"... In a blink of an eye everything could change, say hello to your life, now you're living! This is it; from now on, it's a brand new day; it is time to wake up from this dream..."
(Batu Pahat, Johor, setahun yang lalu)
Aku pasang radio di telefon aku ni. Gerak hati aku kuat yang dah masuk waktu azan Subuh. Betul. Azan dah berkumandang. Aku kecilkan volume telefon ni ke tahap yang paling minima. Aku tak nak kejutkan Cloud yang baru nak tidur tu. Muka dia comot dan kelopak mata dia yang dah terkatup tu masih basah.
Dengan kesyahduan seruan azan dari telefon aku, aku istighfar. Kesedaran ataupun kewarasan yang ada dalam fikiran aku macam menghentak kepala aku dengan kuat. Qidran dah mati malam tadi, dibunuh Jaja. Ya Allah Ya Rahim, apa dah jadi ni? Apa yang aku dah buat?
Hiba; itu yang sekarang ini memenuhi perasaan dan fikiran aku bila aku dah sedar yang Qidran dah tak ada. Aku nampak dengan mata kepala aku yang dahi dia berlubang gara-gara revolver Jaja. Aku sendiri saksikan macam mana batang tubuh dia dimasukkan dalam beg plastik hitam yang berzip.
Aku tipu Polis dengan mengatakan yang aku tak kenal Qidran dan Jaja. Aku reka cerita yang kononnya aku dengan Cloud terserempak dengan diorang berdua kat tepi Jalan Yong Peng dan Jaja kononnya minta bantuan aku. Ya Allah, berdosanya aku.
Aku tengok muka Cloud. Usap kepala dia, betulkan kedudukan kaki dia dan selimutkan dia. Aku rasa mata aku dah digenangi air bila aku tenung muka dia ni. Aku tak tau nak buat apa lagi lepas ni. Ke mana aku nak pergi dan apa lagi perkara yang harus aku fikirkan.
Sedar tak sedar, bunyi azan dah berganti dengan lagu nasyid. Aku bangun, cari beg aku. Aku nak mandi, bersihkan badan aku, cuci rambut aku dan ambil wuduk terus untuk solat Subuh.
Dalam bilik air, kepala otak aku masih terus dipenuhi dengan Qidran dan Jaja. Kenapa penamat riwayat Qidran harus berakhir dengan sebegini tragis di tangan Jaja, kenapa dia perlu nekad untuk culik Fiet dan kenapa dia tak berhadapan dengan aku dan Cloud?
Di sebalik kelekaan aku memikirkan pasal benda yang dah berantakan ni semua, satu suara dalam kepala aku mengingatkan aku supaya menyegerakan Subuh. Tapi badan dan minda aku ni rasa lemah sekali.
Bayangan wajah Qidran dan Jaja memenuhi mata aku bila aku bersolat di atas sejadah. Air mata aku menitis laju. Ya Allah, aku rasa berdosa pada semua orang sekarang ni. Ampunkan aku Ya Rahim, ampunkan dosa-dosa kami semua.
Selesai solat, berzikir dan berdoa, aku berdaulat di atas sejadah, termenung, sampailah keadaan di luar jendela kaca bilik hotel ni semakin cerah. Tak lama lagi matahari akan naik. Kepala otak aku tak sudah-sudah nak memikir apa lagi yang nak aku buat lepas ni.
Aku toleh pada Cloud yang sekarang berbaring mengiring mengadap aku. Mata dia tepat memandang aku. Bila dia jaga, aku pun tak tau. Sekali lagi aku rasa sebak dan hiba tengok muka dia. Dia tak nampak marah, tapi sedih; macam dia nak kepastian dari aku yang dia akan okay lepas ni. Aku tak pernah tengok Cloud dalam keadaan hopeless macam ni. Aku nak cakap sesuatu kat dia, tapi aku tak tau nak cakap apa.
Aku alihkan pandangan mata aku dari dia, bangkit dari sejadah dan baring sekejap di katil single aku yang belum sempat lagi aku jamah sejak mula check in tadi. Bila belakang badan aku dah menyentuh tilam katil tu, barulah aku tau betapa letihnya aku sekarang.
"So now what, what's gonna happen to us?" Akhirnya Cloud berbunyi jugak. Tona suaranya kedengaran berat.
Aku tak dapat nak jawab soalan tu, sebab aku sendiri pun dah bertanyakan diri aku dengan soalan yang sama sebelum aku pergi mandi lagi tadi.
"Are we gonna die too?"
"Cloud~"
"I don't wanna die Leman!"
YOU ARE READING
AMULET
AcciónSatu tahun setengah selepas pertarungan revolver dari Ammo. Fiet yang juga Jaja 'hidup semula' setelah 'dimatikan'. Amirul yang juga Rita terlepas dari hukuman 39B dan cuba memulakan hidup baru. Leman juga kembali dengan misi yang sama; melindungi k...