40 : Deal

5K 262 25
                                    

Tidurku terganggu saat dapat aku rasakan kehangatan yang sering aku rasakan sebelum ini setiap kali aku dipeluk Nashran ketika kami tidur.

Tapi itu sebelum ni...

Sekarang dah tak mungkin!

Aku telan liur dalam diam. Sedang minda memikirkan kemungkinan dari mana asalnya kehangatan ini, badan pula automatik menjauhi kehangatan itu.

Tapi terasa sesuatu diketatkan di badan aku pula!

Air liur yang ditelan terasa makin memahit. Takut-takut, aku buka mataku demi melihatkan gerangan yang kemungkinan sedang memelukku saat ini!

Mata yang hanya terbuka sedikit, terus luas dan segar dari kantuk saat wajah yang berada beberapa inci di sisi wajahku itu menangkap retina mata.

Tak tak. Sebelum ni...mimpi ke? Atau sekarang ni yang mimpi? Baru semalam aje kami...

Please, stay away.

Aku pejamkan mataku semula saat memori semalam menjengah minda. Tak mungkin, semalam tu tak mungkin hanya mimpi!

Jadi, sekarang ni ke yang mimpi?

Tuhan, aku terlalu rindukan dia...sampai bermimpi macam ni sekali ke?

"Morning." suara serak dia yang baru tersedar dari tidur menyapa telinga ini. Mataku yang separa terbuka dalam lamunan terus terbuka besar semula. Dan sekali lagi juga kepalaku yang hanya beberapa inci dari dadanya mendongak memandang dia.

Aku diam tak membalas. Mata masih ralit memerhati wajahnya dari jarak dekat itu.

Serius, aku keliru. Kalau benar ini mimpi...tak mungkin! This is just too real to be just a dream.

Tapi kalau bukan mimpi, dan kejadian semalam juga bukan mimpi...kenapa...

"Lina, mengelamun ke mana?" Dia bersuara lagi.

Kali ini, tangan aku mulai bergerak mahu mensahihkan pandangan mata. Perlahan aku naikkan tanganku, menuju ke wajahnya.

"Hei." Bahuku agak terhenjut saat Nashran mencapai tanganku yang hampir sahaja mahu sampai ke pipinya. Digenggamnya lembut sebelum tanganku kemudiannya dia bawakan ke pipinya.

"This is not a dream, Lina." Dengan tangannya, dia menggerakkan tanganku, mengusapkan ia ke pipi kirinya. Mata dia pejamkan. Tapi dengan sentuhan itu hanya buat mataku mulai meluas.

Dan mulai berkaca kembali.

Marry her with no love.

Itu pun bukan mimpi, Lina!

Sedar akan kenyataan itu, aku tarik tanganku dari pipinya, buatkan matanya terbuka dan tak hiraukan itu, aku mula menjarakkan badanku.

"Hei Lina..."

Namun tangannya lebih cepat bergerak, memaut pinggangku dan aku ditariknya rapat kepadanya semula.

"Lepaslah..."

"Shh..." suara dia yang seakan berbisik mendiamkan aku dalam dakapannya. Tuhan, kenapa perlu aku selemah ini setiap kali aku dipeluknya?

Kenapa perlu aku mencintai dia sehingga begini sekali? Hingga buatkan aku rasa sakit yang amat ini?

"Dengar abang dulu Lina... Please..." Tangan dia naik mengusap ubun-ubunku.

Tak adil. Nashran tahu kelemahan aku. Kehangatan dia, ialah kelemahan terbesar aku!

Maka hasilnya, aku kaku di dadanya.

"Abang mengaku abang salah, abang berdosa, abang jahat, abang tamak, abang tak guna, abang kejam. Lina boleh kata apa saje yang Lina nak. Kutuk abang semahu Lina. But I'll never and ever..."

Bukan Cinta PalsuWhere stories live. Discover now