BAB 16 : Razzle Dazzle

293 15 4
                                        

"... Mirror mirror, give in to the masquerade, Diva Mother, bless the show we're out to play!"

Malam jumaat kali ni sesak pula kat Razzle Dazzle ni. Memandangkan malam ni, ramai juga part time staff turun kerja sekali, mak tidak sesibuk biasanya. Keji, banyak juga part time staff yang 'hadek-hadek'. Semuanya pun budak-budak baru nak up nok, harus mak rasa tergugat sikit, walaupun mak tetap cantik dengan rambut blonde potongan pixy mak ni ha.

Si Jaja tu pula mak tengok dua tiga menjak ni bersemangat sungguh, apatah lagi bila dia dapat tau laki dia si Nik tu masih hidup. Dia pagi tadi punyalah excited cerita dengan mak dan Leman macam jumpa 10 kilo emas kat tepi jalan.

Tapi bagus jugalah tengok dia bersemangat teruja macam tu kan? Sebab, jujur mak cakaplah, sejak dekat empat bulan dia merancang nak menumpaskan geng kongsi gelap terbesar satu Malaya ni, mak nampak dia down. Yelah, dengan rancangan dia yang berjalan slow tanpa perkembangan positif tu semua. Bila dia dapat tau yang Nik masih hidup, barulah agaknya dia nampak harapan.

Bukan apa nok, susah nak bekerja cari duit dan dalam pada masa yang sama, nak kena buat kerja undercover. Walaupun pada tujuan asalnya, mak kerja kat sini untuk tolong Jaja dan kawan-kawan yang lain, hakikatnya, mak juga seorang manusia. Mak kena kerja cari duit, untuk makan, belanja harian, kumpul duit bagai.

Kadang-kadang bila dah asyik sangat kerja cari rezeki tu, mak dah tak ingat apa-apa lagi. Yelah, kerja malam kat kelab jadi waiter, balik rumah sebelum subuh pula. Di siang-siang hari pula, kalau si Jaja dengan si Leman buka table buat mesyuarat tergempar ke, apa ke, mak kadang-kadang tak boleh nak join sangat. Mana letihnya, mana mengantuknya lagi.

Banyak sangat kot info yang diorang nak suruh mak ingat? Manalah senang. Harus diingatkan, lepas mak kena sumbat dalam penjara, mak dah tak ada dengan diorang lagi. Banyak yang mak dah missed dalam tempoh setahun tu. Mak nilah orang yang tak tahu apa-apa lepas bebas dari hukuman gantung dulu.

Baru-baru ni pulak, diorang bertiga dah start pergi latihan menembak. Keji. Jealous mak okay? Aemez bagai nak rak excited cerita kat mak betapa seronoknya main pistol-pistol tu semua. Mak tak dapat off hari tu, jadi tak dapatlah mak nak join.

Ha, nilah yang mak katakan tadi; susah nok! Mana nak kerja, mana nak undercover, mana lagi nak survive bagai. Mak penat. Tapi si Aemez, Jaja dengan Leman tu mak tengok rilek je. Tak nampak pun diorang letih. Ni, kalau mak bantai balik ambik ais pun, belum tentu mak dapat keep up dengan tenaga diorang tu semua.

Harap-harap untuk shooting training yang seterusnya, mak boleh join diorang bertiga sekali. Gila mak tak ikut main pistol sekali menembak-nembak? Ala-ala Charlie's Angels gitu, mak suka!

"Rileknya kau beb?" Tegur Jaja. Tiba-tiba pula perempuan ni muncul macam biskut Chipsmore. Tadi mak tak nampak pulak dia kat sebelah mak.

"Alah, mak nak curi tulang sekejap. Lagipun malam ni ramai staf kot turun? Dah terlebih dah staf nok!"

"Yelah beb, aku tengok malam ni ramai kot part time waiter turun? Semua pun sama spesis kunyit macam kau kan beb?"

"Choyy, keji kau pondan! Jangan sesekali cuba nak menyamakan mak dengan hadek-hadek baru nak naik tu semua okay?"

Berdekah si Jaja ketawa.

"Yang kau ni pulak tetiba mencari mak kat sini ni kenapa? Kan ke kau tengah melayan guest China kau tu tadi?"

"Aku pun curi tulang jugaklah kejap. Diorang semua dah mabuk kat sana, malaslah aku nak mengendeng dengan diorang semua. Lagipun GRO Philippines tu semua ada kat situ nak pau duit diorang tu semua~"

"Keji! Apasal kau tak pau guest kau tu sekali? Masyuk kot nok? Kau tala-tala sikit, dapat duit."

"Hih, buat apa? Tak ada maknanya!"

AMULETTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang