'In this life, I love you most of all; what for? 'cause now you're gone and I have to ask myself 'what for?'
Hari ni aku temankan Leman pergi rumah sewa lama yang dorang yang diorang tinggalkan sejak setahun setengah lepas. Aku curious jugak kenapa dia kena bawak aku, sedangkan dia boleh bawak Cloud, atau Jaja atau Rita. Tapi aku rasa aku tau kot apa jawapan dia andai kata kalau aku tanya dia kenapa.
Rita dengan Jaja kerja malam, jadi siang-siang hari macam ni diorang berdua akan membuta sampailah matahari terbenam balik. Dah jadi macam puntianak. Cloud pulak... Aku kena fahamlah. Mana aman hati abang aku tu kalau tak menyakitkan hati Leman untuk setiap lima minit. Apa lagi nak dibawak ke apartment lama diorang ni, memang mengamuklah dia jawabnya dengan Leman karang.
Leman pun tak banyak cakap sejak masuk dalam perut kereta aku. Aku tau dia banyak fikir; memikirkan benda yang aku faham penting bagi dia dan rancangan Jaja yang dah diatur ni. Sekejap-sekejap bila notification whatssap dalam handphone dia berbunyi, dia bukak, dia baca dan dia reply dengan muka paling serius aku nampak. Dan sekejap-sekejap jugak, mata dia akan menerawang menengok keluar cermin kereta dan menengok muka aku dengan pandangan mata yang kosong. Lepas tu, dia akan hadap skrin handphone dia balik.
Aku nak bercakap dengan dia, tapi masalahnya jalan pulak tengah jammed. So, aku tak boleh nak fokus. Setiap masa aku rasa timingnya dah kena nak bukak mulut, waktu tulah kereta depan nak bergerak. Jadi kenalah aku terus pandang depan, dengan kudrat empat kerat aku memandu kereta ni.
"Macam mana kita nak masuk rumah lama korang tu Man? Kau ada lagi ke kunci rumahnya?" Aku main belasah je tanya, bila aku aku kena brek lagi kereta ni bila Proton Waja kat depan aku ni dah mula slow.
"Ada."
"Dah nak masuk setahun setengah kot? Kalau kau ada kunci rumahnya pun, takkanlah rumah tu kosong lagi?"
"Aku dah called owner rumah tu. Memang rumah tu kosong lagi Mez."
"Oh ya?" Pelik pulak aku. Apartment yang secantik macam tu masih boleh kosong lagi?
"Ni aku tengah bermesej dengan owner rumah nilah ni. Dia pun on the way nak ke sana sekarang," sambung Leman.
Diam kejap sebab jalan dah mula clear. Handphone Leman berbunyi.
"Hello, assalamualaikum. Ya Encik Shakir, saya ni... Belum lagi... Saya pun tengah dalam perjalanan ni dengan Cloud..."
Oh, aku kena jadi Cloud lah hari ni nampaknya.
"Tak apa, tak apa... Saya faham, sebab saya pun tak sampai lagi... Tak apa, apa... Kalau Encik Shakir tak sampai lagi pun kang, saya tunggu... Ha, samalah, saya pun sangkut dalam jam ni... Okay, Insyaa-Allah, kalau saya dah sampai, saya call... Okay, okay, Insyaa-Allah... Waalaikumussalam."
"So selain aku kena jadi Cloud untuk jumpa Encik Shakir ni, apa lagi yang aku kena buat ni Man?" Aku bukak mulut balik bila bila Leman dah tamatkan call dia dengan owner rumah tu.
Leman tak jawab soalan aku. Instead, dia tenung aku.
"Kau ni creepy lah Mez," katanya.
"Hek eleh, creepy mende? Kau tu lagi creepy. Tenung-tenung aku apasal?"
"Sebab muka kau macam anak mat saleh celaka tu!"
Aku tepuk celah kelangkang dia kuat-kuat. Dia maki aku sebab kesakitan.
"Racist! Kau amnesiac ke apa? Dah kau tau yang Cloud tu twin aku, memanglah muka aku macam muka dia. Kalau kau benci dengan dia sampai ke tahap gaban sekalipun, janganlah sampai nak libatkan aku. Barua!"
Leman gelak. Aku serabaikan rambut keji dia yang blond tu.
"Sakitlah bangsat kau cepuk-cepuk bijik aku."
YOU ARE READING
AMULET
ActionSatu tahun setengah selepas pertarungan revolver dari Ammo. Fiet yang juga Jaja 'hidup semula' setelah 'dimatikan'. Amirul yang juga Rita terlepas dari hukuman 39B dan cuba memulakan hidup baru. Leman juga kembali dengan misi yang sama; melindungi k...