"Starting from here, let's make a promise; you and me, let's just be honest. We're going to run, nothing can stop us, even the night that falls around us!"
Aku tengok muka-muka celaka ni satu demi satu. Jaja baru habis briefing apa yang kononnya dia nak rancangkan. Aku faham apa yang dia cakap tadi, tapi kepala otak aku susah nak menghadam ni dengan sekali harung. Kepala aku masih mamai dan aku masih tak percaya yang tiga dari empat kawan baik aku dah datang balik jumpa aku.
"Kau ni dah gila ke apa Ja?" Aku tanya dia.
Dia tak jawab soalan aku dan sekadar bagi renungan kosong.
"Setahun korang semua menghilang, aku jadi macam orang gila hidup sorang-sorang. Kau, si Leman cakap dah mampus, si Leman hilang tak berjejak dan si Rita aku ingatkan dah mampus. Bila korang muncul balik, kau suka-suka hati nak mengarah-ngarah aku, ikut rancangan merepek entah apa ke benda kau ni..." Aku mati ayat lepas tu. Aku dah tak tau nak cakap apa.
"Benda akhir yang Nik cakap kat aku, lima hari lepas sebelum aku balik sini, kau dah mula kena pantau dengan Tiger Gang, Cloud." Kata Leman tiba-tiba, sebelum aku sempat nak fikir untuk ayat aku yang seterusnya untuk Jaja.
"Dari mana pulak si Nik tau yang aku dah kena pantau Leman? Dah setahun sejak birthday aku, aku tak jejak lagi kat Razzle Dazzle tu. So far, tak ada pulak aku dapat surat ugutan bunuh ke, kena kejar dengan psiko ke, ke apa ke... Macam mana konon-kononnya si Nik tu boleh memandai-mandai nak tau?"
"Sebab dia undercover polis Cloud, dah tentu-tentulah dia ramai informer sana-sini, ada mata-mata nak menengok kau~"
"Kalau macam tu, dialah yang sebenarnya yang dok stalk aku, bukannya Tiger Gang celaka tu kan?" Aku potong ayat Jaja.
"Kau sorang je di kalangan kita semua yang masih ada kat KL, aku dah diisytiharkan mati, hidup dengan identiti baru, MyKad baru. Leman sebelum ni balik Sabah dan Rita pulak masih kat penjara sampailah sekarang. Diorang memang nak hidupkan balik geng celaka tu, sejak si Kitty tu dah ganti bapak dia."
"Kitty ni siapa sebenarnya?" Aku tanya.
"Kitty tu anak si Lou Foo," Leman menyampuk.
"Bukan sebelum ni kau ke yang cakap si Qid tulah orang kedua lepas si Lou Foo tu?" Aku tanya Leman lagi.
"Tapi arwah Qid dah tak ada lagi kan? Dah tentu-tentulah anak kandung Lou Foo yang akan ambil alih geng tu," kata Leman.
"Siapa sebenarnya si Kitty ni? Pelik semacam je nama dia? Bapak nama harimau, anak nama Kitty. Dia ni lelaki ke perempuan?" Aku tanya lagi.
"Dah sah-sahlah perempuan kalau nama dia Kitty, bongok!" Kata Jaja. "Look, dulu ceritanya, si Qid nak dikahwin dengan si Kitty sebab Qid kan anak angkat Lou Foo? Sebab tulah si Qid ni Lou Foo sayang sangat~"
"Dah, dah... Aku tak nak dengar lagi pasal bab tu," pintas aku. Aku rasa sakit bila Jaja bercerita pasal Qidran seolah-olah macam tak ada apa-apa jadi sejak setahun lepas. Dia ni langsung tak ada rasa berdosa ke dengan apa yang dia buat dengan Qidran dulu?
"Kau pernah jumpa si Kitty nu sebelum ni nok?" Rita buka mulut bertanya. Sejak tadi, dialah yang paling diam antara kami berenam. Aku perasan yang dia mengelak dari bertentang mata dengan aku. Dia masih rasa sentap dengan akulah tu sebab aku buat dia menangis sebelum ni.
"Banyak kali," kata Fiet.
"Jadi, kau memang kawan dengan dia jugaklah?" Tanya Rita.
"Tak, aku tak pernah bertentang mata atau berborak dengan dia pun sebelum ni. Just kenal-kenal gitu dari Mannuel dengan Nik je. Tapi dia tu pun bukan calang-calang perempuan beb, dahsyat jugak tu," kata Fiet.
YOU ARE READING
AMULET
AzioneSatu tahun setengah selepas pertarungan revolver dari Ammo. Fiet yang juga Jaja 'hidup semula' setelah 'dimatikan'. Amirul yang juga Rita terlepas dari hukuman 39B dan cuba memulakan hidup baru. Leman juga kembali dengan misi yang sama; melindungi k...