Teksi berhenti di hadapan rumah. Dalam kepala tertanya-tanya ini ke rumahnya. Ditinjau kawasan rumah itu tidak sebesar rumah dia tapi tidak juga kecil. Terdapat petak-petak padi berhampiran rumah itu. Memberi pandangan yang menenangkan. Tapi hatinya kini hanya Tuhan yang tahu.Dia turun dari teksi dengan perasaan berbaur.
"Assalamualaikum."
"Walaikumsalam."
Ned rasa cuak. Hati berdebar tak hingat. Ikutkan rasa mahu sahaja dia menggosok dada untuk menenangkan hatinya. Wanita itu didekatinya.
Wanita itu jongketkan kening.
Jadi tak tentu arah Ned dibuatnya.
"Saya nak cari Safira." Haah, terkeluar juga ayat yang satu itu. Ned menoleh mencari teksi biru yang dinaiki tadi. Pemandu teksi tadi masih setia menunggu dia di hadapan rumah seperti diarahkan.
"Hah?" Wanita di hadapannya terpinga-pinga. Apa mat saleh nak datang rumah aku ni?
"Sa..fira..?" Ned tanya sekali lagi perlahan. Dari tadi wanita dihadapannya ini memandangnya terkebil-kebil.
Ned memanggil pemandu teksi yang sedari tadi hanya memandang interaksi mereka.
" Boleh jadi jurubahasa?" Tanyanya.
Pemandu dalam lingkungan akhir 30 puluh itu mengangguk. Alhamdulillah lega Ned. Kalau tak sampai esok pun tak selesai lagi ni.
Nathan mula bercakap dan pemandu itu jadi translator tak langsung dia.
"Dia datang sini nak cari Safira. Ini rumah dia ke?"
Ibu Safira sudah boleh mengagak siapa di hadapannya tapi dia berdiam diri dahulu. Takut salah orang buat naya anak orang sahaja. Sudahlah segak budaknya.
"Hah, kenapa nak cari dia?" Nadanya di tinggi kan sikit dari biasa.
Pemandu itu menerangkan semula kepada Ned. Ned lega, betullah ini rumah Safira. Leganya dia. Dia sudah mula tersenyum. Dia kemudian memperkenalkan dirinya dan memberitahu tujuan dia ke rumah itu.
"Mak cik dia cakap nama dia Ned, dia datang sini sebab nak bawak Safira balik." Terang pemandu itu.
"Hah nak bawak Safira balik?!" Penyapu lidi yang dibuat menyapu rumah sudah selamat mengena badan Ned.
Ned yang tidak faham apa-apa itu. Terkejut terus lintang pukang berlari dalam halaman rumah itu sambil dikejar ibu. Sekali pandang sudah macam kejar ayam nak disembelih.
Sambil belari mulut ibu tidak habis membebel. "Oh senang-senang kau datang sini eh muka tak malu nak bawak anak aku balik. Kau ingat kau siapa? Bulat dah anak aku kau kerjakan baru kau muncul. Berani kau datang sini ye. Sini kau aku libas dengan penyapu ni baru padan muka kau." Penyapu lidi di tangan ibu berkali-kali melibas Ned.
Ned terjerit-jerit kesakitan sambil meminta tolong pada pemandu teksi tadi. Pemandu itu terkejut sakan dengan mulut terbuka terlalu terkejut bila mat saleh itu dipukul dengan penyapu.
"Tolong saya. Dia cakap apa saya tak faham!" jerit Nathan.
Pemandu itu bagaikan baru tersedar dia juga ikut berlari mengejar ibu dan Nathan yang menyerigai kesakitan itu.
"Dia tanya awak siapa?" Jerit pemandu itu kepada Ned.
"Ned!" jerit Ned kembali.
"Bukan tu, awak siapa pada Safira tu."
"Saya suami dia, suami dia , suami dia okey!"Ned sudah mencangkung di hadapan ibu sambil menjerit. Ibu pula masih lagi memukul Ned.
"Mak cik sudahlah tu! Mak cik sudahlah dia suami Safira tu!" Pemandu itu cuba menyelamatkan Ned. Dia juga terjerit sama. Tak pasal aku pulak masuk dalam drama swasta mereka ni.
Ibu seperti dirasuk. Makin laju tangannya mahu melibas Ned yang sudah pasrah dipukul itu.
"Ibu!" Jerita suara seorang lelaki dari belakang.
"Sudahlah, apa ibu buat ni habis budak ni kamu kerjakan." Ayah Safira datang menyelamat. Tangan ibu serta-merta berhenti. Wajahnya dikalih ke kanan memandang suaminya yang sudah merah muka marah. Ibu membaling penyapu ke tepi dan terus masuk ke dalam rumah.
Mata ayah beralih pada pemandu teksi itu dan Ned. "Kamu ni siapa?" Suaranya kembali mengendur lembut seperti biasa. Tetamu perlu dihormati walau dalam keadaan apa sekali pun.
"Saya pemandu teksi yang bawak dia ni. Nama dia Ned katanya datang sini nak cari isteri dia Safira. Nak dibawa balik." Terang pemandu itu pada ayah Safira pula.
Ayah mengalih pandang ke arah Ned. Tak sempat dia nak terkejut akan berita yang diterima itu. Dia terkejut akan Ned yang sudah terjelepok pengsan.
...
A/N: So cerita ni Ned ni x blh ckp melayu tau. kiranya si Ned dgn Safira tu becakap BI tapi sy translatekan terus BM. Tu pasal ibu Safira tak paham.
YOU ARE READING
SIAPA DIA
RomanceKehidupan kami bermula kerana satu permintaan. Permintaan yang sangat besar that come with a big reponsibility. Siapa dia? tu aku pon nak tahu sebab aku kena kawin dengan stranger ni. Nak tahu cerita kami dari A-Z bacalah... Written: 2015