08 : Nadin

4.9K 405 25
                                    

[edited]

Aku terus tunduk pandang lantai. Semua mata yang memandang aku yang hanya bertudung bawal buat aku segan sendiri.

Ah, apa sahajalah yang ada di minda masing-masing ya?

Mungkin mereka akan fikir, orang tepi jalan mana yang Nashran kutip ni? Atau, takkan taste Nashran serendah ni? Mungkin juga mereka sedang mengatakan aku ini pisau cukur.

"Cantik..." suara Nashrina, adik Nashran yang masih berusia 20 tahun buat aku tersentak. Aku pandang wajahnya yang tersenyum padaku. Aku balas dengan senyuman lembut.

"Mestilah... Tengoklah buah hati siapa," Nashran buat muka bangganya. Ah, apa saja yang mahu dibanggakan dengan aku?

"Dah berapa lama kenal?" Soalan yang tak kumahu disoal oleh sesiapa di situ terpacul akhirnya Aku pandang Nadin, adik Nashran yang sama umur denganku yang dengan muka tak puas hatinya itu. Dah kenapa?

"Usia perkenalan is nothinglah... Bukan ke lagi afdhal cinta selepas nikah?" Nashran bersuara bagi pihakku. Walaupun Nadin pandang aku sudah seakan mahu menelanku, aku hanya berdiam tanpa suara.

"Maksudnya, abang tak cintakan dia and she neither? Terdesak sangat nampaknya abang..." Nadin makin memprovokasi. Kenapa dia ni nampak tak puas hati sangat dengan aku?

"Nadin..." Bonda tiba-tiba bersuara kurang senang.

Aku dah bahasakan ibu Nashran dengan panggilan bonda. Aku dan dia semakin rapat sejak Kak Faz meninggal. Bondalah yang banyak memberikan kasih sayangnya padaku tanpa jemu. Buat aku terharu sendiri.

"I love her, with all my heart. Dan memang tak malulah kalau abang cakap yang dia pun cintakan abang. Tapi she will, soon enough..." Nashran senyum yakin.

"Then kenapa dia terima lamaran abang?" Nadin pandang Nashran, tajam. Seakan berkomunikasi antara keduanya, seakan ada sesuatu yang mereka bicarakan di minda, hanya mereka yang tahu.

"Abang ugut dia." Mataku terbuntang mendengarkan jawapan Nashran.

"Nashran..." kali ini Nashran pula yang ditegur bonda.

"Okey... Okey... Yes, she didn't love me. But is it so wrong to marry someone that love you?"

"Or she's into your money, huh?"

"Apa abang cakap ni?" Nashrina bersuara. Aku mula memandang riak tak senang di wajah masing-masing kecuali wajah Tan Sri Nazmi Shah merangkap ayah Nashran yang langsung tak berubah, terus menilikku dari tadi.

"What? Dah kalau dia tak cintakan abang tapi still sudi nak kahwin dengan abang, isn't it obvious yang dia nakkan harta abang?" Senyum sinis.

"Nadin!" Suara bonda makin keras.

"Jangan..."

"Maaf..." aku bersuara juga akhirnya. Kekok terasa bila mereka bergaduh tentang aku, tapi aku terus membisu.

"Memang saya belum cintakan Nashran. Tapi, dialah yang ada di sisi saya saat saya tak mampu berdiri sendiri..."

"So, it's about budi?" Nadin provok lagi. Aku menghela nafas, bertenang sebelum pandang tepat ke matanya. Yakin.

"Tak juga. Ini jawapan dari Allah..." Semua terdiam.

"Bila Nashran lamar saya, saya tanya Kak Faz apa yang perlu saya buat dan jawapan Kak Faz sangat tepat. Istikharah. Jadi, setiap kali saya berpeluang, saya akan istikharah dan bertanya terus kepada Allah. Jawapan Allah, perginya Kak Faz. Dari sudut negatif, ya saya hilang satu-satunya ahli keluarga saya. Tapi melalui pemergian itulah, Allah dekatkan saya dengan Nashran."

"I like her." Semua mata beralih. Memandang Tan Sri Nazmi Shah yang akhirnya bersuara.

"Cantik, sopan. Sangat lembut bicara tapi tegas. I like it. You've made a great choice, Nashran..." Nashran senyum menang, makin yakin barangkali memandangkan papanya berpihak kepadanya.

"Then papa setujulah dia jadi your daughter-in-law? We barely know her papa!"

"Well, boleh aje kenal lepas wedding, right?" Papa Nashran senyum kecil, buat aku rasa tenang sedikit. Tak adalah rasa kecut sangat sebab sedari tadi ditenung!

"Betul. Bonda pun berkenan sangat dengan Lina." Senyum aku makin melebar.

"Rina pun suka! Can't wait to be your sis-in-law, kak!"

Saat semua sebulat suara, mataku bertembung dengan Nadin yang seakan mampu saja mengeluarkan asap dari kedua-dua telinganya.

♚♔♚♔

Ya Allah, kurniakan aku cinta-Mu, juga cinta orang yang mencintai-Mu, serta cinta yang dapat mendekatkan aku kepada cinta-Mu.

Bukan Cinta PalsuWhere stories live. Discover now