"... Been so many things when I was someone else, boxer in the ring, trying to defend myself,
and the private eye to see what's going on; that's long gone..!""Now the biggest clue behind this whole thing is Kitty & Kiwi."
Mamai kepala hotak mak mendengar cakap si Leman ni ha. Keji dia, kejut mak di pagi-pagi hari waktu mak tengah sedap-sedap tidur. Jujurnya, yang mak dapat tangkap cuma perkataan 'kiwi'.
"Kitty tu anak si Lou Foo, tunang si Qid." Sambung Jaja. Mek tengok dia berkembankan tuala labuh sampai ke betis dengan secawan Milo panas dengan sebatang rokok Winston light. Dengan muka pucat tak ada mekap, macam pelacur pondan kat tepi jalan dah tengok. Keji sungguh rupa dia.
"Dulu, si Lou Foo tu percaya sangat dengan si Qid. Sampai Kitty jadi orang kedua yang Lou Foo percaya, sedangkan Kitty tu anak kandung dia sendiri. Diorang bertunang dulu pun sebab Lou Foo yang suruh, tapi tak pastilah kalau Qid tu betul-betul sayang dengan Kitty." Terang Jaja lagi.
"Kau ada tak gambar si Kitty tu Ja?" Tanya Leman.
"Tak ada. Eh, tapi kau dengan Aemez kan pergi rumah lama kita kelmarin? Takkanlah kau tak selongkar bilik dia tu, cari kalau-kalau ada gambar Qid dengan mana-mana perempuan?" Jaja tanya Leman balik.
"Gambar, aku tak ada jumpa, tapi telefon lama dia ada." Mak nampak Leman hulurkan Jaja sebuah handphone Nokia N-Series yang rupanya macam ala-ala Blackberry.
"Shoot Abang Leman! Handphone lama dia ni masih ada lagi rupanya."
Mak ingat lagi dengan telefon tu. Itu adalah salah satu handphone kesayangan arwah Qidran. Dulu dia ada tiga buah handphone.
"Bateri phone ni aku dah charge full. Rasanya phone ni masih elok dan boleh pakai. Tapi masalahnya~"
"Handphone ni ada password!" Sambung Jaja sebelum habiskan ayat dia.
"That's the thing," kata Leman.
Sekarang ni, cuma kami bertiga kat ruang tamu kat rumah si Jaja ni. Cloud dan Aemez tak ada kat sini. Aemez ada kerja sikit untuk exhibition kat studio dia. Cloud pun kerja, sibuk memanjang sejak dua minggu ni.
Si Jaja dan Leman asyik berpandangan sesama sendiri. Dua-dua pun merenung tajam; keji.
"Aku ni bukan pakar gajet Ja, tapi kita kena cuba bukak telefon ni, tengok isi kandungannya apa. Aku harap kau dengan Rita, sebab korang lagi pandai dari aku." Kata Leman.
"Ai, aku tak retilah beb! Kalau ya pun aku ni pakar IT kononnya, bukan senang nak bukak password tu," Jaja membangkang.
"Kalau macam tu, kita hantar kat kedai." Mak cadangkan.
Diam sekejap.
"Weyh, jangan weyh! Karang pecah segala rahsia. Orang kat kedai handphone ni bukan boleh harap sangat beb!" Jaja membangkang lagi.
"Rahsia mendenya nok? Arwah dah lama meninggal, siapa nak ambik port lagi?" Mak pulak kali ni bersuara.
"Kau tau tak yang Tiger Geng tu ada banyak link sana-sini, Rita? Satu info terbukak, mampus kita semua!"
"Tu mak tau, tapi takkanlah satu Malaya ni punya bisnes, semuanya ada kaitan dengan Tiger Gang nok?" Mak jawab balik.
"Tak boleh, tak boleh! Aku tak nak ambil risiko sampai sejauh tu~"
"Kau kenal rupa si Kitty tu macam mana kan?" Leman potong ayat Jaja.
"Kenal! Tapi macam mana kau tau pasal nama tu?"
Leman bukak satu bungkusan plastik hitam. Mak nampak segala mak nenek ada kat situ. Buku-buku nota, kertas-kertas macam resit yang penuh dengan contengan, gambar-gambar lama kitorang berlima dulu. Sekarang mak dah boleh faham sikit. Leman mungkin dapat info-info tu semua dari situ.
YOU ARE READING
AMULET
ActionSatu tahun setengah selepas pertarungan revolver dari Ammo. Fiet yang juga Jaja 'hidup semula' setelah 'dimatikan'. Amirul yang juga Rita terlepas dari hukuman 39B dan cuba memulakan hidup baru. Leman juga kembali dengan misi yang sama; melindungi k...