16 : Gold Digger

5.6K 313 11
                                    

Mengeluh. Dah entah kali ke berapa!

Mengeluh lagi.

"Dah-dahlah sayang oi..." Suara encik suami menyapa, buat aku yang mulanya menerawang memandang KLIA itu, terus mengalihkan mataku kepadanya.

"Dah sampai KLIA dah pun. Lusa abang kerja, Lina kerja." Dan aku balas dengan keluhan juga. Siap dimuncungkan mulutku padanya.

"Nak putar masa..."

Reaksi sama Nashran, dia tertawa kecil.

"Nanti kalau syarikat papa tak sibuk sangat and abang boleh ambil cuti, kita pergi tempat lain pula okey? Nak ke luar negara pun boleh." Kata-katanya tak mampu nak buat aku tersenyum balik.

Di minda sekarang, bayu lembut Tok Bali, keindahannya, kenyamanannya, kesunyiannya. Nothing compares!

"Sorry lambat. Jammed teruk..." aku terus dengan muncungku walaupun Nashran sudah mengalihkan matanya kepada Nadin yang sudah berdiri di hadapan kami.

"Tak apa. Kitorang pun baru turun aje..." Nashran menjawab.

"Jom, sayang..." Nashran mengajakku. Makin panjang pula muncungku!

"Dah kenapa dengan bini abang tu?" Suara Nadin berbunyi lagi. Eh sibuk aje mamat ni!

Nashran gelak sambil tangannya naik mengusap kepalaku. "Tak puas honeymoon..." Usapannya diteruskan.

Dan Nadin menjeling. Ceh, kau jeles sebenarnya kan? Sebab abang kau sayang aku!

"Cepatlah bang. Nadin park kereta betul-betul depan pintu masuk kot..." Nadin berkata lalu mula melangkah pergi.

"Eh, Nadin!" suara Nashran menghentikan langkahnya.

"Ini, angkat beg Lina ni sekalilah dik oi..."

"Apa, bini abang tertinggal tangan dia kat Kelantan ke?"

Pergh! Deep!

"Tak apalah bang, Lina boleh angkat. Ringan aje ni..." Aku pandang Nashran dan mula bangun dari kerusi airport itu. Langsung aku tak pandang wajah Nadin.

Tapi belum sempat aku nak angkat bagasi coklatku itu, tangan Nadin lagi pantas mencapainya. "Ngada-ngada." Ceh!

Tapi bila langkahnya dibuka laju ke arah pintu masuk, aku tersenyum sendiri. Nampak sangat ketidakpuasan hati dengan cara dia berjalan tu.

Tak puas hati pun, angkat jugak!

♚♔♚♔

"Serius? Wah, corny betul abang!" Aku dan Nashrina ketawa kuat sekali di atas katilnya. Terangguk-angguk aku menyatakan apa yang aku cerita tu semuanya betul.

First day, second day, third day, last day; terperinci. Semua aku cerita kepadanya!

"Yang tak tahannya, kitorang kena tegur sebab buat scene tu dekat public!" Bersungguh aku bercerita dan kami ketawa lagi.

"Wah, I never thought that my brother can be that romantic, though..."

"Kan!" Aku bersetuju. Merah sudah pipi aku dan Nashrina. Bila bercerita bab-bab macam ni memang laju aje kapilari darah mengalirkan sel darah merah ke muka.

"So, ada any improvement ke?" Nashrina tiba-tiba bertanya setelah gelak kami reda. Aku kebingungan sebentar. Improvement?

"Aish, akak ni slowlah... Improvement means; ada apa-apa perkembangan perasaan tak yang hadir dalam hati akak untuk abang Rina tu... Abangkan tengah dalam proses nak tackle akak lagi..."

Bukan Cinta PalsuWhere stories live. Discover now