"Sorry I'm late." Pintu ditutup. Dan nama itu dilagukan lagi di dalam mindaku. Berdentam-dentum rasa di dada bila aku yakin 99%, bahawa professor Nashrina adalah lelaki itu. Di tambah lagi dengan suara serak yang amat aku kenal itu.
Ridzqan Hanif. Ya, mata aku belum buta atau rabun lagi untuk membuatkan aku tersalah baca papan nama itu.
Aku bangun dari kerusi, perlahan-lahan memandang dia di belakang. Nafas terhenti saat aku bertembung mata dengan Ridzqan, lelaki yang paling tak mahu aku jumpa.
Aku tegakkan badanku, pandang dia tanpa gentar. Fikir aku akan ikut sahaja rentak permainan dia? Aku yakin, dia sengaja gagalkan assignment Nashrina untuk mengheret aku ke sini!
"Have a seat? Baru kita boleh berbincang pasal..."
"Tak ada benda yang nak dibincangkan, encik," aku putuskan ayatnya. Geram dengan sikap selambanya, umpama aku ini hanyalah kakak ipar kepada pelajarnya sahaja.
Aku majukan langkah ke arah pintu yang juga ke arahnya yang masih berdiri di hadapan pintu.
"Sure? This is not about us, Nurul. You came here for Nashrina's assignment right?" Dia menghalang. Langkah terhenti. Bibirku gigit dengan geram yang bertambah kepadanya.
"Okey kalau macam tu. Kita bincang pasal assignment adik ipar saya. Hanya pasal tu, okey?"
Sumpah kalau dia buka topik pasal minta maaf ke pak long ke pasal dulu ke, aku sepak mamat ni!
Dia angguk dengan yakin. Aku hela nafas, tahan marah sebelum langkah dibawa ke meja pejabat itu semula. Punggung kembali dilabuhkan, diikuti dia di hadapanku.
"Jadi, kenapa encik gagalkan assignment Nashrina?" Aku mula bersuara formal. Kalau dia boleh buat-buat tak tahu tentang sejarah hitam kami, aku pun boleh!
"I didn't."
Huh?
"Habis tu Nashrina..."
"She knows everything about us. About our history. I told her, everything." Okey, sekarang bukan setakat aku nak sepak mamat ni. Aku nak bagi pakej sepakan, tumbukan, tamparan, cubitan, cakaran sekali dengan gigitan, boleh?
"Bila abang dapat tahu yang Rina tu adik ipar Nurul, abang cuba rapatkan diri dengan dia untuk dapatkan maklumat pasal Nurul. But accidently, dia tahu yang abang sepupu Nurul. Jadi, malas nak panjang cerita, abang terus ceritakan semuanya."
"And dia sanggup tolong abang untuk bawa Nurul ke sini. Dengan buat cerita pasal assignment tu." Terasa pahit liur yang ditelanku setelah mengetahui yang Nashrina juga terlibat dalam hal ini.
"Ni mesti sebab encik buat cerita dekat dia, betul-betulkan sikit history kita tu supaya encik dilihat baik oleh dia, huh?" Gaya formal tetap aku kekalkan walau dia dah ber-abang-nurul denganku.
"No. Abang tak ubah sikit pun Nurul. I tell her the exact same. Abang bagitahu dia betapa bodohnya abang sebab sanggup bersekongkol dengan abah. Abang bagitahu dia yang abang jahat sebab abang tipu orang yang percayakan abang. Abang..."
"Jadi encik bagitahu dia yang encik hampir musnahkan maruah seorang wanita? Yang encik hampir membiarkan orang tua encik melakukan perkara yang kalau dilakukan, hukum hududnya ialah rejam sampai mati! Encik bagitahu yang kakak saya yang tak bersalah terpaksa hidup sendiri dengan adik dia sebab kebodohan encik dan orang tua tak guna tu?! Encik bagitahu ke semua tu, hah?!" Suaraku dah naik oktaf enam. Tangan dah tergenggam menjadi penumbuk. Dan air mata pun, turut bergenang.
"Yes. Everything, Nurul. Every single sins that I've done toward you and Kak Faz. Everything. Nashrina tahu semuanya, dan dia memilih untuk tolong abang dapatkan satu kemaafan dari Nurul." Dia tetap tenang berbicara. Buat bara api aku tenang kembali. Tapi tak ada maknanya aku akan beralah!
YOU ARE READING
Bukan Cinta Palsu
Romance→fiction novel← ❝The truth is ugly but your fake love is uglier.❞ Melalui satu insiden kecil, telah mempertemukan aku dengan dia. Dia...Nashran Shah. Si lelaki baik yang membantu aku dari awal perkenalan kami. Tapi dia juga, lebih gila dari yang aku...