"... From your cradle via trousseau to your death bed you're on view, so never compromise accept no substitute, I would rather wear a barrel than conservative apparel, because a dress has always been my strongest suit..."
Malam Jumaat. Aku berjaya pujuk si Aemez untuk ikut aku malam ni pergi Razzle Dazzle. Aku sememangnya faham dengan larangan Jaja untuk aku ke sini, tapi aku tahu apa yang aku nak buat dan aku tak rasa usaha aku yang sekecil ini akan jejaskan mana-mana bahagian rancangan dia.
Dan bila aku cakap dengan dia hari tu, aku boleh datang ke sini dengan incognito, aku maksudkannya. Apa guna aku ada kepakaran dalam bidang solekan kalau aku tak boleh penampilan aku ke 360 darjah kan?
Bekerja di kedai yang membosankan di Niko Jokeshop tu lagilah menambahkan 'pemberontakan' aku yang nak berseronok sikit. Jadi malam ni, aku putuskan untuk dress up jadi perempuan (ataupun mungkin mak nyah) untuk sembunyikan identiti sebenar aku.
Dan Aemez? Ya, sudah semestinya dia pun dress up macam aku jugak. Cantik jugak Aemez pakai baju perempuan, walaupun dia nampak canggung secanggung-canggung alam dengan asyik terpelecok sana-sini dengan platform shoes dia.
"How do you feel?"
"Really uncomfortable," katanya.
Aku dengan dia dah berada di ground floor Razzle Dazzle. Kitorang dah dapatkan seat mengadap dance floor. Orang tak ramai sangat malam ni kat sini, mungkin sebab belum tengah malam lagi agaknya.
Aku amati sekeliling suasana dalam kelab malam ni. Banyak beza dah keadaan dia berbanding kali pertama dan terakhir aku datang sini dulu. Aku pun tengok-tengok jugak kalau ada ternampak kelibat si Jaja dengan Rita, tapi aku tak jumpa diorang lagi. I can't wait to see the look their faces kalau diorang terjumpa aku kat sini dengan Aemez!
"I'm really sorry Mez," aku tengok dia terkial-kial nak duduk dengan black Gucci dress ala Victoria Beckham dia tu.
"It's alright, Man. I'm good. Just because it's not comfy, it doesn't mean that I don't like it."
"Really? Aku tengok kau berjalan pun dah macam astronaut dah ni?"
"Celaka kau Man, memanglah! Manalah aku biasa nak memondan macam ni?"
Aku gelak. Ya, malam ni aku dengan dia pakai dress; serba hitam, aku pakai dress labuh, lengkap dengan selendang hitam jugak, untuk cover lengan kitorang yang berotot ni. Dan semestinya kami pakai wig dengan mekap tebal jugak.
"Excuse me miss, what drink would you like to have?" Seorang waiter datang ke meja kitorang.
"What kind of soft drink that you have besides coke?" Aku tanya waiter tu balik.
"7-Up, Sprite, Fanta orange, strawberry," balasnya.
"Make it Sprite for me then," pinta aku tanpa fikir banyak.
"Er, make it in one jug please!" Aemez mencelah.
Si waiter mengangguk.
Aku tengok meja sebelah. Ada group India tengah minum beer sambil makan kentang goreng dengan snek yang aku tak tau apa bendanya tu.
"Excuse me, what are they having there?" Aku tanyakan si waiter lelaki sambil memaksudkan makanan yang orang sebelah meja kami tu tengah makan.
"Oh, that is French fries and Saki Ika, shredded calamary."
Calamary tu sotong, so aku rasa tak ada masalah untuk aku kudap benda alah tu.
"Kau nak ke Aemez?" Aku toleh pada dia, memaksudkan dua jenis makanan tu tadi.
"Bolehlah," jawab Aemez.
"Minum Sprite je nok?" Aku tanyakan Aemez bila si waiter dah pergi untuk ambil pesanan yang kami minta tadi. Aku ajuk stail Rita.
YOU ARE READING
AMULET
ActionSatu tahun setengah selepas pertarungan revolver dari Ammo. Fiet yang juga Jaja 'hidup semula' setelah 'dimatikan'. Amirul yang juga Rita terlepas dari hukuman 39B dan cuba memulakan hidup baru. Leman juga kembali dengan misi yang sama; melindungi k...