Part-part dalam ni belum di edit jadinya semua salah dan silap pada semua part kalau boleh maafkan ya. harap faham. Semua part akan di edit bila cerita ni 'completed'. Terima kasih kepada yang sudi menegur.- Eddenqh
......
Esoknya Safira terdengar orang memberi salam. Waktu sudah petang. Safira duduk dalam bilik melayan perasaan. Kak Zee yang jawab. Kak Zee pun ade dekat rumah dia, cuti hari ini. Uruskan hal sekolah untuk Kimi.
"IRA!" Laung kak Zee dari bawah.
Safira keluar dari bilik. Kak Zee sudah berdiri dekat tangga. " Ada orang nak jumpa, pergi turun." Arah Kak Zee.
Safira turun ke ruang tamu. Ned lah tu dah berhari tak menjenguk telefon tak ada text pun tak ada. Tiba-tiba muncul aja. Nak merajuk tak kira nak merajuk juga. Hemph..
"Ibu?" berkerut kening Safira. Kenapa ibu pula yang ada dekat sini? Ned mana?
Safira pergi bersalam dengan ibu. Safira diamkan diri tak tahu nak kata apa sejak insiden di kampung hari tu inilah kali pertama dia berjumpa semula dengan ibu.
"Safira, nah lauk lemak daging salai kamu. Ned dah masak jangan tak makan pula. Susah payah budak Ned tu mencari daging salai kamu ni. Lepas ni kalau boleh jangan nak mengidam benda pelik-pelik pula. Kalau kamu tu duduknya di sini tak apa juga. Nanti bila dah balik. Mana nak cari makanan ni semua."
Safira terdiam. Oh.. tiga hari ni Ned tak ada rupanya pergi cari daging ni ke? Safira rasa terharu sangat. Terima kasih awak.
Eh.. kejap bila masa pula ibu boleh ada dekat sini ni? " Bila ibu sampai sini?"
"Dah berhari pun dekat sini. Ibu dengan ayah ikut abang kamu dengan Ned. Ibu suka gila dengan budak Ned walaupun ibu tak faham apa-apa dia cakap. Pasal yang hari tu tak payah ambik kisahlah ye. Lupakan aje ye."
Makin terharu Safira dibuatnya. Alahai ibuku seorang ni. Hormon orang mengandung ni dahlah tak tentu arah makin ibu buat drama makin berderailah segala air dalam mata ni. Huh!
Eh...kejap..kejap. Mana Ned watak terpenting cerita ni?
"Ira ibu dah nak balik ni. Kesian Ned nanti tunggu lama-lama sangat." Ned tunggu lama? Dia dekat mana?
"Ibu, Ned mana?"
"Ada dalam kereta tu. Jangan lupa makan ni susah dah orang masak untuk dia." Safira bersalaman dengan ibu. Dia hantar ibu sampai ke pintu.
"Kamu ni bila nak balik?" Safira terpandangkan Ned yang berada dalam kereta. Kenapa dia tak turun. Berkerut dahinya.
"Ira!" terkejut dibuatnya bila suara ibu naik satu anak tangga.
"Hemm.."
"Bilanya kamu ni nak balik. Sampai bila nak duduk rumah orang ni?"
"Nantilah bila dah sampai seru nak balik." Ira pandang Ned yang memandang tepat ke arahnya. Ibu sudah melangkah ke arah kereta sebelum meninggalkan pekarangan rumah itu.
Dia tak turun pun..sampai hati. Bukan dia yang nak sangat makan lauk tu, anak dia yang nak takkanlah sebab suruh masakkan sampai tak nak turun jenguk kita. Sudahlah! Ned memang macam tu, mulut manis. Katanya sendiri, jauh hati dengan insan bernama Ned.
' Dah makan? Sedap tak Ned masak?'
Ned mengimbang-ngimbang telefon.. Sejak akhir-akhir ini kalau dia message cepat sahaja Safira balas. Tapi sekarang ni dah dekat setengah jam tapi tak ada apa-apa pun. Kepala yang pening dipicit sedikit. Ned fikir-fikir lagi. Kepala yang sudah sedia pening ni makin pening dibuatnya.
"Ned, ibu suruh naik atas tidur." Abang sampaikan arahan dari ibu. Ned pandang ibu yang sedang sibuk mengemas meja makan. Dengan langkah longlai Ned pasrah, naik ajalah. Tapi sebelum tu satu aja lagi message untuk Safira.
...
Sengaja semua text Ned dibiarkan tak berjawab. Merajuk insiden petang tadi punya pasal. Hem biar dia. Ned masak sedap ke tak apa dia peduli. Lauk dah habis pun dia makan tadi dengan Kak Zee dan Kimi. Kak Zee kata okey tapi aku tak nak comment. Huh menyampah. Tapi habis juga lauk tu dibedal. Malas nak layan orang tu.
Handphone Safira berbunyi lagi tanda message sampai.
'Merajuk ke?'
Merajuklah... Sangat merajuk benci nak balas apa-apa.Biar dia. Dalam tak suka tunggu lagi mana tau Ned message lagi ke. Tapi tak ada, dah tidurlah tu. Tak ada perasaan punya orang. Bukan dia nak pujuk kita. Biar dia malas nak layan. Kebudak-budakan betol aku ni. Ned tu cuma tak turun pun petang tadi. Ahh.. biarlah kalau dia rasa nak pujuk, pujuklah dia. Kalau tak, pujuk diri sendirik ajalah Safira.

ANDA SEDANG MEMBACA
SIAPA DIA
DragosteKehidupan kami bermula kerana satu permintaan. Permintaan yang sangat besar that come with a big reponsibility. Siapa dia? tu aku pon nak tahu sebab aku kena kawin dengan stranger ni. Nak tahu cerita kami dari A-Z bacalah... Written: 2015