"...Tell me how we got this far, every man for himself, everything's gone to hell, we gotta stay strong, we're gonna hold on, this world has turned to dust, all we've got left is love, might as well start with us, singing a new song, something to build on..."
"Kau tak nak sambung lagi ke contract kau dengan agency tu?"
Aku geleng kepala dengan soalan Kai tu.
"Why?"
"Entahlah. Aku dah malas. I don't feel right at all now, everything is wrong!" Aku jawab jujur dengan sedikit emosi.
"Ceritalah kat aku. Kau sudilah nak share."
Hari ni aku tumpang kereta dia, dia mintak teman pergi beli barang sikit kat Tesco. Katanya nak beli barang dapur. Aku pun tak ada benda nak buat sangat hari ni, memandangkan Aemez pun kerja. Aku rasa, sejak kontrak aku dah habis dengan si Trin hari tu, aku memang dah jadi penganggur tetap dah ni.
"Aku pun tak tau nak cakap apalah Kai. Entahlah, macam aku rasa aku dah tak nak jadi model lagi dah agaknya."
"Serious?"
"Agaknyalah."
"Kau nak cari kerja lain?"
"Mungkin, tapi bukan sekarang kot?"
"Hari tu Kris ada called aku tanya pasal kau."
Babi, itu lagilah buat aku menyampah nak dengar.
"Aku dengar banyak jugak job yang dia bagi kau tolak." Sambung Kai lagi.
"Aku pun dah tak larat lagi nak buat kerja macam tu Kai."
"Aku pun sama, that's why aku dah tak layan lagi bisnes dia tu."
Ya tak ya jugak, baru aku teringat. Dalam banyak-banyak model yang Kris ambil untuk business gelap dia tu, Kai nilah antara yang paling cerewet sekali kalau nak pilih klien dia dan kali terakhir aku dengar cerita pasal dia ni sebelum aku terjumpa dia sebelum tiga hari lepas, adalah pasal kes 'bersara' dia secara mengejut lepas dia buat deal dengan satu kerabat dulu.
"Ah, kau tu dulu, apasal blah macam tu je dulu? Kecoh kot Kris nak gantikan dia dengan John dengan Ramesh hari tu?"
"Kata kecoh? Takkanlahkau tak tau cerita dia?"
"Aku dengar memang kecoh, tapi apa benda yang 'mengecohkan' tu, sampai sekarang pun aku memang tak tau," aku jawab jujur.
"Kau kan tau? Antara semua model anak ikan si Kris tu, aku sorang je yang tak nak kena rekod video kan?" Kata Kai. Mata dia fokus dengan trafik light yang tengah lampu kuning kat jalan simpang empat kat depan. Aku rasa-rasa dia nak drive cepat-cepat, sebelum lampu tu bertukar merah.
"Yelah, tu aku tau. Sebelum ni, kau mana pernah rekod video pun kan?"
"Yup!"
"Itu je ke isunya?"
"Tak, masalahnya. Klien tu nak threesome," Kai pecut laju sebelum lampu jadi merah. "Kalau threesome tu tak apa lagi. Dahlah tu, nak bareback pulak!"
"Wuish, bahaya tu bro!"
"Kan? Dah tu pulak, partner kepada klien aku tu, member sekolah menengah aku dulu."
"Itu je?"
"What do you mean 'itu je?' Cloud, dia bukan setakat member sekolah yang satu kelas dengan aku, mak bapak dia kawan mak bapak aku jugak, rumah kitorang kat Penang pun dekat-dekat jugak!"
"Kau takut kantoi ke apa?"
"Aku bukan risau kantoi dengan dia. Come on lah, can't you see the bigger picture here?" Kata Kai, seolah-olah alasan dia tu macam satu isu yang besar sangat.
YOU ARE READING
AMULET
ActionSatu tahun setengah selepas pertarungan revolver dari Ammo. Fiet yang juga Jaja 'hidup semula' setelah 'dimatikan'. Amirul yang juga Rita terlepas dari hukuman 39B dan cuba memulakan hidup baru. Leman juga kembali dengan misi yang sama; melindungi k...