"... Take my sins and wash them away, teach me how to pray, I've been stranded here in the dark, take these walls away, I've been swimming in the ocean, 'til I'm almost drowned, give me something I can believe in; teach me how to pray ..."
"Lem."
Aku dengar suara Qidran panggil nama aku, sebaik aku selesai bagi salam dan berpaling ke kiri lepas habis solat.
"Ya?"
Kepala Qidran tersembul di celah pintu. Gelap, sebab aku tak pasang lampu, jadi muka tak berapa jelas pada mata aku, walaupun aku thau itu memang kelibat dia.
"Pasanglah lampu tu bro," aku suruh dia.
"Tak apa ke? Lu dah habis solat kan?" Tanyanya.
"Ye, dah habis. Pasanglah lampu."
Qidran buat apa yang aku suruh. Bilik aku ni memang hapak dengan bau pengap sebab pengudaraan yang tak berapa baik (sebab tak ada tingkap macam bilik tidur budak-budak lain tu semua), tapi bau yang datang dari nafas si Qidran ni lagi kuat. Aku rasa segenap bilik tidur aku ni dah sama bau dengan air setan yang dia togok tu.
Dengan lighting lampu kalimantang tu, teruk betul aku tengok muka dia ni; dengan muka yang agak-agak dah seminggu tak bercukur, mata merah dengan bengkaknya, dia tengok muka aku.
"Lem, gua tak boleh tidur," katanya dengan suara yang lebih berat dari biasa.
Belum pun aku sempat nak tanya kenapa, dia baring mengiring atas peha aku yang masih dalam posisi tahiyyat akhir tu. Kat tangan kanan dia, sebotol beer Carlsberg masih kemas dalam genggaman. Waktu subuh-subuh macam nilah pulak dia nak bermanja-manja bagai!
"Macam manalah kau nak membuta Qid, kalau sepanjang masa kau nak menogok arak je?"
"Gua stress Lem, dah dekat dua hari gua tak boleh nak lelap. Tolong gua Lem!"
Dah, dia nak berair mata kat kain pelikat aku pulak. Aku bukan apa, aku cuma risau sekejap lagi dia akan muntah kat badan aku dan kain sejadah pemberian bapak aku ni. Sejadah ni sejadah kesayangan aku.
"Malam ni kau kerja tak?" Aku tanya dia, sekadar nak alihkan perhatian minda aku dari fikir yang dia akan muntah kat badan aku sekejap lagi.
Dia geleng kepala.
"Gua rasa macam dah tak nak hidup lagilah. Kenapa Tuhan tak cabut je nyawa gua dari dulu Lem?"
Aku diam. Aku tak pasti kalau dia maksudkan kata-kata dia ni sebab nak kata dia tengah high sangat sebab mabuk, tak jugak. Dia tak nampak macam tu. Antara diorang berempat, Qidran bukan jenis yang suka merepek-repek dalam keadaan high. Dia selalunya akan diam, ataupun terus tidur.
"Lu rasa, orang macam gua ni boleh masuk syurga tak?"
Aku tak tahu nak jawab apa dengan soalan dia tu. Aku sekadar tenung eye bag bengkak dia yang basah dengan air mata. Dia mesti dalam masalah besar ni agaknya.
"Tak boleh kan?" Sambungnya lagi. "Kan? Kan Lem? Wei Lem, apasal lu diam? Lu pun rasa gua memang masuk neraka jugak kan?"
Celaka. Sayu pulak aku bila member cakap macam tu.
"Tuhan je yang tau samada kau boleh masuk syurga ke tidak Qid. Aku pun tak tau kalau nanti kau masuk neraka ke tidak, sebab aku sendiri pun tak akan tau tempat aku kat mana nanti."
"Tapi lu solat hari-hari."
"Itu pun tak akan menjamin tempat aku kat syurga nanti Qid."
"Jadi kenapa lu nak susahkan diri tunggang-tungging siang malam ikut waktu bagai?"
YOU ARE READING
AMULET
AksiSatu tahun setengah selepas pertarungan revolver dari Ammo. Fiet yang juga Jaja 'hidup semula' setelah 'dimatikan'. Amirul yang juga Rita terlepas dari hukuman 39B dan cuba memulakan hidup baru. Leman juga kembali dengan misi yang sama; melindungi k...