31 : Rindu

4.9K 257 6
                                    

"Sayang? Hei, kenapa menangis ni?" Serentak dengan suara lembut itu, terasa ada jari yang perlahan menyapu air mata di pipiku. Dadaku terasa semakin sesak.

Tuhan, sebegini peritkah rasa rindu sampai Kau hantarkan aku mimpi ini?

"Lina?"

"Lina!" Tak semena-mena, terasa goncangan kuat di lenganku. Dahiku sudah berkerut. Takkanlah?

Mataku buka perlahan, memandang dia yang kabur-kabur sahaja di pandangan mata. Tak percaya, aku mula menggenyeh mataku dengan tangan, menghapuskan sisa air mata yang mengaburkan pandangan.

Bila aku angkat wajah, memandang dia kembali...ternyata aku tak salah pandang. Dan ini bukannya mimpi!

"Abang?" Ya Allah, dia senyum. Senyumnya yang terasa sudah berabad aku tak tengok.

"Ya, ni abang sayang... Kenapa Lina tidur kat sejadah ni? Lenguh nanti badan tu..." Dia menggosok lembut kepalaku, masih dengan senyumnya itu.

"Abang balik?" Mata sudah mula nak bergenang semula. Ah, dasar cengeng!

"Ya, abang balik sayang." Aku mula bangun dari pembaringan, masih memandang dia tanpa berkelip. Kalau aku berkelip dan dia hilang, macam mana?

"Abang?" Aku masih bersuara tak percaya, dan dia masih juga membalas renungan ini dengan senyumnya.

"Ya..." Air mata mengalir. Rindu menyesakkan dada.

Dan aku? Aku peluk dia erat-erat!

Air mata terus-terusan mengalir saat wajahku di dadanya. Aku kemaskan pelukan, hingga erangan sakit dari Nashran menyapa telinga, namun tidak aku endahkan. Aku terus-terusan menangis di dadanya, dah tiada rasa malu yang bertandang dan Nashran seakannya kaku dan tak membalas pelukanku.

"Sayang, abang busuklah. Pukul 9 malam tadi habis meeting terus drive ke sini, rindu Lina punya pasal! Abang tak sempat mandi pun, tau..." Suaranya kedengaran. Tapi aku tak pedulikan dan makin kemaskan tautan lenganku di pinggangnya dan makin menekan wajahku ke dadanya, ambil bau busuk dia sepenuhnya!

"Lina tak kisah..." Aku mula bersuara. Aku tarik nafas sedalamnya, sekali lagi mengumpul kekuatan untuk menyebut ayat keramat itu.

"Lina rindukan abang, sangat..."

Nashran hanya diam tidak membalas. Geram dengan balasan bisu Nashran, aku lepaskan pelukan, angkat kepalaku untuk memandang dia, tajam.

Matanya membulat, memandang aku. "Abang!" Aku pukul lengannya, geram dengan muka tak percayanya. 

"Oh! Lina cakap apa tadi?" Aku gigit bibir.

"Abang ni! Tak logiklah abang tak dengar..." Aku makin perlahankan suara bila rasa malu bertandang. Dua mingu tak bertemu mata, dan saat ini...pada remang pagi yang menggigit ini, aku sedang meluahkan rasa di hatiku kepada suamiku sendiri!

"Abang dengar..." Dia membalas, tergantung.

"But I think I would love to hear it once again." Dia senyum nakal, tepat memandang aku dengan matanya. Makin kuat bibirku aku gigit. Alahai, mengada-ngada pula suami aku ni kan!

"Can I?" Dia bersuara makin perlahan. Buat aku tak cukup nafas jadinya, namun aku tetap balas tenungannya, geram.

Sengaja aje, kan? Aku dah cakap sekali tu pun dah cukup baik encik suami oi!

Aku perlahan-lahan tunduk, membawa wajahku ke pahanya. Aku memang tak boleh nak cakap benda tu sambil pandang Nashran! "Lina rindukan abang..." Okey cukup!

"What? I can't hear you dear..."

"Abang!" Aku angkat wajahku memandangnya semula, dan dia boleh tersengih lagi!

Bukan Cinta PalsuWhere stories live. Discover now