"... You gave me back the paradise, that I thought I lost for good, you helped me find the reasons why, it took me by surprise that you understood. You knew all along what I never wanted to say, until I learned to love myself, I was never ever loving anybody else!"
"CAMPING?"
Ayat yang keluar dari mulut si Jaja dan si Rita secara serentak tu memang aku dah agak dah. Leman sorang je yang aku tengok tak ada perasaan dengan apa yang aku cakap tadi.
"That's what he told me," aku balas.
"Camping kepala hangguk dia," kata Jaja perlahan.
"Keji," Rita menyahut.
Leman masih tak ada respon, dia sibuk menyikat-nyikat rambut dia yang dia baru keringkan tadi.
"Dah tu, abang kau tu dah ke mana perginya?" Jaja buka mulut tanya aku lepas beberapa detik kemudian.
"Entah, lepas kejut aku pagi-pagi buta tadi, aku tidur balik. Bila aku dah celik je, dia dah tak ada kat rumah lagi dah."
Jaja tenung aku, lepas tu berukar pandangan dengan Rita. Lepas tu dia dengan Rita menoleh pada Leman. Mata aku pun pergi pada muka Leman.
"Why are you lot looking at me?" Katanya bila dah sedar yang pandangan kitorang semua tertumpu pada dia sorang.
"Kau dengar tak apa yang Aemez tu cakap tadi?" Tanya Jaja.
"Dengar."
"So?"
"So apanya?"
Rita mengikik. Aku pun tak tahu apa yang lucu dengan kikikan spontan dia tu, tapi aku pun tergelak juga sekali.
"Kau ni Leman, memang suka sangat ke acting like a dumb blond ni?" Kata Jaja lagi.
"Huh, recently I checked, there are three more dumb blondes with me in this room!" Leman jawab sinis.
"Keji," sahut Rita.
"If you're asking whether I'm gonna be part of his camping idea, you'd know my answer already."
"So you're going?" Aku tanya.
"No bloody way!" Jawab Leman. "Seriously guys, ni bukan masanya kita nak bercuti bersukaria bagai. Agak-agaklah, you lot know what we're doing exactly these days."
Aku tumpukan balik pandangan aku pada Jaja, yang sekarang tengah menengok si Rita. Si Rita pula menengok muka aku; apa ni? Biollah aku kalau asyik mengadap satu-satu muka diorang ni semua.
"Dah tetiba nak mengajak kitorang semua pergi camping ni kenapa? Buang tebiat ke apa?" Tanya Rita.
"Aku sekadar menyampaikan kat korang apa yang dia suruh aku cakap kat korang. Korang sendiri pun tau aku dengan Cloud tu macam mana."
"Jadi kenapa dia tak datang sendiri je bagitau kitorang bertiga terus?" Jaja pun bertanya juga. Soalan dia memang kena, tapi bukan untuk aku.
"I was asking myself the same question Ja," aku jawab dengan jujur. "What do you think, Rita?"
"Keji, manalah mak nak tau? Nak ambik cuti sehari kat Razzle Dazzle tu pun nak kena fikir dua tiga kali, ini kan lagi nak nak bercuti pergi ber camping bagai? Berapa hari nak camping ni dan bila nak perginya?" Kata Rita.
"Tu, aku pun tak tau. Dia tak cakap apa-apa lagi. Kau Man, macam mana pulak?"
"Jawapan aku mudah; no. Kita semua sekarang ni tak senang. Jaja dengan Rita kena undercover kat Razzle Dazzle sana, at the same time, kena kerja; cari duit, kumpul duit. Aku pun sama, kau pun dua kali lima. Dah berapa lama? Dah nak masuk empat bulan. Dalam tempoh empat bulan tu, barulah kita tau yang Nik masih hidup, baru nak kenal siapa Uncle Hooi Chok dan siapa itu Kitty. Shooting training pun baru sekali, itu pun tiga orang je yang pergi~"

ANDA SEDANG MEMBACA
AMULET
ActionSatu tahun setengah selepas pertarungan revolver dari Ammo. Fiet yang juga Jaja 'hidup semula' setelah 'dimatikan'. Amirul yang juga Rita terlepas dari hukuman 39B dan cuba memulakan hidup baru. Leman juga kembali dengan misi yang sama; melindungi k...