"...They don't know, they can't see who we are; fear is the enemy, hold on tight; hold on to me..."
Inilah dia hari yang Cloud nanti-nantikan sangat, mungkin tak sangat buat Leman. Aku ni sebenarnya okay je kot dengan cadangan Cloud dan Kai untuk buat aktiviti perkhemahan ni semua dengan diorang semua.
Aku rasa betul juga dengan cadangan si Kai tu. Mungkin ini memang satu cara terbaik untuk kami luangkan masa bersama-sama untuk tempoh empat hari ni. Salah satu sebabnya, kami dah tak macam dulu sewaktu arwah Qidran masih ada.
Isu arwah Qidran memang bersangkut-paut dengan semua orang (kecuali Kai). Dia tembak Aemez, aku bunuh bunuh dia, dia aniaya Rita dan Leman pun jadi sasaran Cloud, walaupun secara jelasnya (bagi aku), Leman tak ada apa-apa pun salah pada Qidran. Seperti juga aku dan Rita, Leman pun pernah tertipu dengan Qidran; seperti mana Cloud juga.
Isu kematian dan motif dia sampai sekarang belum selesai dan secara jujurnya, kami memang masih terkesan dengan kepergian dia hampir dua tahun ni.
Terus teranglah aku cakap, selagi isu Qidran ni menghantui semua orang, harapan Nik untuk menjatuhkan Tiger Gang tak akan dapat jalan dengan lancar. Aku nakkan benda ni diselesaikan secepat mungkin supaya aku dan kawan-kawan aku dapat hidup dengan aman lepas ni. Tapi tulah, susah nak dapatkan kesepakatan.
Kami semua kena sepakat untuk misi gila ni. Semua orang pun ada komitmen masing-masing dan setiap dari kami juga dah banyak berkorban masa, wang dan tenaga. tapi hasil belum nampak lagi. Semua hal yang harus diberi pencerahan pada sesama kami, semua pun jalan buntu.
Benda yang membahayakan nyawa kami pun belum nampak, tapi aku tak bolehlah nak rasa selesa sepanjang masa. Nik pernah cerita kat aku, yang Kitty memang nak sangat cari pembunuh bapa dia dan Cloud dah lama kena pantau oleh Tiger Gang. Aku percaya dengan Nik, sebab identiti dia sebagai undercover pun dah terbongkar. Kalau tak, mustahillah dia menghilangkan diri sampai berbulan-bulan dan informer penting dia Mannuel pun dah kena bunuh kan?
Kitty pun aku dah jumpa. Dan walaupun dia tak tunjukkan apa-apa reaksi sejak nampak muka dia buat kali yang pertama, sebelum aku bunuh bapa dia tahun lepas, aku tak boleh senang-senang je buat bodoh.
Mungkin aku pun dah kena pantau kat Razzle Dazzle tu sekarang ni. Rupa dan penampilan aku sekarang sebagai femme fatale berambut blonde ni adalah refleksi imej aku waktu bunuh bapa dia tahun lepas.
Dan aku tak boleh kata tidak, kalau memory card yang Nik maksudkan tu dah lama sampai ke tangan Kitty dan dia mungkin dah cam setiap dari kami berdasarkan apa jua kandungan video dalam memory card tu.
Aku masih ingat lagi, malam yang aku bunuh arwah Qidran dulu, dia ada record video waktu dia sepak terajang aku dan tembak kaki dan tangan aku. Dan Tuhan sajalah yang tahu apa lagi yang ada dalam memory card yang hilang tu.
Allahuakbar. Bila dah ada dalam kereta dengan diorang ni, fikiran aku banyak menerawang memikirkan macam-macam benda.
"Ngantuk ke Mez?" Aku alihkan perhatian fikiran aku sekejap dengan Aemez yang tengah memandu kat sebelah aku ni.
Dari tadi aku tengok dia menguap tak sudah-sudah. Kesian pulak aku. tak cukup tidur agaknya budak ni. Aku toleh belakang, si Rita dah membongkang dengan dengkuran kuat.
"Okay je," balas Aemez.
"Need some?" Aku suakan dia Nescafe dalam tin.
"Nak," katanya.
Aku bukakan penutup tin tu dan bagi dia.
"Weyh, kalau kau dah penat sangat, bagitau aku. Kang aku ganti kau drive," aku tawarkan diri.
YOU ARE READING
AMULET
AksiyonSatu tahun setengah selepas pertarungan revolver dari Ammo. Fiet yang juga Jaja 'hidup semula' setelah 'dimatikan'. Amirul yang juga Rita terlepas dari hukuman 39B dan cuba memulakan hidup baru. Leman juga kembali dengan misi yang sama; melindungi k...