikir apa tu?" Tanya Ned yang baru turun dari atas.

"Jom keluar." Ajak Safira.

"Pergi mana? " Berkerut dahi Ned. Ned yang tadinya baru nak tengok tv tergendala rancangan dia nampaknye.

"Jalan-jalan. Jom siap." Safira tarik tangan Ned hendak bersiap. Ned senyum aje dengan kerenah Safira.

.............

Safira bawak Ned pusing-pusing sambil makan-makan. Nama pun jalan, kan. Banyak benda yang kami bualkan kecuali hal yang satu tu. Soal kenapa kami gaduh. Ned pula nampak macam tak nak address the issue je.

Hari sudah menginjak ke petang. Kami bergerak ke arah taman berdekatan dengan shopping complex. Kami sempat belikan souvenir untuk mummy Ned dan kawan-kawan dia masa berjalan dekat mall tadi.

Ned dan Safira jalan-jalan sambil berpegang tangan. Ned asik tersenyum sahaja. Hilang masalah bila Safira ada dengan dia. Telefon Ned berdering. Cepat sahaja tangannya tergapai-gapai mencari dalam kocek seluar.

Safira yang sedang makan ice-cream terhenti. Ned mengangkat telefon. Suara Ned berubah tegas. Nampaknya hal penting. Ned mengangkat jarinya satu saat. Sebelum berganjak sedikit dari tempat dia berdiri.

Safira terdiam, teringat balik hari itu.

'Safira sering berdiri di muka pintu untuk berbual dengan dia. Jarinya sering diangkat menunjukkan tanda 1 saat. Tapi 1 saat akan menjadi 5 minit atau lebih kemudian dia bagai terlupa yang Safira berdiri di muka pintu bilik kerjanya.'

Mimik wajah Safira berubah. Hatinya tiba-tiba rasa sakit. Dia benci dengan isyarat tu. Tak suka sangat-sangat. Safira berjalan jauh sedikit dari Ned. Aiskrim di tangan dilupakan. Hemmm.

"Nak aiskrim." Ned tiba-tiba datang dengan riak ceria dia.

Lagi buat Safira rasa jengkel. Safira mengeluh sebelum aiskrim diberi pada Ned. Kemudian dia berlalu dengan langkah longlai.

Ned di belakang jadi pelik. Berkerut dahi dia. Dia tak faham. Aiskrim yang semakin cair itu dipandang. Kenapa pulak ni? Dia kemudian mengejar Safira yang sudah agak jauh di hadapan.

"Kenapa ni?" Tanya Ned bila dapat mengejar langkah Safira yang laju tinggalkan dia.

" Awak memang annoying."Marah Safira. Safira buat tak tahu sahaja lepas tu. Malas nak layan orang yang tak paham-paham ni. Sudah diam tu tanda marahlah. Itu pun nak tanya ke?

Ned terdiam tak tahu nak kata apa. Cuba diberi aiskrim tapi Safira tolak juga, dia menggeleng. Sudah mogok bercakap nampak gayanya. Terpaksalah Ned habiskan aiskrim Safira. Nanti membazir pula kalau dibuang.

Semasa mereka berdua berjalan melayan perasaan, ada  suara memanggil Ned.

"Nathan."

"Ned." Jerit satu suara di belakang.

Kedua-dua mereka menoleh ke belakang. Ned tersenyum. Safira pula tak tahu siapa itu. Tak sangka Ned boleh terjumpa kawan dia disini. Kawan dia masa belajar dulu.

Lepas berjabat tangan, mereka berpelukan seketika. Kawan Ned terperasan Safira yang berdiri sebelah Ned sejak dari tadi.

'Siapa ni?" Tanyanya.

Ned terdiam. Dia baru terperasan dia tak beritahu pun kawan yang agak jauh darinya yang dia dah berkahwin. Tapi diam Ned dah buat Safira terasa hati.

"Cantik." Puji kawan Ned. Ned rasa cemburu sikit bila lelaki lain puji isteri dia. Memanglah isteri dia cantik.

Dalam waktu yang sama Safira dah tinggalkan lelaki berdua tu di situ. Tanpa kedua-duanya perasan.

"Susah nak jumpa kau sekarang. Tapi boleh terjumpa pula dekat sini."

Ned senyum sahaja. Dia memang agak sibuk. Lagi pula sekarang dah ada Safira dia sibuk berkepit sahaja pulak.

"Buat apa dekat sini?" Tanya Ned pula.

"Kerja."

"Jumpa dekat sini ke?" Kawan Ned maksudkan Safira.

"Tak ah." Ned jawab sambil menggeleng.

"Siapa tu?" Tanya kawannya lagi.

"Isteri aku. Orang sini sebab tu aku ada dekat sini. Balik kampung."

"Ohh..kahwin tak beritahu. Senyap-senyap aja."

Ned sengih aja tanda menjawab.

"Macam mana nak pujuk perempuan merajuk?"

Kawan Ned pelik dengan Ned, tiba-tiba bagi soalan macam tu.

"Komunikasi yang baik itu yang satu-satu hubungan perlu. Cuba tanya kenapa dia jadi macam tu." Nasihat kawan Ned.

Ned terdiam. Dia bermenung jauh seketika. Masalah hari itu dia tak bincang lagi dengan Safira.

"Eh, mana isteri kau?" Tanya kawan Ned.

Baru Ned tersedar Safira tiada disitu. Tadi nampak Safira berganjak sedikit darinya. Ingatkan nak beri ruang dia berbual. Rupanya lesap. Ned melepaskan nafas kasar.

Ned minta diri setelah membuat janji dengan kawannya untuk jumpa semula di sana. Lepas tu Ned menjalankan pula misi mencari Safira yang merajuk.

SIAPA DIAWhere stories live. Discover now