Eddenqh- Thank you for reading. :)
-------
Part 5
Namun, kegembiraan itu tidak datang pada hari-hari seterusnya. Ned akan duduk terperap di dalam bilik kerjanya tanpa menghiraukan orang sekelilingnya. Pabila malam datang bilik mereka turut tidak dijengahnya. Bantal dan selimut untuk Ned telah dibawa oleh maid beberapa hari lepas.
Dia turut terasa kehilangan Ned yang tiba-tiba tiada untuk rutin harian mereka sejak beberapa hari ini. Sudah dua hari Safira pergi berlari sendirian. Selalunya ada sahaja Ned yang akan menemaninya berlari ke taman berdekatan rumah mereka seawal pukul enam pagi. Tapi sudah dua hari juga Safira jadi pak tunggul menunggu Ned yang tidak kunjung tiba.
Rutin mereka yang akan bersarapan bertiga hampir setiap pagi juga hanya tinggal dia dan Mrs.Willscott sahaja. Makanan Ned akan dihantar kepadanya oleh butler atau maid mereka. Sudah beberapa hari ini juga Safira sudah mula hilang rasa untuk makan. Kemungkinan besar sebab Ned tiada untuk teman makan seperti selalu.
Bila malam pula tidur Safira tidak nyeyak sebab Ned tiada disisi. Sebelum ini akan ada orang yang kejutkan buat solat sunat sebelum subuh tapi sekarang hanya akan bangun pada waktu subuh . Sehari menjadi dua, dua menjadi tiga dan hari- hari seterusnya Ned bagaikan tidak lagi wujud di dalam rumah itu.
Safira mengira hari hingga hari graduasinya. Ned ingat ke hari tu? Sejak beberapa hari ini Ned sudah tidak endahkan Safira yang sering berdiri di muka pintu untuk berbual dengan dia.
Jarinya sering diangkat menunjukkan tanda satu saat. Tapi satu saat akan menjadi lima minit atau lebih kemudian dia bagai terlupa yang Safira berdiri di muka pintu bilik kerjanya. Dia tak pernah lagi jumpa sisi Ned yang ini. Ned yang gila kerja. Dia yang ini buat Ira takut, Dia yang ini buat Ira terfikir apa yang dia lalui selama ini hanya mainan perasaannya ke? Tapi bukti ada di sekelilingnya cuma watak penting dalam hidup Safira yang tiba-tiba sahaja hilang. Dia yang ini buat Safira rindu pada dia dihadapan mata. Mungkin salahnya kerana mudah mencintai.
...
Lagi dua hari, Hari Graduasi akan tiba. Tiket kapal terbang bertarikh dua hari selepas konvokesyen dipandang sepi. Dapat ke dia balik? Safira mengeluh lesu. Handphone di meja solek diambil. Apps contact dibuka, nombor ayah ditelefon.
Tiga kali deringan talian bersambut.
"Hello, Assalamualaikum."
"Walaikumsalam, ayah."
"Adik..."
"Sorry adik telefon lambat sangat, ayah mesti dah tidur."
"Tak lagi, baru habis solat sunat dik."
"Adik, sihat?"
Air mata Safira yang bertakung mendengar suara ayahnya diseka laju. "Sihat, Ayah."
"Adik menangis ye?" mendengar suara tua ayah menbuatkan Safira menyimpan rasa sedunya.
"Hemm.."
"Kenapa ni adik ada masalah?" Suara ayah yang perlahan mengingatkan dia pada ayah yang sentiasa berlembut padanya. Adik ada buat banyak salah pada ayah dengan ibu. Adik tak tahu di mana dia nak mula, adik rindukan ayah dengan ibu.
"Adik?" Suara ayah bergema lagi dicorong handphonenya.
"Adik rindukan ayah dengan ibu. Adik nak balik."
"Tak lama lagi kan adik balik dapatlah jumpa ayah dengan ibu."
Rasa sebak tidak dapat ditahan. Adik tak tahu lagi ayah nanti Ned beri ke tidak sebab sekarang ni dia dah tak pedulikan adik lagi.
"Tak, adik cuma rindu dengan semua orang dekat sana ibu, abang, ayah. Lagi pun adik kan dah nak convo ni.. Sendirik je pula kali ni. Dulu ada juga abang teman. Sekarang abang pun sibuk tak dapat datang."
"Tak apalah adik, jangan sedih-sedih macam ni..ingat Allah ye nak. Kalau hati tu tak tenang banyakkan zikir, baca Al-quran, rajin-rajinlah buat solat sunat supaya adik tenang. Itu aja yang ayah boleh bekalkan untuk adik. Ayah dengan ibu jauh. Adik jangan nangis lagi ye. Ibu dengan ayah dekat sini sihat aja."
"Hemm..."
"Sudah jangan nangis nanti gambar nak tunjuk kami dekat sini semua sembap-sembap mukanya." Terdengar ayah tertawa kecil.
"Okey."
"Good. Nanti ambil selfie banyak-banyak sikit whattsapp kat ayah nak tunjuk ibu kamu tu."
"Hemm, haha" Safira tertawa sedikit.
Orang yang di talian sebelah sana tersenyum lega hilang sedikit kerisauannya.
....
YOU ARE READING
SIAPA DIA
Lãng mạnKehidupan kami bermula kerana satu permintaan. Permintaan yang sangat besar that come with a big reponsibility. Siapa dia? tu aku pon nak tahu sebab aku kena kawin dengan stranger ni. Nak tahu cerita kami dari A-Z bacalah... Written: 2015