47 : Memori

4K 237 19
                                    

"Boleh pulak sesat kat kampung sendiri?" Aku senyum nipis kepada Ridzqan yang sedang bercekak pinggang di sisi kereta Audi A8L milik Nashran.

Bunyi pintu kereta ditutup buat aku berpaling ke belakang, memandang Nashran yang baru keluar.

"Lama dah kot tak datang sini. Many things has changed." Aku melilaukan mata memandang persekitaran. Sebelum sampai ke perumahan kampung ni, banyak bangunan kedai yang terbina dan jalan pun dah bertar.

Cuma kawasan rumah kayu Ridzqan dan persekitarannya aje yang masih belum berubah.

"Ah. Pokok ni..." aku berjalan perlahan, dengan masih terasa sakit di pangkal rahimku. Aku juga yang menegah Nashran dari membawa wheelchair sekali sebab aku tahu aku pun kena mula biasakan berjalan. Pokok rambutan berbatang sebesar sepemeluk yang terletak di sisi laman rumah Ridzqan itu disentuhku. Dulu, aku pernah tergolek-golek gelakkan Ridzqan yang jatuh dari pokok ni.

"Brings back memory?" Aku senyum kepada Ridzqan yang sudah berdiri di sisiku, di hadapan pokok tua itu.

Aku ukirkan senyum kepadanya. "Yup. The good one."

"See? It's true that many things changed. But this tree, is still standing here. Waiting for you to come back and hug it." Aku tundukkan wajah sambil tergelak. Ya, dulu aku selalu terjah pokok ni dan memeluknya; meski lenganku terlalu pendek mahu mencapai keseluruhan batang pokok besar itu dulu.

Selalu, aku akan ketatkan lenganku; melepaskan geram andai kata aku sedang marah. Dan selalu, aku akan bersandar padanya; melepaskan gusar saat aku sedang sedih.

"Saya dah balik." Ucapku perlahan. Sayu. Memori pahit turut menerjah sama. Memori yang membawa langkahku keluar dari sini dulu. Dan kini, kerana memori di sini juga yang membawakan langkahku ke mari semula.

"Eh, masuklah. Nak melankolik bawah matahari ni pulak. Jom jom." Aku turut langkah Ridzqan ke pintu depan rumah kayu itu. Cat coklat yang kelihatan seperti masih baru menyerlahkan kecantikan rumah itu.

Untung Ridzqan membesar menjadi lelaki yang berjaya, boleh juga dia membalas jasa mak long.

Sebelum kaki melangkah masuk, aku kerling Nashran yang sedang mengeluarkan bagasi kami dari bonet keretanya.

Teringat perjalanan sunyi kami selama 10 jam. Perang dingin serta-merta tercetus kerana pergaduhan kami semalam. Bukan salah aku, bukan juga salah dia, tapi salah kami. Atau mungkin kerana tiada sefahaman antara kami?

Atau mungkin, ini tandanya dari Allah bahawa antara kami akan berakhir?

"Letak mana beg ni?" Tanpa kusedar, Nashran sudah berdiri di sisiku di hadapan pintu rumah Ridzqan. Yang pasti, Nashran tak bertanya kepadaku kerana fokusnya pada Ridzqan di hadapan kami.

"Ah sorry sorry. Lupa nak tolong. Meh aku ambil. Boleh kan kalau tidur kat bilik lama Kak Faz dengan Nurul?" Ridzqan pandang aku.

"Em..."

"Jom, abang tunjukkan." Ridzqan membawa bagasiku ke bahagian tepi ruang tamu rumah. Di lorong kiri selepas ruang tamu, terdapat dua bilik bertentangan. Satu bilik Ridzqan dan satu bilik yang aku kongsi dengan Kak Faz dulu.

Pintu bilik dibuka oleh Ridzqan dan aku menurut langkah Ridzqan. Susunan tak berubah; walau dah sepuluh tahun berlalu.

"Sejak Nurul pergi, mak tak bagi ubah susunan perabot dalam rumah ni. But still, kitorang jaga elok-elok. Mak yakin benar yang Nurul akan balik. Dan keyakinan dia terbukti."

Aku senyum sayu. Setiap inci bilik itu dipandangku penuh teruja. Di sini, tempat aku selalu menghadap kerja rumahku. Di sini, tempat aku menghadap laptop milik Ridzqan dan menangis-nangis menonton cerita Korea. Di sini, tempat aku tidur di sisi Kak Faz dan memeluknya erat; sepanjang malam.

Bukan Cinta PalsuWhere stories live. Discover now