Nope, he didn't smash the card.
But he ripped it into pieces!
"Kalau kau fikir aku akan jumpa dan bercakap dengan pengkhianat macam tu, kau silap weh. Sampai mati pun aku takkan maafkan dialah!"
Pemandangan di sepanjang perjalanan ditatapku sambil benak dipenuhi dengan kata-kata Nadin yang seakan diulang-ulang.
Sampai mati...
Yes, aku nampak cerminan diri aku dalam diri Nadin! Aku yang masih terasa sakit dek pengkhianatan dulu, hingga hati nekad untuk terus membenci dan lari dari si pengkhianat itu.
"Okey tak?" Suara Nashran yang sedang memandu menyapa telinga, buat kepalaku terangkat dari bersandar pada kerusi kereta, terus memandangnya.
"Nadin cakap...the exact same thing macam yang Lina cakap kat Ridzqan masa tu..." Aku berkata perlahan. Suasana sunyi di dalam kereta meyakinkan aku bahawa Nashran mendengar dengan jelas suaraku.
"Apa?" Ah, aku lupa yang Nashran tengah kalut mencari butang baju melayunya malam semalam, saat aku memberanikan diri mengetuk pintu bilik Nadin.
"Sampai mati..." Aku pejamkan mata, dada berdegup laju. Kini pun, aku dah tak rasa Nadin perlu maafkan Zara!
Nashran buat muka blur, tapi mata masih di jalan. Aku tarik nafas dalam sebelum turut merenung jalan yang dah mula nak sesak dengan pengguna jalan raya yang lain.
"Nadin cakap dia takkan maafkan Zara sampai mati. Macam Lina yang tak nak...maafkan Ridzqan sampai mati." Aku nampak Nashran gigit bibir. Nafas dihela sebelum dia berpaling memandangku.
Saat ini, kereta Nashran pun dah tak bergerak walau seinci dek kesesakan jalan yang makin teruk.
"And you're going to do that?"
"Huh?"
"Untuk tak maafkan Ridzqan sampai bila-bila, sampai mati?" Wajah Nashran sudah bertambah serius, buat aku yakin yang dia sendiri pun dah terpengaruh dengan cerita Nashrina!
Aku turut lepaskan keluhan berat. "Then apa yang abang expect? Nak Lina berbaik dengan dia semula, gelak-gelak macam dulu, macam dia tak pernah khianati Lina? Macam tu?"
"At least cuba maafkan dia, Lina."
"Manusia macam tu layak ke dimaafkan?" Aku peluk tubuh, membalas renungan Nashran tanpa gentar.
"Manusia ialah ciptaan Allah yang tak sempurna walaupun Dia Maha Sempurna. You have to remember that."
"Ye, tapi Lina pun tak perfect but I never..."
"Ye, abang tahu. You never betray anyone that trust you. Tapi Lina perlu ingat juga yang manusia ada kelemahan yang berbeza. Me with my flaws, you with yours. That's the nature of human being."
"Tak guna juga memaafkan manusia yang tak pernah rasa bersalah pun dengan apa yang dia buat." Aku tetap mahu membantah. Rasa kurang senang mula terbit bila perbualan kami sudah mula mahu berbaur pergaduhan.
"How did you know that, Lina? He came all the way here, rapatkan diri dengan Rina to get to meet you, giving you all those flowers and cards, begging you for forgiveness already...tak cukup membuktikan yang dia rasa bersalah dengan apa yang dia buat?" Aku mencebik.
"Sebagaimana kita ni pun bukanlah sebaik malaikat, dia pun bukannya sejahat syaitan. Forgiveness is the crown of greatness sayang." Suara Nashran mula mengendur.
Namun rasa geram kerana dia yang bukan main backup Ridzqan, buat apa yang dikatanya umpama masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri saja!
♔♚♔♚
YOU ARE READING
Bukan Cinta Palsu
Romance→fiction novel← ❝The truth is ugly but your fake love is uglier.❞ Melalui satu insiden kecil, telah mempertemukan aku dengan dia. Dia...Nashran Shah. Si lelaki baik yang membantu aku dari awal perkenalan kami. Tapi dia juga, lebih gila dari yang aku...