27 : Bongkar

4.8K 274 10
                                    

"Aku cintakan kau. Kau yang jelas sekali sedang dalam masalah wang, tapi tetap menghulurkan sedekah seikhlas hati kepada yang memerlukan. Kau yang jelas sekali sedang runsing memikirkan hal esok, tapi kau tetap senyum dan terus berusaha untuk hari ini. Kau yang tak pernah berhenti menyebarkan kegembiraan kepada orang lain, walau kau sendiri diselubungi kesedihan.

Aku kenal kau sebelum kau kenal aku lagi, Lina. Kau tak pernah terdetik ke kenapa tempat yang kau tak datang untuk bertanyakan kerja kosong, boleh tiba-tiba call kau dan tawarkan kerja kat sini?"

"Takdir. Takdir menemukan kita. Bukan sekali, tapi berkali-kali. Mula dengan bila aku dengar kau bercakap dalam telefon dengan Kak Faz, suara kau ceria. Kau cakap kau saja keluar rumah, nak jalan-jalan. Tapi bila saja kau putuskan panggilan, kau menangis, ingat? Bersaksikan aku, Lina. Aku hanya mampu lihat kau yang menangis kuat itu dari jauh. Aku tak kenal kau. Kau tak kenal aku. Jadi aku buat keputusan untuk buat tak kisah."

"Tapi kuasa takdir, siapa mampu hindari, kan? Sekali lagi aku berjumpa kau, kali ini kau nampak lebih ceria. Tapi aku tahu sebenarnya masih ada masalah menggunung dalam minda kau. Tapi tahu apa yang kau buat masa tu? Dengan senyum lebar di bibir, kau duduk bersama seorang budak gelandangan yang serasaku sedang menunggu ayahnya mengutip barang terbuang. Kau hulurkan dia sebungkus nasi, yang aku yakin sebenarnya nasi untuk kau. Kau bukakan bungkusan nasi itu untuk dia, kau duduk di sisi dia di kaki lima itu dan kau perhati dia menyuapkan nasi itu ke mulutnya. Satu-satu. Dengan senyum kau yang tak lekang di bibir."

"Tapi sekali lagi, aku hanya mampu memandang kau dari jauh. Hanya mampu tersenyum kerana kebaikan kau dari jauh. Ah, kenapa aku tersenyum sebab orang yang aku tak kenal? Dan lagi sekali jugalah, aku buat tak kisah."

"Takdir Lina. Beberapa bulan lepas tu aku ternampak gambar kau dalam Instagram Nur. Dengan caption mengatakan sahabat lamanya yang top student dulu, kini dah berjumpa balik. Aku keliru sekejap. Kau? Top student? Tapi kenapa pula kau boleh menangis masa tu? Apa yang kau runsingkan? Kenapa aku dapat menangkap berjuta masalah dari melihat wajah kau, kalau benar kau pelajar cemerlang? Kenapa kau tak sambung belajar? Dengan gaya pemakaian kau, terlalu jelas yang kau bukannya pelajar U."

"Sebab tu, aku tembokkan muka aku dan minta nombor kau dari Nur. Aku minta dia rahsiakan tu, dan kemudian aku call kau dan suruh kau bekerja di sini."

"Tapi itu tak mengubah apa-apa pun, kan? Walau jarak kita semakin dekat, walau kita sudah berada di dalam bangunan yang sama saban hari, tapi aku tetap tak mampu buat kau perasankan aku, lebih dari seorang bos. Aku tetap hanya mampu pandang kau dari jauh, pandang keceriaan, kebaikan, kemuliaan dan segalanya tentang kau, dari jauh."

"Ya, aku kedengaran sangat menyedihkan. Hingga ke saat ini pun. Tapi kau tak payahlah nak kesiankan aku. Ini apa yang aku nak buat, yang aku mampu buat, untuk kau. Tanda aku cintakan kau. Tolong, berhenti halang aku Lina. Aku pencinta yang takkan pernah bertakhta di hati kau. Jadi tak perlulah pedulikan aku, sampai bila-bila. Tolong."

Pening.

♚♔♚♔

Nyata sekali hati itu takkan kumilik. Tapi mengapa hati ini tetap keras untuk terus dimilik?

Sejambak bunga mawar bercampur warna putih, kuning, merah, merah jambu juga terselit sekuntum bunga matahari di tengah-tengah.

Aku gigit bibir sekuat mungkin. Bunga itu kemudiannya aku campakkan ke sisiku di atas sofa di ruang tamu itu. Kipas siling yang galak berputar dipandangku.

Encik Danish, bunga setiap hari, professor Nashrina...kenapa semuanya datang sekaligus? Tambahan lagi, Nashran tiada di sisi!

Ringtone WhatsAppku berbunyi tiga kali. Dengan malas-malas aku menggagau telefon murahku itu dan dibukaku. Aku terus swipe screen memandangkan aku memang tak suka buat lock screen. Menyusahkan. Siapa ajelah nak skodeng telefon aku?

Bukan Cinta PalsuWhere stories live. Discover now