18 : Eavesdrop

5K 278 5
                                    

"Pergi dulu, abang..." Aku berkata sambil menghulurkan tanganku. Agak kekok, datang kerja dengan kereta mahal Nashran. Tapi dia yang berkeras nak hantar aku, maka aku terpaksa menurut saja.

Tanganku disambutnya dan aku tunduk mencium. Angkat kepala balik, dia tersenyum kepadaku.

"Abang kena datang ambil pukul berapa ni?" Dia bertanya, masih belum melepaskan tanganku.

"Emmm... Abang tak busy ke hari ni? Tak menyusahkan abang?" Aku bertanya ragu-ragu. Takut pula kerana nak ambil aku, jadual kerjanya terganggu.

"Ish, it's okaylah... Lagipun Shah Holdings tak busy sangat bulan ni. Rata-rata projek dah nak selesai so agak rileks sikitlah. Means, abang bolehlah datang ambil Lina..."

"Okay then... Hari ni Lina tak ambil shift malam so sampai pukul 5:30 aje..." Aku memaklumkannya.

"Tapi kalau Lina shift malam, biar Lina pergi dengan motor abi ajelah ya? Tak nak susahkan abang pula, kena keluar malam untuk ambil Lina..." Aku bagitahu awal-awal memandangkan esok aku shift malam.

Lagipun, dah lama aku tak naik motor abi. Seminggu motor itu tak disentuhku, tersadai sahaja di dalam garaj, di sisi kereta-kereta mahal milik keluarga Nashran.

"Laa, apa pula? Lagi menyusahkan abang tau kalau Lina naik motor malam-malam? Confirm abang tak senang duduk menunggu Lina balik rumah so the conclusion is, abang akan ambil Lina no matter pukul berapa pun."

Pula!

"Tapi..."

"Titik."

Dia main titik pula!

Aku mahu cemberutkan diri, tapi rasa terharu pula yang hadir. Ah kau, siapa tak terharu bila ada orang kisah sebegini sekali? Suami sendiri pula tu!

"Okey... Terima kasih. Lina pergi dulu. Assalamualaikum..." Aku membuka pintu kereta dan melangkah keluar.

"Waalaikumussalam, " suara Nashran menjawab salam, sebelum aku menutup pintu. Bila pintu tertutup, kereta itu terus memecut ke hadapan.

"Sayang!" Aku angkat muka, pandang jalan bila suara itu kedengaran kuat. Berkerut keningku melihatkan kereta Nashran yang berhenti di tepi jalan, beberapa meter di hadapan. Lagi-lagi dengan dia yang nampak sangat tak macho sekali, mengeluarkan suku badannya melalui tingkap kereta!

"I'm gonna miss you! Have fun at work!" Jeritnya lantang.

Dengan ayat simple tu, Nashran masuk ke dalam kereta semula dan kembali memecut pergi. Dengan senyum yang tak mampu ditahan dari bibir, aku melangkah memasuki tempat kerjaku.

"Lina!" Aku diterpa mereka sekaligus. Satu peluk kanan, satu depan, satu lagi kiri!

"Ya Allah! Bukannya kita tak jumpa empat tahun pun!" Aku berkata dalam lemas. Bukan setakat peluk, ini dah macam nak patahkan tulang rusuk aku aje!

"Ala... Kalau berpisah dengan kau masa weekend pun, aku rasa rindu gila, inikan pula, kau tinggal kitorang seminggu!" Ain berkata sambil makin mengemaskan pelukannya.

"Entah kau! Kau tak tahu betapa sakitnya hati kitorang, melihat kau dirampas Nashran," Nur turut menyampuk. Ceh.

"Ey, korang pun dah sama corny macam Nashran dah." Habis sahaja ayat aku tu, mereka lepaskan pelukan. Sekali pula tu!

"Nashran? Corny?" Yasmin bertanya, siap main angkat turun kening lagi.

"Amboi, yelah kan... Pengantin baru, pergi honeymoon berdua pula tu..." Ain mengusik. Siap ditekannya perkataan berdua tu! Haih, pergi rumah kena usik, datang sini kena usik. Mana tempat yang selamat untuk aku pergi kalau macam ni?

Bukan Cinta PalsuWhere stories live. Discover now