Part 18

7.3K 234 1
                                    

"Kenapa tak text Ned?" Pagi tu abang telefon. Lepas kata hello and beri salam. Dia terus tanya tu. Sudah kenapa abangku seorang ini.

"Kenapa? Dia mengadu dekat abang ke? Heh macam budak-budak orang tak balas text pun nak kecoh." Marah Safira.

"Eh, kita tanya baik-baik dia nak marah pulak." Pening kepala aku budak seorang ini, yang dekat rumah tu tak payah ceritalah. Dari semalam terperok dalam bilik aja kerjanya.

"Suka hatilah."

"Suka hati, suka hati abang tanya ni sebab si Ned tu suruh. Kata dia dari hari tu lagi Safira merajuk dengan dia."

"Merajuk apanya pulak. Orang malas sahaja nak text dia." Jawapan entah apa-apa.

"Untuk informasi adik ku sayang, encik abang awak tu dah demam rindu. Kronik dah tu." Memang pun Ned demam kura-kura dari hari dia pergi jumpa Safira. Penat sangat cari daging salai sampai tumbang. Lepas tu kena masak pulak walaupun masa tu muka dah pucat. Bila sudah siap dihantar, bini pula buat hal merajuk tak bertempat. Kesian dia pada si Ned tu.

"Demam sangat..." Hati dah risau tapi mulut tak nak cakap.

"Ya Allah budak ini. Ned tu penat tu pasal sampai demam teruk semua sebab adik. Adik tak risaukan dia ke? Abang peliklah dengan adik ni. Apa-apalah, yang penting abang dah beritahu budak seorang tu tengah sakit."

Safira terkelu. Abang marahlah..call pun main putus macam tu je. Safira naik risau. Siapa jaga Ned dekat rumah. Aduh risaunya. Tulah Safira orang tu demam kau lagi nak buat angin pus-pus kau tu. Kalau comel tak pe juga ni dah sah-sah buruk sampai sakit Ned jadinya.

'Siapa jaga Ned kat rumah?'

Safira message abang tanya. Nak tak nak kenalah tebalkan muka tanya.

'Kenapa tanya?'

'Suka hatilah.' Buat sakit hati je cakap dengan abang ni.

'Ibu, ayah.'

'Thank you, sayang abang banyak-banyak.' Tenang sikit hati bila ada orang dengan Ned.

Icon contact ditekan mencari nombor ayah. Bunyi deringan buat Safira rasa cuak. Sudah lama dia tak bercakap dengan ayah. Apa reaksi ayah tentang Ned pun dia tidak tahu.

"Hello?" Suara ayah bergema.
Seram Safira dibuatnya..macam mana kalau ayah marah?

"Ayah, Safira ni, ayah sihat?"

"Oh kamu Ira, sihat Alhamdulillah. Kamu ni bila nak balik..tak kesiankan Ned tu ka?"

Ayah tak marahlah. Apa yang si Ned dah beri pada dia orang semua ni? "Em, tak lama lagi baliklah, ayah."

"Ha yelah jangan lama sangat penat dah kami yang lain ni fikirkan kamu berdua."

"Ayah, ibu ada tak? Nak cakap dengan ibu jap boleh?"

"Boleh, kejap nak carik ibunya mana." Talian diam seketika.

"Haa, Safira kenapa telepon ni. Nak balik?"

"Eh tak lah ibu, belom lagi."

"Dah tu kenapa?"

"Ibu.. Ned sakit ke?"

"Hah baru nak tanya. Budak tu dah berhari sakit hari ni baru nak tanya."

"Alah ibu..baru tahu hari ni..tak ada sesiapa pun yang beritahu."

"Dah kamu merajuk dengan dak Ned tu siapa suruh? Makin sakit demam dia. Hari tu demam sebab carikan daging salai awak. Sekarang ni dah jadi lain pulak, rindu kat bini yang tak reti nak balik."

" Ibu jangan bising-bising nanti Ned tahu."

"Biar dia tahu. Apa nak jadi entah kamu ni Ira."

"Ibu shhhh... Nanti Ira balik. Promise sungguh ni. Ibu jagakan Ned kejap aje."

"Yelah..yelah."

"Okey, terima kasih ibu. Ibu ni Ira nak pesan. Ned kalau sakit dia tak makan benda pedas, bersusu..." Safira turunkan cara jagaan Ned yang sakit pada ibu. Harapnya Ned akan baik cepat. Hati ni dah tak tentu arah sekarang ni rasa nak balik terus kalau boleh. Tapi dia kena selesaikan benda dekat sini dulu.

'Sayang cepat baik ye... nanti baby balik'

...



SIAPA DIAWhere stories live. Discover now