Khemah yang tadinya roboh gara-gara kepanikan si Kai yang awal tu tadi dah dinaikkan balik oleh Cloud, Aemez dan Jaja. Mak berhenti sekejap memasak sebab nak kena payungkan si Kai yang terbaring di tengah-tengah panas ni.
Mak tak tau pulak yang si Kai ni ada sakit kronik sampai kena pakai portable oxygen tank bagai. Nampak gayanya, si Leman ni lebih arif dengan keadaan kesihatan si Kai ni. Dia pun dah sedar lepas pengsan tadi. Pucat muka dia mak tengok.
"Are you sure?" Tanya Leman bila Kai dah cabut topeng oksigen tu dari hidung dan mulut dia.
"Nak air," katanya lemah.
Mak bukakan penutup botol air mineral dan suakan pada dia. Kesian pulak mak menengok dia togok botol air tu. Dia lemah, tapi haus sangat. Leman kipas-kipas kan muka budak ni dengan pinggan plastik.
"Panasnya Pa, kepala aku sakitlah."
"Tulah, dah tau berpenyakit, ada hati lagi nak ber camping-camping bagai. Yang menderita ni sekarang kau jugak," kata Leman.
"Ular tu tadi," jawab Kai.
"Ular pulak disalahkan. Ular tu tak buat apa pun dengan kau."
"I don't like snakes!"
Mak pun sama.
"Nasiblah kau ada bawak tong oksigen ni Yed. Dibuatnya kau pitam terus tak sedar diri, satu kerja lagi nak membawak kau pergi hospital."
"Aku okay lah Pa."
"Ye ye je okay. Kang kalau ada lagi ular daun tu masuk dalam baju kau~"
"Dahlah tu, aku geli kau tau tak?"
"Haa... Nu khemah kita dah okay dah nu? Nanti Kai boleh masuk berehat kat dalam," mak bagitau diorang berdua.
"Woi, dah siap dah ke?" Leman melaung.
"Dah!" Suara Aemez menyahut.
Jadi mak dengan Leman pun tolonglah Kai bangun nak membawa dia masuk dalam khemah keji kitorang tu.
"Korang dah check ke kawasan dalam nu? Kang nanti ada ular lagi pulak?" Mak mengingatkan.
"Dah tak ada dah," jawab Jaja.
Kawasan dalam khemah kanvas kitorang yang warna kelabu ni rupanya sama panas jugak dengan keadaan di luar walaupun teduh. Keji mak rasa, macam masuk dalam oven. Dan mak rasa, pendapat mak dipersetujui Kai dengan menengok reaksi mukanya.
Tapi khemah mak rasa comel. Cukup-cukup je untuk muatkan kami semua berenam. Mak boleh agak, memang sesak jugak ni kalau disumbat lagi dengan segala back pack sekali. Keadaan khemah ni memanjang; ada dua pintu, di depan dan belakang. Cuma kata Aemez, pintu belakang khemah tu zip dia tak berapa nak function sangat.
"Dah kenapa semua korang duduk melepak kat dalam ni?" Cloud membising.
Aemez, Jaja dan mak pun dah melabuhkan bontot masing-masing, sama dengan Kai dan Leman. Kitorang semua berkipas-kipas kepanasan dalam khemah ni.
"Sleeping bag, bantal, beg kita semua tak masuk lagi. Korang dah rilek-rilek. Dahlah kita ni semua tak makan lagi."
"Ya Allah, diam kejap boleh tak Cloud? Penatlah! Bukan sekadar penat buat khemah ni, penat jugak dengan kau punya mulut. Sabar kejap, boleh tak?" Kata Jaja.
"Entahnya? Dahlah panas, cair mak kat sini," mak mencelah Bedah sekali.
"Selagi barang-barang kita tak berangkut lagi dan selagi aku masih lapar, jangan harap nak rilek. Cepat tolong aku!" Arah Cloud.
YOU ARE READING
AMULET
AksiSatu tahun setengah selepas pertarungan revolver dari Ammo. Fiet yang juga Jaja 'hidup semula' setelah 'dimatikan'. Amirul yang juga Rita terlepas dari hukuman 39B dan cuba memulakan hidup baru. Leman juga kembali dengan misi yang sama; melindungi k...