BAB 11: The Blond(e)s

608 28 16
                                    


"We can run and we can hide, but we won't find the answers, if you go down and you get help along the way, but if you want to save your soul then we should travel altogether and make the devil pray!"

Genap tiga hari aku dah bekerja kat Niko Shop ni dengan jawatan pembantu kedai merangkap cashier sekaligus. Boleh tahan jugaklah sibuk dia sejak hari pertama aku masuk bekerja. Tapi sibuknya pun bukanlah sebab ramai orang datang nak beli barang, tapi sebab nak menghias dan nak membersihkan kedai bagai.

Apak gila multi-tasting kerja aku, dari mengemop lantai sampai mengelap cermin dengan barang yang dijual setiap 30 minit. Tak cukup dengan tu, nak order barang online, nak menghafal nama supplier, nak menghafal barang-barang dengan kod-kod dia sekali. Susun atur kat sini pun bukannya boleh buat sembarangan; siap ada peta kau. Dan peta tu pulak kena kena update secara manual dalam buku rekod dan jugak dalam komputer sekali. Setiap kali ada customer beli barang, peta tu kena update, kalau tak kata si Sheila, nanti bos dia mengamuk.

Patutlah kat kedai cuma ada tiga orang pekerja je termasuk aku. Tak ada siapa yang tahan nak kerja lama kat kedai keji ni kata Sheila. Pekerja yang silih berganti masuk sejak setahun lepas, paling lama pun dapat bertahan dalam dua tiga bulan.

Sheila ni pun kerja baru setahun dan waktu dengan Cloud datang kedai ni tahun lepas pun, dia memang tak ada lagi kat sini, jadi bila aku tanyakan dia pasal Nik, dia pun tak tau; which means dia tak kenal.

Tapi aku baru je masuk kerja kan? Belum lagi sampai tempoh seminggu pun. Aku kena jadi senaif yang mungkin sebagai pekerja baru. Nama pun undercover, poyo sangatlah aku kalau baru-baru je datang kerja, beria sangat nak menyoal siasat si Sheila mengalahkan ejen FBI kan?

Yes, gol utama aku ialah nak dapatkan kepercayaan Sheila dan jugak bos yang bernama Trina yang aku tak pernah jumpa sebelum ni. Kepercayaan ni penting supaya misi aku dengan yang lain berlandaskan rancangan si Jaja ni berjalan lancar.

Kitorang berlima dah bincang pasal hal ni sejak seminggu lepas. Time frame untuk rancangan undercover ni mungkin akan berlanjutan sampai setahun ataupun lebih; tapi aku pun tak tau. Mungkin rancangan ni boleh jalan, mungkin tidak.

Walaupun tujuan asal plan ni adalah untuk mencari tau keberadaan si Nik dan juga status keselamatan nyawa kami sejak kehilangan dia, Jaja berpendapat yang kami berlima juga kena ada inisiatif sendiri untuk musnahkan saki-baki Tiger Gang celaka tu.

Serius, ada masanya aku rasa excited macam Aemez dengan Rita mengenangkan 'kegempakkan' plan yang ala-ala cerita filem Hollywood ni. Tapi ada masa-masanya jugak, aku tak yakin sungguh yang benda ni boleh kitorang buat.

Tapi bila mana waktu yang aku tak yakin tu, aku kena sorokkanlah dari diorang (terutama sekali dari si Jaja) dan berlakon dengan sepenuh hati dan perasaan. Aku tak nak hampakan Jaja. Aku faham, Nik tu laki dia jugak, sekalipun dia pernah cakap tak ada sekelumit pun perasaan cinta dengan mamat tu. Nik tu pun dulu kawan baik aku kat universiti dulu.

Rita pulak, excited nak memulakan hidup baru dengan kitorang semua balik, mungkin jugak dia nak tunjukkan yang dia boleh jadi berguna pada kitorang semua (sampai sekarang Rita masih beranggapan yang dialah yang bertanggungjawab dengan apa yang dah jadi kat Qidran, thanks to Cloud!). Cloud pulak, nakkan kitorang bertiga sentiasa ada dengan dia. Sampai sekarang ni, (jujur cakaplah) yang dia ni tak pernah anggap aku, Jaja dan Rita sebagai kawan dia. Kawan dia cuma arwah Qidran sorang je; dia nakkan kami bertiga untuk sentiasa ada dengan dia, sebab itu jelah cara dia mengubat rindu dia pada Qidran.

Aku pulak? Entahlah. Bila difikir balik dengan apa yang aku dah lalui setahun setengah lepas, apa yang diorang bertiga dah alami, aku pun ragu-ragu apa motif dan objektif aku bersetuju dengan rancangan Jaja ni semua. Bolehkah aku memperbaiki semula persahabatan kami setelah ketiadaan Qidran? Dan bolehkah usaha aku ni mengubat trauma Cloud pada aku dan marah dia pada Jaja selama ni?

AMULETWhere stories live. Discover now