"Everything is bright now, no more cloudy days, even when the storms come, in the eye we'll stay..."
Dah masuk masuk hari ketiga lepas Jaja rencanakan rancangan dia untuk kami berlima menyusup masuk ke dalam Tiger Gang secara senyap-senyap untuk mencari kehilangan Nik. Seperti juga yang aku dah lihat setahun dulu, minah ni memang nekad senekad-nekadnya. Aku cuma mengikut, demi membuktikan aku seorang sahabat dia dalam apa jua keadaan; baik ataupun buruk. Rita dan Aemez nampak excited sangatlah pulak. Tak taulah apa yang ada dalam kepala hotak diorang berdua tu. Menengok reaksi diorang, tak ubah macam budak-budak yang tengah teruja maca nak buat aktiviti camping.
Jaja selalu minta pendapat aku kali ni, nak mintak logik aku pada setiap perkara yang dia tengah berkira-kira nak buat. Susah, dia betul-betul harapkan Leman yang instinctive tu balik untuk jadi side-kick dia lagi. Masalahnya, aku bukan lagi Leman yang sama setahun lalu. Leman yang dulu tu, mengikut dia kerana dendam dengan Lou Foo atas kematian kawan baik yang tidak terbela dengan sewajarnya. Aku kena ambil masa, tapi si Jaja tak nakkan masa. Dia nak semuanya dilakukan secepat yang mungkin, teliti, rapi dan sempurna, seperti mana waktu kami rancang bunuh Lou Foo dulu.
"Kita kena tau apa yang diorang tu semua plan nak buat dengan kita yang masih hidup ni Leman. Kita kena serang diorang sebelum diorang serang kita. Aku tak tau kalau Nik masih hidup lagi, tapi kita kena cari dia jugak, sekalipun kalau dia sekarang ni cuma tinggal tulang-belulang. Naluri aku cukup kuat yang Nik memang betul, yang memang ada ada 'orang dalam' yang jadi tali barut dalam Tiger Gang tu. Kalau tak, takkanlah dia boleh lesap macam tu je?
Ni lagi satu, nampak tak betapa takutnya Nurul sekarang? Pihak atasan dia pun belum lagi bagi instruction apa nak buat sejak Nik hilang hari tu. Nampak sangat macam ada benda yang tak kena kan? Kita kena tolong dia... WOI!"
Jaja tampar bahu aku kuat-kuat. Tersentak jugak aku dibuatnya.
"Kau dok fikir apa tu? Aku ni membebel sorang-sorang ke apa?" Katanya.
"Aku dengarlah apa yang kau cakap," aku jawab.
"Yelah tu! Mata ke mana, badan ke mana, fikiran entah ke mana."
"Fikiran aku tak ke mana-manalah Ja, aku dengar dengan apa benda yang kau cakap tu semua."
Dia tenung aku, jadi aku pun lawanlah mata dia.
"Kau tak nak ikut aku buat benda ni Leman?" Tanya Jaja seketika kemudian.
"Bukan, bukan macam tu Ja. Kau sendiri pun tau kan? Ke mana pun kau pergi, aku akan mengikut. Kau terjun dalam gaung pun, aku akan ikut terjun sekali."
"Dah tu, apa masalahnya?"
"Entahlah, aku tak rasa yang aku ni macam dulu lagi."
"Kau perlukan motivasi?"
Lama jugak aku ambil masa untuk mengiakan tekaan dia yang aku tak terjangka sama sekali tu.
"Kalau dulu, kau buat demi Asdi," katanya lagi.
Aku mengangguk.
"Sekarang?"
Aku gelengkan kepala dan angkat bahu.
Senyap sekejap buat seketika. Jaja semacam faham yang aku perlukan beberapa saat untuk aku jelaskan apa lagi sebabnya aku berkira-kira dengan diri aku sekarang ni.
"Kalau dulu, kita berdua je, dengan arwah Qid yang terlibat dengan benda ni~"
"Nope, kita semua terlibat sekali; dengan arwah Qidran dengan Cloud sekali," Jaja potong ayat aku.
"Tapi Cloud tu masuk dalam masalah tu last minute kan?"
"Cloud dah jadi sebahagian rancangan ni sejak Aemez kena tembak dengan Qid dululah Leman, dah lupa dah ke?"

ANDA SEDANG MEMBACA
AMULET
ActionSatu tahun setengah selepas pertarungan revolver dari Ammo. Fiet yang juga Jaja 'hidup semula' setelah 'dimatikan'. Amirul yang juga Rita terlepas dari hukuman 39B dan cuba memulakan hidup baru. Leman juga kembali dengan misi yang sama; melindungi k...