"... Cleopatra had her way, Matahari too; whether they were good or bad, is strictly up to you. Life is a paradox and it doesn't make make much sense, you can't have the 'Femme' without the 'Fatale,' so please don't take offense!"
Aku tarik nafas dalam-dalam. Sekejap lagi aku rasa macam aku dah nak hilang sabar ni. Aku ni nak buat rupa femme fatale; wanita cantik seksi yang ada keupayaan membunuh. Tapi si Rita celaka ni macam nak menjadikan aku macam drag queen yang nak menghadiri pesta pondan sedunia untuk bersuka ria. Aku padam calitan lipstick merah jambu kat bibir aku dengan eyeshadow kuning berkilat kat kelopak mata aku ni.
"Eh keji kau pompuan, kenapa pulak kau padam? Penat mak buat~"
"Aku dah cakap yang aku tak nak eyeshadow, aku tak nak lipstick colour pink~"
"Boringlah muka kau kalau tak pakai eyeshadow, lagipun tak ada siapanya yang nak pakai lipstick merah menyala nu lagi nok, ketinggalan zaman okay? Sangat mak-mak nenek, keji..."
Aku malas nak layan dia. Aku calit lipstick merah menyala brand Maybelline kegemaran aku.
"Tak cantiklah pondan~"
"Diam kau Rita!"
"Keji!"
Rita sentap dengan aku. Dia tak cakap apa-apa lepas tu. Aku calitkan eyeliner kat atas kelopak mata aku, letak maskara tebal-tebal.
"Kat bawah mata tu, tak nak letak eyeliner jugak ke?" Dia bersuara jugak seketika kemudian.
"Tak mau."
"Contact lense colour hijau kau nu tak berapa sesuailah. Ni, mak ada contact lense Korea ni ha, kalau kau nak mata kau besar ala-ala Korea yang comel nu~"
"Tak hengen!"
Aku dengar dia mendengus. Aku jeling kat dia, mata dia dah mengecil sebab tension agaknya dengan karenah aku yang tak boleh blah dengan semua cadangan merapu dia tu semua. Tak lama lepas tu, aku nampak dia keluarkan hair curler dari beg dia.
"Rita, kau nak keritingkan rambut aku ke?"
"Kalau mak sanggul rambut kau?"
"Kau faham tak, aku nak buat imej femme fatale?"
"Hello? Bongok sangat ke mak ni, sampai tak tau femme fatale tu jadah apa?"
"Dah tu, kau pernah tengok ke femme fatale yang bersanggul-sanggul bagai?"
"Apa salahnya pun?"
"Memang tak salah, tapi aku tak nak bersanggul-sanggul!"
"Habis tu, kau nak buat rambut kau macam mana ni, nak biarkan terburai-burai macam mak lampir ni?"
"Just nak buat sanggul Ultraman kat rambut depan aku ni."
"Macam tu je?"
"Macam tu jelah."
"Baju kau?"
"Aku pakai catsuit nilah."
"Catsuit?"
Aku malas nak mengiakan pertanyaan dia tu. Dia pun bukan bongok tak tau catsuit tu benda apa.
"Kau tak nak pakai dress ke nok?"
"Don't even think about it!"
"Kejilah kau. habis tu, takkanlah setiap masa nanti kau nak pergi kerja pakai catsuit?"
"Apa masalahnya?"
"Tak meriahlah!"
"Tak ada maknanya aku nak meriah-meriah nak pergi membunuh orang nok!"
YOU ARE READING
AMULET
AcciónSatu tahun setengah selepas pertarungan revolver dari Ammo. Fiet yang juga Jaja 'hidup semula' setelah 'dimatikan'. Amirul yang juga Rita terlepas dari hukuman 39B dan cuba memulakan hidup baru. Leman juga kembali dengan misi yang sama; melindungi k...