Kotak sederhana besar dan bag galas merahnya penuh berisi keperluan dibawa ke dalam bilik Ned. Safira terhenti di pintu dengan barang-barangnya. Nak masuk sahaja ke? Pintu bilik yang terbuka luas itu dipandang sepi.
Dari dalam Ned memerhatikan Safira yang berdiri bak jeneral di hadapan biliknya. Budak ini kalau aku tak tarik agaknya mengeraslah dia depan pintu tu.
"Safira, jom." Tiba-tiba sahaja Ned muncul terus menarik tangannya ke walk in closet dia. Peh..besarnya tempat letak baju dia. Bilik sederhana besar itu dipenuhi dengan baju dan aksesori. Besar bapak wow...huh barang aku sikit je bagi aku satu almari kecik pon dah cukup.
"Come" Tangan Safira ditarik ke penjuru bilik. " Okey sini your side jadinya baju semua boleh letak dekat sini." Beg galas merah Safira diletak ke bawah. "Kalau tak cukup hang saja baju dekat almari baju saya." Tangan Safira di capai semula ditarik ke ruang tidur. " Buku and yang lain-lain boleh letak dekat rak buku tepi tingkap ni." Safira hanya mengganguk tanda faham. Kotak sederhana yang berisi buku dicapai Ned. Buku-buku di dalamnya dicapai Ned dan disusun dalam rak.
"Apa awak buat ni?"
"Kemas""Kenapa? Tinggal sahaja dekat situ nanti saya kemas."
"It's okey, Mengemas kan salah satu tanggungjawab suami juga." Ned tersenyum kepadanya sebelum teruskan kerjanya.
Safira tak terkata apa terkedu. Manisnya seyuman dia. Ahhhh... Ira bertenang... bertenang. Dia hanya berdiri di sisi Ned tak bergerak.
"Ira?" Ned memandang dirinya di sisi.
"huh.. oh... aa saya nak ambil barang lagi" Safira laju saja berjalan keluar.
Nad tersenyum sendiri. Comelnya dia.
....
"Ira...jom tidur." Ned menyentuh bahu dia terkejut mak I dibuatnya. Dari tadi lagi dia perhatikan Ned yang sedang membaca di kerusi depannya dengan harapan dia akan tidur dulu. Kemudian dia nak kuak lentang dekat sofa love site itu. Adeh tak kesampaian leh gayenya macam ni.
" Tak pe tidur dulu.. nak habiskan buku ni.." buku kecil di tangan diselak- selak tanpa tujuan.
" Apa yang best sangat buku terbalik ni? Dah dekat sejam awak baca." mata Safira membesar. Apenye terbalik? Matanya tertancap pada buku di tangan. Kau ni Ira buat malu kaum sungguhlah... dah kantoi. Malu o meter tolonglah turun.
"Jom tidur.." ajak Ned sekali lagi.
"Eh..em awak tidur dululah saya nak habiskan benda ni." buku terbalik di tangan dikibarkan ke arah Ned.
"Buku terbalik ni?""Buku ni memang terbaliklah." best kan jawapan aku. Memang wujud sahaja buku terbalik tapi bukan yang ni lah.
"Bawak sini buku tu"
" Eh nak buat apa?"
"Nak tengoklah...menarik ni." Kata Ned sambil memegang dagunya." Eh tak payahlah." Safira besarkan matanya. Hadoi ai.. dia nak tengok pulak. Ish... pak cik seorang ini.
"Kenapa?" Kenapa dia tanya? Dah sah-sah aku menipu tak payahlah nak kantoikan. Heh!
"Iyalah, saya tidur sekarang ni! Satisfied?"
"Very." kata Ned sambil tersenyum. Berjaya juga akhirnya. Kalau tak dipaksa entah dekat mana dia lelap nanti.Dengan rasa tak puas hati laju saja jalannya. Selimut tebal yang membaluti katil ditarik kasar. Safira terus baringkan diri dan diselimutkan satu badannya sambil menghadap ke kiri.
Ned hanya menggelengkan kepala apelah nasib dapat bini macam dia ini.
Ned siapkan diri untuk tidur lampu bilik ditutup dan selimut ditarik sedikit. Matanya tertacap pada Safira yang mengeraskan diri di satu sudut. Hem.. lantaklah dia nak kata apa nanti pandailah aku jawab. Badannya didekatkan ke Ira. Tangannya pula selamba memeluk Safira ketat-ketat.
Safira yang tersedar akan perbuatan Nathan itu terus berpaling menghadapnya.
"Awak buat apa ni?"
"Tidur." mata Ned tertutup rapat macam tiada apa.
Safira tak puas hati. "Awak lepaslah."
"Tak mahu"
"Awak..." suaranya sudah mula meregek.
"Awak kata nak kenal saya, jadinya inilah first step untuk kita berkenalan.""Dengan peluk saya?"
"Yup" kata Ned mudah. "Lagi pun dengan saya buat macam ni saya boleh dengar awak bercakap... kalau tak macam ade diamond dalam mulut tuh." Safira tersedar sesuatu sejak makan pagi tadi dan mengemas dia tidak bercakap sangat hanya Ned yang bercerita itu ini.
"Awak nak tau apa?" Ayat itu tak disangka keluar dari mulut Safira oleh Ned.
"Anything pasal awak, parent, rumah, kampung, hidup awak. Saya nak kenal awak jadi senang untuk saya sayang awak lebih lagi dari dulu."
"Hah! awak sayang saya?" Safira terkejut sampai nak terbangun tapi pelukan kemas Ned menghalangnya." Mestilah awak isteri saya. Sebenarnya dari dulu lagi saya nak buat macam ni tapi awak bukan milik saya jadi mana boleh."
Safira yang mendengar jadi terharu sangat. Sweetnya Dia.
" Awak ceritalah apa-apa..saya nak dengar." Kata Ned lagi.
"Apa-apa cerita je ye...?,"
"yup"
"Okeylah..saya dulukan..hem apa ya...hah..."
Malam itu kami berbual panjang sampai bila tertidur pon tak sedar dari cerita ibuku yang garang macam dalam cerita 'Ibu Mertuaku' itu sehingga ke cinta pertama yang tak kesampaian. Kami bergelak ketawa sakan macam aku dah kenal dia sangat lama. Malam tu kami tidur dengan rasa happy yang mengebu. Itulah permulaan dia jadi cinta hatiku. :)

ANDA SEDANG MEMBACA
SIAPA DIA
Storie d'amoreKehidupan kami bermula kerana satu permintaan. Permintaan yang sangat besar that come with a big reponsibility. Siapa dia? tu aku pon nak tahu sebab aku kena kawin dengan stranger ni. Nak tahu cerita kami dari A-Z bacalah... Written: 2015