"... I have no regrets, there's nothing to forget, all the pain was worth it. Not running from the past, I try to do what's best, I know that I deserve it..."
"Dengan ini, mahkamah memutuskan bahawa, Amirul Azzim bin Abdul Samad tidak bersalah."
Sesungguhnya hikmah Sang Maha Pengasih itu ada di mana-mana bagi mereka yang memahami. Sekalipun kita selalu melupakan Dia dan meninggalkan Dia, Dia tak pernah melupakan kita. Apabila kita berdoa dan meminta pada-Nya, kita senantiasa berharap supaya Dia tunaikan segera. Kita tak mahu Dia tak tunaikan apa yang kita minta. Dan bila Dia tak beri apa yang kita minta, kita kecewa, putus asa, tanpa kita ketahui apa sebenarnya hikmah bila permintaan kita tak ditunaikan.
Tanpa kita sedar, kita 'tinggalkan' dia, kita 'lupakan' dia, sedangkan kita tak punya hak untuk berbuat begitu pada Dia. Apa hak kita melupakan Tuhan kita, yang memberi kita segala nikmat dan rezeki sejak kita diciptakan di muka bumi ini sebagai khalifah?
Mak akui yang mak dah putus asa dan menganggap yang nasib mak sudah sampai ke penghujungnya, tapi Dia memang Maha Kaya. Limpah kurnia dan kasih sayang-Nya masih tercurah pada mak tanpa mak duga walaupun mak dah pasrah dan redha dengan apa jua ketentuannya dengan hukuman dunia yang mak nantikan hampir setahun lalu.
Alhamdulillah. Mak tak taulah macam mana nak menggambarkan perasaan mak yang terlepas dari tali gantung sejak kena hangkut masuk penjara setahun lepas youalls. Air mata mak menitis, mak meraung sekuat hati bila hakim di mahkamah memutuskan yang nyawa mak tidak akan berakhir ke tali gantung.
Memang, apabila mak dengar dengar keputusan hakim tu, mak memang rasa mak tak layak diberi peluang kedua. Dah sah-sah mak bersalah; kesalahan itu sendiri dengan jelasnya akan membuatkan mak sepatutnya mati kerana menyalahi hukum undang-undang dunia.
Terdetik di hati mak kenapa Tuhan perlu memberi ruang lagi kepada manusia hina seperti mak? Mak ni pondan, penagih dadah, penjual dadah, makan hasil duit haram dan banyak sangat dosa dengan orang tua mak. Kenapa mak perlu diselamatkan?
Tapi mak istighfar. Mak tau yang mak tak patut persoalkan kuasa Dia. Hikmah Dia tetap ada walau apa pun jua keadaan kita; baik ataupun buruk; hina ataupun mulia.
Mak dah diberi peluang kedua; kehidupan semula selepas kehidupan mak yang sebelum ini mak sia-siakan. Walaupun mak ragui dengan diri mak sendiri, mak kena berusaha untuk menghargai kebebasan mak sebagai manusia yang dapat peluang kedua. Mak harus percaya yang Dia dah tulis perjalanan hidup mak ni di Luh Mahfuz lagi. Apa yang akan terjadi lepas ni mak tak akan tahu, tapi mak masih boleh berusaha untuk memperbaiki jalan hidup mak lepas ni.
Mak nak mintak ampun kat orang tua mak, kesemua ahli keluarga mak dan mak nak jumpa balik dengan 'adik-beradik lain mak lain bapak' yang pernah mak ada dulu; dioranglah yang akan mak jumpa, mak nak peluk dan mak nak cium. Mak pasti yang diorang pun akan terkejut beruk dengan kemunculan semula diri mak ni.
____________________________________________________________________________________
"Uwuoyy, Rita, savadee kaaaa? Uwoy, Kitteng ching-ching!" Sapa pondan Siam yang bernama Donut tatkala nampak muka mak. Terus dia peluk mak macam dia rindu sangat dengan mak.
"I'm fine sister. You okay?" Mak tanya dia balik. Keji, sekarang ni Donut dah jadi sangat cantik berbanding dulu. Dagunya dah jadi tuncing dan tirus, hidungnya dah mancung memanjang dan kulitnya dah halus mulus. Mata dia pun mak tengok dah besar tiga kali ganda dari sebelumnya; dah macam ala-ala gadis Korea gitu.
"Uwoyy... I thought you die already because of selling drugs. I so worried, ching-ching! They say, you cannot go out from prison, must die!" Sambung Donut lagi.
"No, God help me Donut," kata mak.
"Ayyyhhh!!! Rita!!!!" Mak terdengar lagi satu pekikan gembira dekat dengan mak dan Donut. Macam mak kenal je suara tu.
![](https://img.wattpad.com/cover/52599435-288-k445560.jpg)
YOU ARE READING
AMULET
ActionSatu tahun setengah selepas pertarungan revolver dari Ammo. Fiet yang juga Jaja 'hidup semula' setelah 'dimatikan'. Amirul yang juga Rita terlepas dari hukuman 39B dan cuba memulakan hidup baru. Leman juga kembali dengan misi yang sama; melindungi k...