Buat kali pertama sejak jumpa balik Cloud, Jaja dan Rita, aku rasa aman. Walaupun aku masih jelas dengan kepulangan aku dengan diorang ni sekarang, aku rasa boleh rehatkan Tiger gang dari dalam fikiran aku buat seketika.
Aku rasa happy, walaupun asalnya aku memang tak ikhlas nak ikut dengan diorang semua sekali ke Lata Lembik ni. Dah lama aku tak rasa kecoh macam ni dengan adik-adik aku yang bertiga ni. Cuma kali ni, bertambah lagi dengan Aemez dan Kai.
Tipulah kalau aku rasa macam ada kekurangan. Arwah Qidran yang satu masa dulu sekepala sangat dengan Cloud, boleh aku anggap sebagai pendamai kitorang, lebih-lebih lagi kalau aku ada konfrantasi dengan Cloud.
Tapi aku rasa lega juga, boleh tengok Cloud, Jaja dan Rita pun selesa dengan Aemez dan Kai. Aemez dulu pun waktu arwah Qidran masih ada, memang masuk dengan aku dan Jaja. Dia okay sebenarnya walaupun Cloud tak suka dia.
Kai tu pula, memang kawan baik aku, yang aku tak pernah sangka kawan baik Cloud juga selama ni, yang agak clumsy, banyak songeh dan banyak pantang. Setahu akulah, Cloud allergic dengan orang yang berperawakan macam si Kai ni. Tapi siapalah aku untuk judge si Cloud tu, kalau si Kai tu dah memang kawan baik dia juga kan?
Kitorang berempat baru habis solat asar yang berimamkan si Rita di surau ni tadi. Aemez dan Cloud yang tak nak tinggal berdua di kawasan khemah tu tadi, mengikut sekali mengendeng dalam surau dengan kitorang. Takut betul dua beradik tu dengan ular.
Rita terkocoh-kocoh balik ke kawasan khemah kami diikuti si Jaja dan dua beradik tu. Nak cepat-cepat masak makan malam pula katanya. Aku saja nak lepak lama sikit kat surau ni, sebelum menyusuli diorang tu semua.
"Pa, kau tak nak balik khemah terus ke?" Tanya Kai, nampak macam ragu-ragu samada nak ikut budak berempat tu ataupun nak stay dengan aku.
"Nak lepak kejap. Kalau kau nak ikut diorang pergilah."
"Tak naklah, panas!"
"Pulak? Habis tu kang, kalau aku balik menapak pergi sana, panas jugak nanti kan?"
"Tak apa, janji kau ada?"
"Kau nak jadikan aku payung?"
"Woi, tak nak balik ke?" Kedengaran suara Rita melaung dari jauh untuk aku dan Kai.
"Korang balik dulu, nanti aku menyusul!" Aku balas laungan si Rita.
"Keji, jangan korang berdua buat dosa buat hubungan songsang najis jijik dalam surau nu, kena panah petir nanti nok!" Kata si Rita.
"BABI KAU PONDAN!"
"Pa, apa ni? Mencarut-carut pulak! Agak-agaklah, kita kat surau ni kot?"
Ye tak ye jugak? Boleh pula aku memaki hamun dalam ni, dahlah baru habis solat asar.
"Buruk betul perangai." Katanya lagi.
Dari kejauhan, aku tengok kelibat si Rita yang dah berbisik-bisik dengan si Jaja. Nampak macam saja-saja buat muka annoying dengan aku pasal si Kai ni.
"Anyway, thanks Pa. Sanggup jugak kau ikut kitorang datang sini."
"Ah, kalau aku memang tak nak pergi sekalipun, aku memang akan terpaksa datang jugak akhirnya."
"So kau tak suka ke datang sini?"
"I didn't say that," aku lipatkan sejadah aku dan sejadah yang Kai pakai tadi.
"Aku happy datang sini dengan korang. Ini first time aku join camping kot?"
"Ha'ah, sikit lagi nak mampus tadi kan? Sampai nak kena sedut gas oksigen bagai. Kau memang selalu bawak tong gas oksigen tu pergi mana-mana ke Yed?"
![](https://img.wattpad.com/cover/52599435-288-k445560.jpg)
YOU ARE READING
AMULET
AcciónSatu tahun setengah selepas pertarungan revolver dari Ammo. Fiet yang juga Jaja 'hidup semula' setelah 'dimatikan'. Amirul yang juga Rita terlepas dari hukuman 39B dan cuba memulakan hidup baru. Leman juga kembali dengan misi yang sama; melindungi k...