09 : Dia Orangnya

5.8K 401 12
                                    

[edited]

Gementar. Hujung kuku dingin. Peluh terasa mengalir di seluruh badan. Jantung seakan mahu meloncat keluar dari tempatnya. Nini, jurumekap aku hari ini juga merangkap sepupu Nashran menggeleng kepala bila dia melangkah ke dalam bilik.

Tisu dicapai. Wajahku dilap. Bedak ditekap diwajahku sekali lagi. Ah, lemas betul meski mekap yang Nini pakaikan padaku tak adalah setebal mana. Bulu mata palsu pun aku tak pakai.

"Rilekslah kak... Bukannya akak nak kena pegang tangan tok kadi tu pun," Nini tersenyum mengusik. Bahagian mekapku yang rosak kerana peluh dibetulkannya.

Ingat orang lelaki yang kena pegang tangan tok kadi tu aje ke yang nak tercabut jantung?

Aku hanya mampu tersenyum kecil kepada Nini. Aku dengan selambanya mencapai tangan kecil Nini lalu kugenggam. Gemuruh punya pasal!

"Wow, sejuknya tangan akak... Ini dah nervous sangat dah ni..." Nini tertawa kecil sebelum mengambil tempat di sisiku di atas katil pengantin yang sudah terhias cantik itu. Dengan tema emas, pilihan dari aku dan Nashran sendiri.

"Memang kalau orang nak kahwin gementar macam ni ya kak?" Nini tersenyum mengusik.

"Manalah akak tahu... Akak bukannya pernah kahwin!" Aku bersuara akhirnya. Nini tergelak lagi mendengarkan suaraku yang bergetar.

"In sha Allah semuanya akan baik-baik aje kak... Nini doakan akak bahagia..." Dia tersenyum padaku. Aku balas dengan satu senyuman hambar.

"Amin..."

"Kak Lina..." suara dari pintu mengangkat mataku dari menatap wajah Nini. Nashrina yang lengkap berpakaian ungu itu dipandangku.

"Rombongan pihak lelaki dah sampai..."

Agak menyedihkan, sebenarnya... Aku menginap di sini malam tadi, bersama Nashrina serta bonda. Nashran, Nadin dan papa pula menempah hotel di luar. Aku, yang tiada sesiapa pun untuk dijadikan wakil... menginap di rumah bakal mertuaku, seakan mereka pula keluargaku!

Aku tarik nafasku dalam-dalam. Sekali lagi Nini perbetulkan kedudukan baju pengantinku serta shawl yang dibelitnya kepadaku tadi.

Diapit oleh Nini dan Nashrina yang berpakaian sedondon, aku diiring ke ruang tamu. Kelihatan ramai tetamu sudah mengambil tempat di atas karpet yang terhampar di ruang itu. Yasmin, Nur dan Ain turut bersimpuh di sisi bonda, tersenyum padaku. Mataku kemudian menangkap batang tubuh Nashran yang sudah bersedia mahu menyambut tangan tok kadi di tempatnya.

Dia berpaling kepadaku dan seperti biasa, senyuman manis diukirnya.

♔♚♔♚

"Aku terima nikahnya Nurul Jazlina bt. Hazwari dengan mas kahwinnya empat ribu ringgit tunai..."

Ayat itu...ada jampi apa sebenarnya pada ayat itu? Kerana sebaik sahaja ayat itu meluncur lancar dari bibir Nashran, mataku berkaca. Dan saat para saksi sepakat mengatakan ianya sah, takungan air di tubir mataku terus pecah.

"Akak..." Nashrina berbisik perlahan ke telingaku, mengembalikan aku ke dunia nyata. Aku mendongak memandang Nashran yang sudah berlutut di hadapanku, bersedia untuk upacara pembatalan air sembahyang. Dia yang lengkap dengan baju melayu silver dan songket hitam itu dipandangku.

Cincin bertatah satu permata itu sudah pun dipegangnya. Aku hulurkan tanganku yang menggeletar lalu Nashran pegangnya kemas. Cincin diluncurkan lancar ke jari manisku. Aku pula yang mencapai cincin Nashran lalu aku capai tangannya. Kasar. Ah, macam ni rupanya tangan lelaki ya?

Selesai menyarungkan cincin, teragak-agak aku menggenggam tangannya lalu kubawa ke hidung. Hangat tangannya makin membawa perasaan sedih kepadaku.

Air mata menitis pada tangannya. Bila aku lepaskan, Nashran pula yang menunduk mahu mencium dahiku. Serentak dengan kucupan itu, ibu jarinya diangkat menyapu air mata di pipiku. Air mata mengalir lagi, tindak balas spontan atas sentuhannya.

Bukan Cinta PalsuWhere stories live. Discover now