Part 15

7.9K 266 3
                                    


Sejak siang sampai ke petang Safira tak habis dengan kedondong cecah garam dia. Kimi yang dia dah ambil petang tadi juga tak dapat mengalih perhatian dia dari mengunyah buah itu.

Bunyi kereta masuk ke porch. Kimi sudah terjerit-jerit kesukaan. Mama dah balik sukalah budak tu. Kak Zee beri salam. Shaira jawab dalam hati sahaja. Mulutnya penuh mengunyah. Kak Zee perhatikan sahaja Shaira yang bahagia sahaja makan tak pedulikan dia. Lepas satu.. satu masuk kedalam mulutnya. Yum...yum dap nye.

Selepas maghrib Safira turun ke dapur.

"Kak Zee masak apa?" Ramah Safira bertanya kepada Kak Zee yang sibuk mengupas bawang di meja makan.

"Nak buat sup aja. Buat apa tu?" Safira mengambil plastik berisi kedondong selepas tu cari pisau pula. Bahan-bahan itu diletak atas meja. Piring kecil dicapai diisi dengan sedikit garam.

"Nak makan kedondong ni kak. Akak nak?" Bila selesai ada semua yang diinginkan barulah dia duduk.

"Sedap buahnya?" Tanya Kak Zee bila tengok Safira sudah mula menyuap.

"Hemm...dap."

"Mana dapat?"

" Rumah abang, jiran dia ada pokok, nasib baik pak cik tu nak bagi sikit kalau tak kempunanlah Ira."

"Siapa hantar?" Tanya Kak Zee pulak.

"Abang..." Jawab Safira.

"Siapa hantar?" Tanyanya lagi.

"Abang.."

"Ye ke?" Safira mengerut muka. Kak Zee ni tanya soalan...Ke Kak Zee dah tahu?

"Akak dah tahu kan?" Kak Zee senyum senget.

"Ingatkan tadi dah balik. Tapi tak ada pula Ira call. Dia dah datang, Ira tak nak balik ke?"

"Dia, siapa?"

"Aduhai." Keluh Kak Zee. " Ira tak baik tahu buat macam ni. Dia jauh-jauh datang cari Ira. Tak nak balik juga."

"Tak mahulah. Nanti dia buat lagi. Ira macam mana..?"

" Ira tak baik tahu cakap macam tu. Ira nak bercerai ke?"

Mata Safira membesar mendengar ayat cerai itu. Tak pernah lagi dia berfikir ke arah itu. "Taklah kak, nak merajuk sikit je lagi."

Kak Zee pandang dia tajam. Terkulat-kulat dia dibuatnya tapi tangan masih mencecah buah ke garam, mulut pula masih asik menguyah. Tembamlah dia macam ni.

"Safira... Kak Zee nasihat ni jangan marah ye. Akak cuma nak kamu bahagia sahaja. Tengok macam akak ni suami tiada. Anak seorang pun tak sempat kenal ayah dia. Takkanlah kamu nak anak kamu tak kenal ayah dia. Sedangkan dia dipisahkan, tak macam Kimi yang tak ada choice untuk ada atau tiada." Kak Zee sudah letak pisau ke tepi.

"Kamu tak rindu pada Ned ke? Akak ni walaupun suami akak sudah beberapa tahun juga dia tak ada, akak tetap rindu. Inikan pula yang masih hidup ni. Akak dah tak dapat peluang tu. Ira janganlah sia-siakan Ned tu."

Safira diam. Mestilah dia rindukan Ned. Sangat rindu. Macam mana dia nak lupa Ned. Ned walaupun dia buat Safira macam tu. Tapi tak kan dia nak salahkan Ned cuma pada satu kesalahan yang dibuat. Tapi itu kan cabaran dalam rumah tangga. Ada pasang surutnya. Tapi dia still mengada-ngada. Saja nak tengok Ned sanggup pujuk dia sampai bila. Habis kalau dia tak pujuk macam mana? Kira kemudianlah tu hemm.

Akak..Ira nak gedik sikit je lagi. Harapnya ada lah yang nak pujuk.

...

Seharian Safira berfikir. Nak balik ke tak? Nak ke tak? Ayat yang sama dah berkali-kali main dalam kepalanya. Tapi tak ada juga keputusan.

Petang itu Safira bawa Kimi ke taman hampir dengan rumah Kak Zee. Harapnya dapatlah dia berfikir. Tapi sampai ke balik tak ada jawapan. Matanya beralih ke arah orang yang lalu lalang. Kebanyakannya bawa beg plastik. Oh ye hari ni kan ada pasar malam dekat-dekat sini. Terus teringatkan mertabak. Sedap juga kalau dapat mertabak ni. Kalau mintak dekat abang. Untung-untung dapat jumpa dengan Ned. Hemm best-best idea tu.

Nombor abang di cari. Hantar message je lah. Malas nak layan loyar buruk dia tu.

'Nak pesan mertabak, beli hantarkan ye. Terima kasih.'

Telefon di tangan dipegang takut tak sedar message masuk nanti.

Safira pandang Kimi yang bermain gelongsor tak jauh dari swing yang didudukinya. Tangannya dilambai pada Kimi yang sibuk bermain. Telefonnya bergegar.

'Tahu mengarah aja, nanti bayar! Abang hantar malam karang.'

Shaira tersenyum. suka hatilah nak loyar buruk sekalipon. Abang memang best.

...

Malam tu Ira dah tunggu dekat tempat letak kereta. Tadi abang mesej dia kata lepas mahgrib dia sampai. Jadi sejak habis solat tadi dia sudah menunggu. Kak Zee sudah bising suruh masuk tapi Safira degil juga. Dia buat tak tahu sahaja. Nak juga tunggu kat luar. Nak sangat jumpa abang gayanya macam semalam tak jumpa.

Bunyi kereta abang dari jauh sudah dikenali. Safira cepat-cepat buat-buat duduk dekat kerusi kayu depan rumah tu. Konon-konon ambil angin. Hish kalau dah rindu tu cakap aja rindu ape susah..

"Assalamualaikum."

Safira dapat cam suara Ned. Hati dah melonjak suka. Ira control senyum tu. Bahaya kalau dia nampak. Habis kantoi dah tak marah nanti. Lambat-lambat sahaja salam Ned dijawab.

Ned senyum. Tenang hati dia tengok Safira sihat. Terubat sikit rindu dia. Petang tadi abang sudah telefon suruh siap. Bila ditanya kenapa katanya nak pergi pasar malam apa tu pon dia tak tahu. Tapi bila dikata Safira mahu makan. Tahulah dia tempat tu ada makanan. Sekarang dia dah jumpa Safira jadi dia puas hati.

Bila abang suruh dia yang beri makanan pada Safira. Mulanya dia mengerling takut Safira marah. Tapi abang kata.

"Bukan abang yang dia nak jumpa. So silakan, orangnya dah tunggu depan tu pon."

"Makanan awak."

"Terima kasih."

"Baby sihat?"

"Okey." Aduhai main balas satu dua ayat pulak. Nak kata kekok adalah sikit kot. Yelah kali pertama gaduh. Besor pulak tu. Hemm.

"Okey saya balik dulu, saya ada letak sesuatu dalam tu. Baca ye."

Safira diamkan diri. Tak tahu nak kata apa. Terasa pipinya disentuh. Safira terkebil-kebil. Pipinya diusap lembut Ned.'

"Rindu nak buat macam ni." Tangannya dilepaskan. "Bye." Ned melambai sebelum hilang ke dalam kereta.

Safira jalan masuk ke rumah terkebil-kebil terkejut dengan Ned tadi. Pipinya disentuh. Bahagia aja dia rasa..hemm...

Tadi macam dia kata ada something dalam ni apa ye? Plastik tu dibelek.

' Tolong telefon Ned. Rindu dekat baby. 00X-40X-5XX-1XX'

Safira tersenyum. Nanti akan di telefon nombor ni lepas dia makan mertabak ni. Hemm.

...

SIAPA DIATempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang